Showing posts with label Seram. Show all posts

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42)

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Cara Nak Tahu Kedai Pakai Pelaris Jin

Pada zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam:

  • Baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta.
  • Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.
  • Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)


Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir:

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

Salam ramadhan buat semua. Ini status susulan status pagi tadi masa saya upload selepas sahur. 

Baiklah, nak kata seram macam tak seram sangat. Nak kata diikat, macam tak kena ikat. Apa-apa pun, ini pengalaman kedua sebenarnya terkena di jalan raya. Okay, saya cerita dari mula sampai habis. 

Jam 8.35 malam 

Selepas dah buat tempat tidur anak-anak dalam Hellfire putih saya itu dengan baringkan semua kerusi dan hampar toto (kalau long distance memang buat macam ini pada mereka), tepat jam 8.35 kami pun bertolak dari Marang. 

Dari Marang, kami lalu jalan dalam sehingga keluar ke exit Tol Ajil. Jalan dalam sini pun super gelap tetapi buat biasa sahajalah. Bermula atas LPT2, bermacam-macamlah topik yang dibualkan bersama dengan isteri sambil makan satar. RM16 satar dok makan berdua. Kemudian Mifzal join sekejap, makan dua tiga ketul. 

Saya memandu, Zue di sebelah mengupas satar dan menyuap saya. Makan dan bercerita termasuklah cerita bab-bab LPT2 ini pada Zue. 

Jangan Cakap Besar Atau Pelik-Pelik Ketika Melalui LPT2

Bila dia mula berkata, "Sunyi kan highway ini bang? Tak ramai orang guna pun." 

Saya pun ceritalah kes kemalangan di LPT2 ini yang saya tahu sehingga ke kes harimau kenaa langgar itu. 

"Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway." katanya. 

"Itulah, kena berhati-hati. Tak boleh cakap besar, pelik-pelik atas highway ini,". 

Kemudian saya kata dah tak nak makan satar, kenyang. Waktu ini, Zue pun lap-lap tangan guna tuala basah dan simpan semula satar semua. Dia pun berpusing ke belakang nak ambil air. 

"Abang ada gantung air sejuk di belakang seat dia tu?" 

Saya pun berpaling sekali tengok, air yang mana dia maksudkan. Bila saya berpusing saja ke depan semula, saya hanya mampu ucap, "ALLAH!" dan terus diam. 

Zue terus berpaling ke depan dan terkejut. Dia mulalah bertanya macam-macam. Saya diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit juga saya tak layan pelbagai persoalan dia. Akhir sekali saya kata, "Ayang tidurlah,". 

Tak sampai seminit, dia pun terus terlena. 

Apa yang saya nampak? Okay, Alhamdulillah kalau terkena perkara seperti ini, saya masih boleh berfikiran waras dan tiada respon terkejut. Critical thinking saya masih elok juga ram dia. Waktu saya ternampak itu, saya terus jeling nombor Kilometer di tepi jalan dan nombornya KM333.6. Memang saya ingat sebab jenis saya memang suka hafal nombor jika ada apa-apa yang berlaku. 

Saya nampak curahan darah seperti baru lepas dilanggar di atas lorong kanan. Di depan sikit, ada sekujur tubuh budak-budak yang mana tangannya sudah hilang isi, hanya tinggal tulang sahaja. Kepala dia di bawah besi penghadang jalan itu. 

Dalam keadaan auto cruise yang saya On pada kelajuan 120 km/j, saya tak sempat brek dan tak mahu mengelak. Saya redah dan waktu itulah terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut saya. 

Dalam fikiran saya mula berfikir. Inilah padahnya bercerita bukan-bukan pada Zue tadi. Tetapi rupa-rupanya bukan setakat itu sahaja. Selepas Zue terlena, saya rasa ada sesuatu yang betul-betul berada di tepi tingkap tetapi saya langsung tak menoleh. Dalam hati saya kuat mengatakan ia hanya perasaan saya sahaja. 

Kemudian saya tengok ada cahaya samar-samar dari side mirror kiri. Saya tengok side mirror itu dan ternampak ada sesuatu seperti kain terlekat di bontot kereta. 

Saya terus toleh ke belakang, nak tengok terus kain apa. Masa ini saya toleh, tengok Zue sudah tidur. Cuma tidung dia macam toleh merenung saya tepat. Saya cepat-cepat pusing ke depan. Rasa nak tahu itu masih ada lagi dan sekali lagi saya berpusing dan nampak memang tudung Zue itu betul-betul berada di tepi saya di arm rest dan Zue dok tidur elok saja. Saya berpaling ke depan, beristighfar dan mulalah baca macam-macam. 

Akibatnya, meremang bulu roma satu badan. Saya tepuk paha Zue perlahan-lahan dan kejutkan dia suruh tanggalkan tudung. Dia pelik tetapi saya tak cerita apa-apa lagi. Saya kata, "nampak ayang macam tak selesa. Bukalah tudung itu, lagipun sudah gelap, tak ada orang nampak," 

Dia akur dan membuka tudung sebelum kembali menyambung tidur. 

Tak sampai 3 minit dia pun tertidur dan kali ini ujian saya kena lagi hebat. Sepanjang highway, saya jumpa tompokan darah merah seperti benda baru dilanggar itu. Sampaikan mata saya pun dah nampak merah saja sepanjang jalan. Saya ambil air dan minum. Takut sebab saya dah letih sangat agaknya jadi begini. 

Sebab dah tak tahan, saya terpaksa mengejutkan Zue. 

"Ayang, bangun. Temankan abang drive," 

Zue pun bangun dan bertanya kenapa saya diam seribu bahasa. Dah bermacam-macam soalan dia tanya, saya tak jawab melainkan, "Takut," 

"Abang takut apa? Ha, tadi apa yang abang nampak?" 

"Abang takut, temankan abang," 

Zue pun ajaklah berborak hal-hal lain tetapi saya tak berapa respon. 

"Ayang tengok jalan tar ini warna apa?" soal saya. 

"Warna kelabulah bang, kenapa?" 

Saya terus diam. 

"Abang nak ayang tengok jalan tar ini ye," 

Dalam lima minit dia tengok, timbul lagi tompokan darah yang seterusnya. 

"Haa! Ayang nampak tadi atas jalan?" 

"Nampak apa bang? Sama saja jalan tar ini," katanya. 

"Takpelah, abang takut. Ayang jangan sambung tidur, terus teman abang borak," 

Waktu itu saya set auto cruise 110km/j dan duduk di lorong kiri sahaja. Perjalanan terus sampai lepas R&R Perasing, alhamdulillah tiada gangguan lagi. 

Saya pun minta Zue pula yang memandu sebab saya dah mengantuk. Dia menyambung pemanduan sehinggalah ke rumah. Sampai di rumah jam 2.12 pagi dan masa di atas katil barulah saya bercerita padanya. 

Katanya dia memang dah rasa pelik sebab saya tiba-tiba saja tersebut "Allah" dikala tengah rancak berbual. 

Dah sampai rumah, saya cuba google tentang KM333 dan mengucap panjang bila tahu ada seorang murid Tahun 1 maut dalam kemalangan di LPT2, di KM yang sama. 

“Lalu LPT2 Tak Boleh Cakap Besar Atau Pelik-Pelik”

"Betullah bang, ada kemalangan katanya Tetapi kemalangan itu berlaku pada waktu pagi," kata Zue. 

Wallahualam. - Hazir Haron

Hantu merupakan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi ada sesetengah manusia yang diberi anugerah dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib.

Ada juga sesetengah orang boleh berinteraksi dengan makhluk ghaib terutamanya ketika merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

Tidak hanya manusia yang bertuah sahaja dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib, ada juga sesetengah haiwan yang dipercayai memiliki kemampuan untuk merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Haiwan-haiwan ini juga akan berkelakuan aneh ketika merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya, sebagai petunjuk untuk manusia.

1. Kucing

Inilah Haiwan Yang Dipercayai Boleh Melihat Hantu

Haiwan peliharaan yang banyak dipelihara manusia ini merupakan salah satu haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.Haiwan yang paling digemari kebanyakan orang ini akan berkelakuan aneh ketika melihat makhluk ghaib, seperti menerkam tanpa sebab, serta melihat ke suatu tempat sangat lama.

2. Anjing

5 Haiwan Yang Didakwa Boleh Melihat Hantu

Selain kucing, anjing juga dipercayai dapat melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Diwaktu malam, anjing akan menyalak tanpa sebab saat melihat makhluk ghaib.

3. Ayam jantan

5 Haiwan Yang Didakwa Boleh Melihat Hantu

Ayam jantan juga merupakan haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Meskipun ayam merupakan haiwan buta pada saat malam hari tapi, jika ada makhluk ghaib disekitarnya.. ayam dapat merasakannya. Biasanya, jika ayam berkokok di tengah malam, itu bererti ia merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

4. Cicak

5 Haiwan Yang Didakwa Boleh Melihat Hantu

Haiwan kecil yang selalu ada di dalam rumah atau pun ruangan ini dipercayai juga dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib disekitarnya. Jika cicak tiba-tiba saja berbunyi, itu bererti cicak sedang melihat makhluk ghaib di sekitar ruangan atau rumah tersebut.

5. Burung gagak

5 Haiwan Yang Didakwa Boleh Melihat Hantu

Jika di Indonesia burung gagak di percayai sebagai tanda kematian seseorang, di Eropah pula burung gagak dipercayai boleh melihat makhluk ghaib disekitarnya. Masyarakat Eropah percaya bahawa jika burung gagak ini mengeluarkan bunyi-bunyi aneh, itu bererti ia sedang melihat makhluk ghaib disekitarnya.

Nah, itulah dia lima haiwan yang dipercayai boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Ini hanyalah kepercayaan sesetengah masyarakat saja dan masih menjadi misteri samada benar atau tidak, jadi anda boleh memilih untuk percaya atau tidak.

Buat pembela kucing, jangan pula anda tak keruan bila kucing anda tiba-tiba mengiau ditengah malam..mungkin juga si kucing anda sedang lapar atau kucing anda benar-benar takut kerana melihat…………….muka anda seperti hantu.

Perkahwinan kami yg tak sampai setahun musnah kerana sihir mertua sy...terlalu panjang utk sy ceritakan dimana awal punca segalanya berlaku..sebelum sy sakit..terlalu bnyak kezaliman mertua lakukan pd sy..sy diberi minuman kotor..rahim sy diikat supaya sy tiada zuriat dgn suami dan mcm2 lg..tp sbb syg sy diam..sy telan..sy terima..hinggalah akhirnya sy rebah dgn sihir mertua sy....hampir 2 bulan sy sakit...sy langsung tak dihiraukan suami..malah keluarga mertua langsung tak amik kisah sy sbgai menantu yg sakit..amat perit dgn permainan syaitan ini..

Luahan Isteri Kena Sihir Mertua Sendiri

nasib baik sy masih ada seorang ibu yg bnyak membantu sy..kerjaya sy hancur..duit utk berubat tiada...diri sy tak terurus...yg sy tahu...sy sering menangis rindukan suami..sdngkan masa tu suami ada depan mata tp seolah2 sy rasa suami melihat sy dgn perasaan benci...sy ditengking suami tanpa rasa ehsan...akhirnya..suami melangkah keluar dari rumah kami pulang kepada keluarga dia..bila adik angkat sy orng yg sy percaya tempat sy meluah rasa khianat pd sy...dgn menghantar semua msg sy beri pada dia..diberi semula pd suami sy..dgn alasan..dia tak nak tanggung dosa sbb sy buruk2kn suami sy dan kuarga mertua sy....allahhuakbar..cukup terzalim sy diperlakukan...adik angkat sendiri tau dan lihat apa yg sy alami..tp kenapa dia khianat pd sy.....

lepas sy baik sakit..allah uji sy dgn sy mengandung..sy mencari cara utk berdepan dgn suami sy..sbb suami tak mahu jumpa sy..sy ingin khabarkan sy mengandung...sy bagaikan pengemis..mencari suami..telefon tak angkat..msg tak balas..mcm2 cara sy buat utk sy dpt jumpa suami sy..tapi bila sy dpt jumpa suami sy..pandangannya masih sama..benci melihat sy..katanya dia tak dpt terima sy kata mak dia menyihir sy..menyihir rumahtangga sy....masa tu..hanya allah kebenaran sy..lepas kejadian tu..sy pernah pengsan dijalanan duduk jatuh terhentak....kandungan sy gegar..anak dlm kandungan sy hnya bertahan selama sebulan....lepas sy gugur..sy habis pantang seminggu..

sy cari kerja..sy bangkit dari semua..sy berdiri atas kaki sendiri dgn semangat anak2 syurga sy..sy failkan fasakh..utk minta suami sy sedar..tp..siapa sangka..suami sendiri telah pergi kepjbt agama utk berkata..dia rela ceraikn sy dan fasakh sy..tidak diproses oleh pejabat agama..tp allah itu maha mengetahui segalanya..pejabt agama menukar fasakh sy dgn sesi kaunseling dan masa tu..sy fight bermatian atas nama allah....sy diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua....sy tenang lalui semuanya..kini..sy masih lg ada 1 sesi utk kaunseling..sejujurnya..sy sudah tidak mahu lagi melihat muka suami sy..bukan kerana sy benci..tp sy terkilan dgn apa yg terjadi.... - Kisah Rumah Tangga

Gangguan Misteri di Laluan Baru Gunung Kinabalu Menakutkan Malim Gunung | KUNDASANG: Di kalangan malim Gunung Kinabalu, mereka masih lagi tidak dapat berhenti daripada berbicara tentang Gunung Kinabalu terutama keindahan pemandangan yang dapat dinikmati menerusi trail pendakian yang baharu dibuka dua hari lalu.

Keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing kerana gunung yang selama ini telah menjadi kebanggaan warga Sabah telah dibuka semula, sekali gus 'membuka' semula periuk nasi mereka yang tertutup buat sementara waktu ekoran aktiviti pendakian ditutup selepas gempa 5 Jun lalu.

Namun di sebalik terbinanya trail baharu (trail Ranau) itu yang bermula kira-kira di Kilometer (KM) 6.5 hingga KM7 sebelum ke sampai puncak, usah dilupa titik peluh malim gunung yang menitis di batuan granit Kinabalu, cabaran-cabaran getir mereka, malah 'gangguan' yang terpaksa dihadapi.

Malim Gunung Dedah Gangguan Misteri di Laluan Baru Gunung Kinabalu

Aidil Jahirin, 44, berkata banyak cabaran yang perlu dihadapi pasukan pembinaan trail baharu ini tetapi demi tugas ia dihadapinya dengan tabah.

Katanya, bagi dirinya dan rakan-rakan, cabaran seperti ribut, gegaran susulan dan cabaran teknikal adalah sesuatu yang dapat diduga tetapi kejadian 'diganggu' tidak akan dilupakan mereka.

"Paling mencabar apabila kayu untuk pasang tangga sukar melekat pada batu gunung yang amat keras, tapi itu kita berjaya selesaikannya.

"Tetapi yang paling mencabar bila kami pulang ke tempat tinggal kami di Laban Rata, kami sering diganggu dengan bunyi-bunyian seperti ada yang menarik meja dan kerusi," katanya 

Gangguan Misteri di Laluan Baru Gunung Kinabalu Menakutkan Malim Gunung

Aidil berkata kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dia dan rakan-rakan menganggap gangguan itu sebagai salah satu daripada cabaran tugas mereka.

"Kami faham tempat tinggal kami di Laban Rata telah lama ditinggalkan tanpa sebarang operasi atau penghuni selepas gempa bumi, jadi kami hanya biarkan saja.

"Pernah satu malam kami berpakat untuk naik ke atas dan melihat siapa yang membuat bunyi itu tetapi apabila kami tunggu, bunyi itu tiada sampai keesokan hari," katanya sambil menambah gangguan itu biasanya akan datang sekitar pukul 11 hingga 1 pagi.

Tingkat atas bangunan di Laban Rata menempatkan kafe dan hostel penginapan pendaki sebelum mereka meneruskan pendakian ke puncak.

Tempat tinggal malim gunung terletak di bahagian paling bawah.

Bagi Japli Yassin, 44, dia berkata untuk mengelak daripada gangguan dan perkara tidak diingini, pasukan pembinaan trail perlu mengikut pantang larang.

Gangguan Misteri di Laluan Baru Gunung Kinabalu Menakutkan Malim Gunung
Satu ukiran besar seakan-akan wajah manusia terbentuk susulan runtuhan batu di Gunung Kinabalu berikutan hakisan selepas gempa bumi dapat dilihat oleh pengunjung yang melalui laluan Kota Belud-Ranau.

Katanya dia dan rakan-rakan sentiasa memastikan pantang larang gunung dipatuhi.

Dia memberi contoh apabila ingin memulakan kerja dan pembinaan baharu, mereka perlu 'meminta izin' terlebih dahulu.

"Kami tak banyak menggunakan mesin dalam menyiapkan trail...banyak secara manual.

"Salah satu sebabnya kami tak mahu buat bising di sini, bimbang ada yang 'marah'. Kami juga tak boleh cakap kuat-kuat," katanya.

Tambahnya kerja pembinaan trail yang paling mencabar apabila mereka terpaksa memecahkan batu granit secara manual dengan menggunakan besi dan mencucuknya.

Katanya, kerja itu walaupun sukar namun tetap dilaksanakan dengan ikhlas demi Kinabalu yang menjadi tempat mereka mencari rezeki sejak turun temurun.

"Kami buat perlahan-lahan, tak merungut. Kami lakukan secara berpasukan, cepat siap, cepatlah kami semua boleh berkerja semula," katanya.

Sementara itu Jomius Binte yang sudah menjadi malim sejak 1986 berkata walaupun tidak terlibat dalam pembinaan trail ini, dia kagum dengan kesungguhan rakan-rakannya.

Gangguan Misteri di Laluan Baru Gunung Kinabalu Menakutkan Malim Gunung

"Ramai yang memuji hasil kerja mereka, mereka telah berdepan banyak masalah tetapi mereka tetap kental dan tidak mengalah," katanya.

Katanya sejak kejadian gempa, kerjaya sebagai malim gunung ini semakin mendapat perhatian ramai termasuklah orang awam dan kerajaan.

Katanya, kesungguhan dia dan rakan-rakan selama ini telah 'terbayar' apabila kadar untuk perkhidmatan malim gunung telah dinaikkan setimpal dengan kudrat mereka.

Malah perlindungan insurans juga sedikit sebanyak dapat merungkai kebimbangan keselamatan apabila mereka keluar berkerja.

Kini, Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada umum untuk aktiviti pendakian dengan trail baharu telah siap.

Selain dikatakan lebih selamat, selesa dan lebih mencabar, pemandangannya juga lebih menakjubkan.
Powered by Blogger.