Showing posts with label Berita. Show all posts


PETALING JAYA - Model botol air mineral stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, 25, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan lelaki yang 'mencabul' gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar. 

Nor Shafila tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehingga mencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami. 

"Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung atau memeluk poster itu ketika bergambar. Namun ada beebrapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan. 

"Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau. 

"Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya kepada mStar Online. 

Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar. 

"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya berharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini. 

"Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka. 

"Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya. 

MELAKA - Seorang bayi perempuan tertelan sebentuk cincin emas, mencetuskan rasa panik ibu bapanya dalam kejadian malam semalam. 

Bayi, Nur Dahlia Aleesa, dilaporkan tertelan cincin yang dipakaikan di jarinya ketika menghisap jari selepas terbangun dari tidur dalam buaian. 


Ibu mangsa, Siti Shuada, berkata, cincin itu dipakaikan pada jari anaknya yang sebelum itu sedang tidur dalam buaian sebagai persiapan nak pergi beraya. 

"Dia bangun, kakak dia tolong buaikan. Sekali dia batuk seperti tercekik, lalu saya tanya dengan kakaknya kenapa dengan adik. Saya pun berlari angkat Aleesa dari buaian.

"Ingatkan kakak dia bagi makan biskut atau keropok. Bila korek mulut, tak ada. Bila picit perutnya pun tak ada. Kakak dia kata Aleesa hisap jari tadi kemudian makan cincin. 

"Saya tak percaya tetapi si kakak tegaskan yang dia cakap perkara yang betul. Saya mencari cincin itu di merata tempat tetapi tak jumpa. Tengok Aleesa menangis saja tetapi selepas itu dia kembali aktif seperti biasa," katanya. 

Tidak sedap hati dengan apa yang berlaku dan yakin bahawa bayinya menelan cincin tersebut, Siti Shuada kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum membawa anak mereka itu ke hospital. 

"Saya pergi ke hospital, doktor kata ada tiga tempat nak x-ray. Dia bagi tempat pertama dulu, kalau pertama tiada apa-apa, barulah x-ray ke tempat lain. Sekali keputusan x-ray keluar memang jelas kelihatan ada sebentuk cincin permata dalam perut Aleesa. Hati saya terkejut dan sedih sangat. Peluk Aleesa tak henti-henti. 

"Selepas mendapat keputusan itu, bawa Aleesa jumpa doktor dan kami dimaklumkan bahawa cincin itu tajam dan berkmeungkin boleh melukan usus Aleesa dan beberapa tempat-tempat yang lain," katanya. 

Doktor memaklumkan mangsa perlu ditahan wad dan berkemungkinan akan dibedah kerana bimbang cincin tersebut tidak dapat keluar dari saluran najis. Namun doktor akan cuba beberapa cara yang lain terlebih dahulu. 


Bagaimanapun, jam 8.13 pagi tadi, cincin tersebut telah berjaya dikeluarkan melalui saluran najis mangsa tanpa perlu menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah pagi ini selepas makan cekodok pisang yang dibeli dari orang datang jual-jual itu, Aleesa pun membuang dengan banyak sampai bocor. Bila buka saja pampers, ternampak cincin tersebut. 

"Ya Allah, sedih dan terharu. Syukur semuanya selamat. Cuma najisnya ada kelihatan merah-merah sedikit dan itu mungkin kesan luka-luka di dalamnya. 

"Alhamdulillah tak sampai sehari. Pengajaran buat diri saya dan semua juga," katanya. 

Ibu bapa diingatkan agar tidak memakaikan sebarang barang kemas pada anak mahupun rantai sekalipun bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. 

Sebelum ini tersebar di laman sosial sebuah notis yang kononnya dikeluarkan oleh pusat servis kenderaan milik Proton di mana notis itu mendakwan beberapa kereta keluaran Proton tidak boleh menggunakan 'jump start' atau jumper kerana boleh menyebabkan Unit Kawalan Transmisi (TCU BOX) akan rosak atau terbakar.

Proton Perjelas Isu Kereta Proton Akan Terbakar Dan Rosak Jika Guna Jump-Start
                                                       Dua keping notis yang tersebar

Berikutan penyebaran notis ini, pihak Proton telah tampil menafikan perkara ini melalui satu kenyataan.

Menurut pihak Proton, segala yang terkandung di dalam notis yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walaubagaimanapun, seperti OEM seperti kereta-kereta lain, kereta keluaran Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa

Kerana ini pihak syarikat pengeluar kenderaan nasional ini telah menyertakan panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini mereka memberi jaminan yang kereta keluaran mereka adalah selamat untuk dihidupkan menggunakan 'jumper' selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Berikut adalah prosuder yang betul untuk melakukan jump-start

- Sterminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.

- Tapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.

Kereta Proton Akan Terbakar Dan Rosak Jika Guna Jump-Start, Ini Penjelasan Proton

Berikut pula merupakan langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan buku panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.


Untuk maklumat lebih terperinci, pemilik kenderaan Proton dinasihakan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan sebarang bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton akan memastikan syarikatnya akan sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Sebarang pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. 

Kuwait: Seorang murid tadika perempuan berusia lima tahun memberikan sebuah kereta Mercedes mewah yang baharu kepada guru kesayangannya sebagai hadiah selepas tamat persekolahan.

Noor Al Faris, 5, memilih hadiah itu untuk gurunya sebagai tanda terima kasih kerana membantunya tamat pembelajaran di tadika itu, minggu ini.

Pelajar Tadika Hadiahkan Kereta Mewah Kepada Gurunya

Beberapa gambar murid berkenaan bersama kereta itu yang tertulis "Kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia" di bahagian cermin depan tersebar di internet.

Noor berkata dia memberi hadiah itu sebagai tanda terima kasih dan sayang kepada guru itu kerana membantunya sepanjang belajar di tadika.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa Noor kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

Budak Tadika Hadiahkan Mercedes Benz Kepada Gurunya

Budak Tadika Hadiahkan Mercedes Benz Kepada Gurunya

Lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, guru terbabit memainkan peranan penting membantu perkembangan Noor selain membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya.

Harga dan butiran lanjut mengenai kereta itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan ia model mewah.

Hmm.. semua tak nak. Kalau tak coklat itu, 10 (ini perumpamaan, ada pula yang tak faham. Anak saya memang dikawal makan junk food) pun dia boleh habiskan sekali makan (2-3 bulan sekali saja bagi). Semalam saya terpaksa bagi dia makan coklat sebab dia langsung tiada tenaga. Habislah satu keping setengah. Pagi ini langsung tak nak apa-apa, susu pun tak nak. 

Paediatrician kata, kalau esok masih demam kena warded. Result blood test okay, cuma platlet rendah sikit dan sel darah putih pun agak tinggi sikit. Demam disebabkan oleh virus. Patutlah antibiotik tak berkesan. Doktor GP klinik memang suka beri antibiotik tanpa buat blood test. Sepatutnya kanak-kanak di bawah usia 6 tahun penggunaan antibiotik perlu dikawal kerana ia akan melemahkan antibodi semulajadi mereka. Antibiotik hanya untuk penyakit yang disebabkan bakteria. 

Virus Demam Semakin Kebal Kerana Golongan Anti-Vaksin

Pertama kali bawa Amanda pergi ke klinik (hari kedua demam), jumpa doktor biasa (GP) last week sebab saya busy sangat. Sorry my dear. Kalau tak, sure terus bawa berjumpa dengan paediatrician sebab biasanya demam dua hari terus jumpa paed. 

Saya pun sudah bertanya pada doktor itu sama ada perlu atau tidak antibiotik. Doktor jawab perlu sebab demam bakteria. Saya pun silap, percayakan doktor GP itu 100% sebab sebelum ini saya berjumpa Paediatrician semua akan buat blood test dulu, baru paed tentukan perlu atau tidak beri antibiotik. 

Nasihat saya, anak-anak di bawah usia 6 tahun kalau demam lebih tiga hari, tolong bawa terus berjumpa Paediatrician, bukan doktor GP. Saya menyesal sangat sebab last week tak sempat bawa Amanda jumpa Paed (hari keenam demam baru jumpa paed) macam kebiasaan bila dia demam. Regret sebab bagi dia habiskan antibiotik yang doktor GP klinik biasa berikan. 

My Paed kata, virus yang menyerang Amanda ini tiada rawatan dan Paed tak beri ubat pun walaupun antibiotik. Paed kata virus biasa dan biar antibodi Amanda sendiri yang melawan virus itu. Tetapi Paed kata trend kebelakangan ini, virus tersebut bertahan dalam badan sehingga 7 hari. Kalau dulu virus seperti ini hanya tahan selama 3 hari sahaja. Sebab itu dulu budak demam disebabkan viral fever, tiga hari paling lama. Tetapi sekarang dah meningkat ke 7 hari! Virus sudah semakin kuat sekarang, kenapa? Sebab ada golongan ibu-ibu yang memperjuangkan anti-vaksin! 

Ibu anti-vaksin ini sebenarnya pentingkan diri. Konon nak mengikut zaman Nabi dulu tak ada vaksin-vaksin ini. Nak mengamalkan makanan sunnah saja konon. Tahu tak zaman dulu mana ada penyakit-penyakit dan virus-virus yang semakin menggila ini? Sebab itulah zaman Nabi tak ada vaksin. Sekarang, contohnya virus yang bertahan dalam badan selama tiga hari pun jangka hayatnya dah berubah kepada tujuh hari dalam badan. 

Anak-anak yang tidak divaksin ini sepatutnya tidak dibawa ke tempat awam sebab anak anda penyebar virus! Sekarang banyak penyakit yang sudah lama tidak wujud di Malaysia, kini wujud kembali disebabkan golongan yang pentingkan diri ini. Konon anak sihat tanpa vaksin, kemudian bawa anak pergi jalan merata-rata sampai ke luar negara, kemudian bawa balik segala penyakit yang tak wujud di Malaysia ini semua. 

Wahai ibu-ibu yang selfish, tahukah anda imunisasi adalah harus (tetapi tak wajib) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian, penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak. 

Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah 

Al- Baqarah, ayat 195 : 
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة 
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan". 

Maka, sebelum kita memutuskan sesuatu itu haram dan tidak boleh, kita perlu ada ilmu yang mendalam dan dalil yang mencukupi. Saya ingin bertanya, adakah semua yang tanpa logo halal itu haram? Adakah beberapa produk yang diluar kuasa jakim untuk memberikan logo halal seperti ubat-ubatan? Adakah anda pernah melihat logo halal pada antibiotik? Pernah nampak tak logo halal pada bungkusan nasi lemak tepi jalan? 

Sedangkan semua vaksin yang diperkenalkan di Malaysia telah mendapat hukum penggunaannya daripada mereka yang arif dan bukannya orang-orang biasa. Tetapi ibu-ibu yang selfiesh ini dengan mendabik dada beritahu anak-anak mereka bebas vaksin dan sihat sentiasa lalu mengheret anak itu ke sana sini. Memanglah anak-anak anda sihat sebab anak-anak anda berada di kalangan majoriti populasi yang mengambil vaksin. Cuba anda buat satu negara khas untuk anti-vaksin dan lihatlah populasi anda bagaimana? Sudah cuba? 

Tetapi tak, sebaliknya hantar ke sekolah awam untuk menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada anak-anak lain. Tetapi betul ke anak anti-vaksin itu sihat? Sila rujuk hospital dan tanya mereka berapa ramai anak kecil mati akibat sejarahnya tidak mengambil vaksin? Saya tidak dapat keluarkan statistiknya tetapi saya ada jumpa seorang ibu anti-vaksin yang kematian anak yang tidak mengambil vaksin pneumococcal. Ya, mati. Dia menyesal dan sekarang dia sedang memperjuangkan vaksin pneumococcal. Anak baru hidup satu tahun lebih. Dia tak bagi pun coklat dan air Dutchlady ya puan-puan anti-vaks. Tetapi mesti anti-vaksin akan kata, 

"Alaa, dah ajal dia," 

Senangnya cakap. Memang betul anak-anak lain sudah divaksinkan tetapi vaksin hanya mengurangkan risiko lebih besar iaitu kematian. Tetapi masih juga anak-anak akan demam ketika badan mereka melawan virus dan demam itu sangat memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak bawah 6 tahun terutamanya. 

Seperti Amanda ini, dia enggan makan, tiada tenaga, tak mahu minum dan kemungkinan akan dehydrated. Proses badan dia ketika melawan arus virus tersebut telah membantukan proses tumbesarannya. Sepatutnya 7 hari dia boleh explore bermacam-macam lagi di sekelilingnya. 

Oh, anak-anak yang tiada vaksin terutamanya bayi yang belum cukup imunisasi dan masih lemak antibodi, kebarangkalian untuk kematian adalah tinggi. Jadi ibu yang selfish itu, janganlah sibuk bawa anak anda pergi melawat orang yang baru lepas bersalin. Duduk saja di rumah itu senyap-senyap. 

Vaksin bertindak melalui dua jenis iaitu: 

Vaksin yang menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman dan ia dimasukkan ke dalam tubuh kita. Apabila tubuh kita mengenal bahagian tersebut, tubuh akan menghaslkan antibodi yang spesifik untuk kuman tersebut. Apabila kuman yang sebenarnya datang menyerang, antibodi yang terhasil sebelum ini akan melalui proses vaksin tersebut akan melawan kuman yang menyerang kerana antibodi tersebut telah bersedia ketika proses vaksin dahulu.

Vaksin yang menggunakan virus hidup yang telah dilemahkan seperti ular yang hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita dan tubuh kita akan menghasilkan antibodi yang juga spesifik kepada virus tersebut. Contohnya mumps rubella, measles tetapi sebab kuman ini sudah lemah, antibodi yang dihasilkan oleh tubuh akan membunuhnya. Tubuh kita ada memory cell yang akan menyimpan data tentang kuman yang telah terdedah secara natural atau vaksinasi. Tetapi bila kuman menyerang secara natural (real), hakikatnya lebih sakit dan tidak boleh bawa kematian kepada bayi atau kanak-kanak yang belum kuat sistem imunisasinya.

Apa yang telah diberikan vaksi, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh kita menghasilkan antibodi dan membunuh kuman yang menyerang. Justeru vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sebelum ramai kanak-kanak dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yang sudah kebal antibiotik. Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab itu saya berjuang dalam penyusuan ibu untuk Amanda dan Danish suatu ketika dulu. Namun, bukan semua antibodi yang spesisfic untuk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dalam susu ibu adalah IgA yang menghalang perlekatan kuman dan toksin terutama dalam usus bayi. 

Namun, antibodi yang spesific seperti IgM dan IgG hanya sedikit. Kandungannya amat bergantung kepada kandungan antibodi spesifik dalam tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis dan bayi pula dijangkiti pertusis, bayi akan mengalami simptom yang boleh membawa maut. 

Kita orang dewasa punya askar yang kuat untuk melawan kuman tetapi bayi dan di atas usianya tidak kuat. Malah, vaksin yang kita dapat semasa kecil bukannya memberi perlindungan sepanjang hayat. Antibodi yang terhasul dulu sudah berkurangan dalam tubuh kita. Justeru, para ibu usahlah ingat kita ada antibodi dari vaksin yang kita pernah dapat. Kita orang dewasa bolehlah mengamalkan semua makanan sunnah seperti madu, kurma. Tetapi bayi kecil belum boleh diberikan makanan tersebut. Mereka perlu dibantu dengan pemberian vaksin untuk cara menegah. 

Adakah anda di antara ibu-ibu selfish? Anda ambil vaksin semasa kecil tetapi anak-anak anda tidak diberikan vaksin? Dan perlu ingat anak-anak anda akan membawa kerosakan besar kepada masyarakat kita dari segi kesihatan nanti. Kalau berkeras tak nak vaksin, simpan anak anda dirumah. Sekali lagi, vaksin hukumnya harus dari segi syarak. 

Akibat Golongan Anti-Vaksin, Virus Demam Semakin Kebal

NOTA: 

Ada ibu anti-vaksin kata saya beri makanan dan minuman virus kepada anak saya iaitu Cadbury dan susu coklat Dutchlady ni (ini pun last resort sebab nak paksa dia menelan sesuatu. Lagipun dia tak makan pun coklat dan susu itu pada masa ini sebab memang tiada selera langsung. 

Sedangkan Paediatrician yang suruh Amanda makan coklat sebab dia langsung tak nak makan. Jadi paed suruh beri coklat untuk tenaganya. Sebab itu Amanda sakit? Biar betul? Kasihan pakar kanak-kanak itu ilmu yang diberikan disakal oleh doktor ikutan itu. Sebab abangnya pun consume benda yang sama tetapi abang tak pernah warded sakit. 

Bermacam-macam fatwa mereka ini .Terlalu mengikut kata-kata doktor di Facebook group dan Google. Saya perlukan mereka dari anti-vaksin untuk memberikan fakta yang 100% sahih di mana mereka dari golongan saintis bidang vaksinologi untuk menegakkan fakta yang anti-vaksin ini yang anti-vaksin pertahankan. Bukan dari saintis ikut-ikutan sahaja ya. Tetapi setakat ini saya tak jumpa pun anti-vaksin itu seorang saintis. - Sheila Samsudin

RIYADH – Polis Arab Saudi bertindak pantas menghalang sepasang pengantin tempatan daripada cuba memasuki kawasan Masjidil Haram di Makkah, tempat suci umat Islam, menurut laporan portal Emirates247. 

Memetik laporan akhbar tempatan Sada pada Ahad, pengawal masjid terbesar di dunia itu terpaksa melarang keras pasangan tersebut masuk kerana si pengantin wanita didapati memakai gaun perkahwinan moden. 

Kisah Sebenar Pasangan Pengantin Dilarang Memasuki Masjidil Haram

“Dia ditemani beberapa wanita Arab kemudian disekat oleh pasukan pengawal daripada memasuki pintu Raja Fahd di masjid suci ini dengan memakai gaun pengantin yang berwarna putih krim,” kata akhbar tersebut. 

Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pengantin wanita berkenaan hanya cuba menziarahi Masjidil Haram selepas berkahwin dan bukannya mahu melangsungkan majlis pernikahan di dalam rumah Allah itu. 

Pengarah Masjidil Haram, Mohammed Al-Bati berkata, pengawal telah memaklumkan suami kepada wanita itu yang turut berada di situ bahawa pakaian pengantin isterinya tidak sesuai dengan tempat tersebut. 

Disebalik Kisah Pengantin Dilarang Masuk Ke Masjidil Haram

Beliau kemudian mengarahkan agar pengawal bertolak ansur dengan memberikan jubah abaya dan tudung niqab untuk dipakai terus oleh wanita berkenaan sebelum dia dibenarkan memasuki kawasan masjid. 

Pengantin wanita tersebut mendakwa dia cuma menziarahi Masjidil Haram sebagai menandakan permulaan perkahwinan dirinya tetapi kehadiran unik mereka itu telah menarik perhatian ramai jemaah lain pula. 

Pada kelaziman, pasangan yang berhasrat melakukan akad nikah di dalam masjid berkenaan cuma memakai pakaian seperti juga jemaah lain yang sedang beribadah umrah tanpa menonjolkan diri berlebihan. 

Upacara pernikahan pada kebiasaan berlangsung secara ringkas sahaja dan pasangan terbabit mungkin berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dapat berkahwin di hadapan Kaabah semata-mata.

LONDON — Global Firepower (GFP), sebuah laman web terkenal analisis kekuatan pasukan tentera kebangsaan di seluruh dunia menyenaraikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ke-35 terkuat di arena antarabangsa.

Laman berpengaruh itu mengeluarkan senarai penarafan lebih 100 negara sebagai perbandingan organisasi ketenteraan paling kuat di dunia dengan berdasarkan kepada 50 faktor penilaian berbeza yang cukup ketat.

Antara faktor menilai kekuatan tentera sesebuah negara ialah bilangan penduduk, usia rakyat dibenarkan menjadi anggota tentera, jumlah tentera aktif, jumlah peralatan, hutang luar negeri dan penggunaan bahan bakar lapor Mynewshub.

Tentera Indonesia Paling Kuat Di ASEAN, Malaysia Nombor Berapa?

Misalnya, jumlah populasi sesebuah negara menjadi petunjuk awal penilaian penarafan ini dan secara umum, semakin besar bilangan penduduk sesebuah negara, maka kekuatan ketenteraan negara itu akan semakin besar.

Demi memastikan penilaian itu lebih bersifat adil serta dipercayai, keupayaan sebuah negara dalam mengembang dan memiliki persenjataan nuklear langsung tidak diambil kira menjadi antara faktor penilai oleh pihak GFP.

Semua penilaian bebas itu akan menunjukkan secara ‘atas kertas’ kemampuan pasukan tentera sesebuah negara jika betul-betul terjadi perang konvensional sama ada pertempuran terbuka di darat, udara, mahu pun laut.

Hasil analisis menggunakan 50 faktor penilaian itu, GFP menentukan untuk 2015, negara dengan ketenteraan terkuat di dunia masih dipegang Amerika Syarikat (AS), diikuti Rusia dan China masing-masing kedua dan ketiga.

Tentera Indonesia Paling Kuat Di ASEAN, Malaysia Pula Nombor Berapa?

Manakala, India dan Britain menduduki tangga keempat dan kelima dunia, sementara negara Asia lain yang menduduki kelompok 10 terkuat ialah Korea Selatan di kedudukan ketujuh dan Jepun pula di posisi kesembilan.

Itu ‘Top Ten’, namun bagaimana pula di peringkat rantau Asia tenggara? Hasil penilaian sangat ketat itu, GFP menyenaraikan Indonesia paling kuat di ASEAN dan menjadi negara dengan tentera ke-12 terkuat di dunia.

Kedudukan Tentera Nasional Indonesia ini di bawah Israel (11) tetapi di atas Australia (13). Dengan posisi ini, Indonesia juga lebih kuat berbanding beberapa negara Eropah tertentu seperti Poland, Switzerland atau Denmark.

Negara tentera kedua terkuat di Asia Tenggara ialah Thailand yang secara global berada di tangga ke-20, diikuti Vietnam (21), Singapura (26), Malaysia (35), Filipina (40), Myanmar (44), Kemboja (96) dan Laos (117).

Sementara itu, 10 negara dengan kekuatan pasukan tentera paling lemah dalam senarai GFP ini ialah Laos, Gabon, Cameroon, Tanzania, Sudan Selatan, Libya, Zambia, Mali, Mozambique dan Somalia.

SEORANG gadis muslim mencuri perhatian dunia apabila bergaya ‘comel’ dengan mengambil selfie di hadapan kumpulan penunjuk perasaan anti-Muslim di Belgium, baru-baru ini.

Zakia Belkhiri, 22, bertindak demikian setelah mendapati kumpulan ekstrim Vlaams Belang, membantah cara hidup Islam lapor Mynewshub.

Detik Cemas Gadis Muslim Selfie Depan Demo Anti-Muslim

Metro.co.uk melaporkan, tindakan itu membuat sebahagian penunjuk perasaan yang membawa poster menolak tudung, masjid dan berteriak “Hentikan Kebangkitan Islam” turut tersenyum.

Walaupun 15 peratus penduduk Belgium beragama Islam, insiden bom di Brussel baru-baru ini menyebabkan peningkatan sokongan terhadap golongan anti Islam.

Seorang pemberita yang bertugas berkata, kemunculan Zakia menjadikan protes itu yang pada mulanya hambar bertukar menarik.

Menurut Zakia, dia sebenarnya mahu mengelak pihak media kerana tidak mahu dilihat sebagai gadis yang mahukan perhatian.

“(Apa saya buat) ini bukan tanda protes sama sekali, sekadar berkongsi kegembiraan dan keamanan,” ujarnya.

Saat Mendebarkan Remaja Islam Selfie Depan Demo Anti-Muslim

Saat Mendebarkan Remaja Islam Selfie Depan Demo Anti-Muslim

Saat Mendebarkan Remaja Islam Selfie Depan Demo Anti-Muslim

Saat Mendebarkan Remaja Islam Selfie Depan Demo Anti-Muslim

'Melayu bangsat ketinggalan, Islam dah jatuh longkang' | Semalam viral seorang lelaki tua mengamuk dalam keretapi. Ramai yang mengatakan pakcik ni ‘naik hantu’ apabila seseorang dengan tidak sengaja melanggarnya. Seorang individu telah merakam setiap gerak geri dan perkataan kesat yang dikeluarkan oleh pakcik ni.

Uncle hina Melayu, hina Islam

Kami tak pasti pakcik tua ni bangsa apa dan perkara ini dengarnya terjadi di negara jiran, Singapura. Perkataan kesat yang dikeluarkan ternyata buat netizen panas hati. Korang tengok lah sendiri video di bawah ni.


Berikut pula merupakan komen netizen berhubung isu ini.

'Melayu bangsat ketinggalan, Islam dah jatuh longkang'

'Melayu bangsat ketinggalan, Islam dah jatuh longkang'

'Melayu bangsat ketinggalan, Islam dah jatuh longkang'

'Melayu bangsat ketinggalan, Islam dah jatuh longkang'

Muhammad Ali 'belasah' Donald Trump | Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.

Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.

Mantan juara tinju heavyweight dunia itu mengeluarkan kenyataan yang menyeru umat Islam agar menolak sesiapa sahaja yang menggunakan Islam untuk agenda peribadi.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada Trump semata-mata malah kepada semua calon presiden yang mencadangkan pengharaman kemasukan umat Islam ke Amerika Syarikat memetik Astro Awani.

Muhammad Ali bidas kenyataan Donald Trump
A statement from Muhammad Ali - @AdamHoge

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Trump mendakwa kajian yang dilakukan oleh Pusat Dasar Keselamatan menunjukkan 25 peratus umat Islam bersetuju bahawa keganasan ke atas rakyat Amerika di negara itu munasabah atas alasan menyokong gerakan jihad global.

Ali walau bagaimanapun menyatakan umat Islam sebenar tahu bahawa keganasan ISIS “bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip asas agama kita.”

“Saya percaya para pemimpin politik kita seharusnya menggunakan kedudukan mereka untuk membawa pemahaman tentang Islam dan menjelaskan tentang para pembunuh yang tersesat ini sebenarnya telah menyongsangkan pandangan umum terhadap Islam yang sebenar,” ujar beliau.

Muhammad Ali 'belasah' Donald Trump
#‎TBT With my friend Muhammad Ali - Donald J. Trump

Trump membuat kenyataan kontroversi tersebut hanya beberapa bulan selepas menyifatkan Ali sebagai “rakan” dalam kiriman Facebook beliau Mei lalu, dengan menyertakan gambar Ali menyampaikan Muhammad Ali Award kepada beliau bagi kategori keusahawanan.

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah | Golongan anti vaksin sememangnya kalau boleh mengelak untuk diberikan suntikan vaksin. Termasuklah suntikan vaksin untuk jemaah haji atau umrah.

Seorang pengguna laman sosial (Anti Vaksin) bertindak memalsukan dokumen pengecualian dari dikenakan vaksin untuk ke Tanah Suci. Dia dikatakan menggunakan khidmat dua doktor berbayar untuk membuat pengecualian.

Ikuti kisahnya.

Apabila Orang Anti Vaksin Menipu Untuk ke Tanah Suci

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Edisi BILA ANTIVAXX NAK PERGI MEKAH

Kerajaan Arab Saudi mensyaratkan setiap jemaah haji dan umrah yang ingin memasuki negara mereka, diwajibkan untuk menerima vaksin meningitis terlebih dahulu.

Peraturan ini ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sendiri serta tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia atau kementerian kesihatan Malaysia. Namun kita memberi kerjasama kepada kerajaan Arab Saudi untuk mempermudahkan urusan para jemaah haji dan umrah untuk berkunjung ke sana.

Justeru bagi sesiapa yang ingin ke Arab Saudi, mereka wajib disahkan terlebih dahulu oleh seorang pegawai perubatan bahawa mereka telah divaksin meningitis..barulah visa mereka akan diluluskan.

Bagi ibu-ibu antivaksin, pastilah mereka menggelupur dengan syarat ini. Maklumlah selama ini mereka berhujah dengan hujah agama, mengatakan vaksin ini najis lah, haram lah, menyalahi sunnah lah, breastfeeding saja dah cukup, makan kurma saja dah cukup. Bukan PW kata, tapi mereka antivaksin yang dakwa sedemikian.

Tengok-tengok, kerajaan Arab Saudi sendiri mewajibkan vaksin! Takkanlah kerajaan Arab Saudi tak tahu pasal hukum hakam agama. Takkanlah tak ada seorang pun ulama di Arab Saudi yang bangkit membantah peraturan ini. Takkanlah Allah membiarkan umatnya yang telah "dicemari najis vaksin" untuk menyahut seruanNya.

Tapi mahu tidak mahu, mereka tetap perlu akur dengan syarat ini, kerana syarat ini ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Maka tidak ada cara lain lagi untuk mendapatkan visa, melainkan mereka terpaksa mengupah/mencari seorang doktor yang SANGGUP MENIPU dan MEMALSUKAN DOKUMEN pengesahan vaksin bagi pihak mereka!

Kalian boleh lihat dalam perbualan di atas, bagaimana seorang ibu antivaksin cemas kerana permohonan visa anaknya untuk ikut mengerjakan umrah masih tertangguh.

Ia disusuli dengan komen dari rakan antivaksin yang MENGAJAR UNTUK MENIPU, dengan mencadangkan tempat-tempat klinik/doktor yang sanggup memalsukan dokumen pengesahan vaksin haji.

MENIPU NAIK HAJI

Kami di PW bukanlah ustaz, tetapi tak perlu untuk kami ingatkan betapa pentingnya mendapat keberkatan dalam mengerjakan sesuatu ibadah.

Apatah lagi untuk menghadap Allah di Baitullah, rumahNya sendiri.

Mak ayah datuk nenek kita dahulu mengajar, bahawa orang yang nak naik haji ada yang membuat kenduri doa selamat. Ada yang diminta menyelesaikan hutang-hutang, bermaafan sesama keluarga, meninggalkan nafkah yang cukup kepada waris.

Hikmahnya adalah supaya bakal haji atau jemaah umrah, pergi menghadap Ilahi di Baitullah dengan hati dan jiwa yang bersih, kosong-kosong, untuk diisi dengan keberkatan di Tanah Suci.

Adakah keberkatan itu boleh diperolehi, apabila seseorang memulakan ibadah dengan sebuah PENIPUAN?

Menipu itu adalah satu dosa, bahkan hadis menyebut hanya tiga jenis penipuan sahaja yang dibenarkan dalam Islam iaitu menipu dalam perang, menipu untuk mendamaikan dua pihak, atau menipu untuk menyelamatkan rumahtangga.

Hatta untuk beribadah pun, Islam tidak menghalalkan perbuatan penipuan.

Jadi kepada ibu-ibu yang baru berfikir-fikir hendak menolak vaksin, fikirlah baik-baik. Jangan sampai anda dihantui rasa berdosa sepanjang hayat, bukan kerana tidak memvaksin anak, tetapi kerana menipu atas nama Tuhan Yang Maha Esa.

DOKTOR PUN PENIPU JUGA

Doktor, adalah antara pekerjaan yang cukup berkuasa. Sehingga ada orang menggelar profesyen kedoktoran ini sebagai "pembunuh berlesen".

Atas kuasa yang besar inilah, datangnya tanggungjawab yang besar. Antara tanggungjawab itu termasuklah bersikap amanah dan jujur dalam bertugas. Ia juga termasuk dalam etika kedoktoran.

Contoh yang paling mudah, seperti sijil MC. Sehinggakan ada mufti/ulama yang mengatakan, doktor yang memalsukan sijil cuti sakit turut sama berdosa dan bersubahat.

Memalsukan dokumen, mempunyai kesan yang sangat besar. Dokumen yang dipalsukan, sekiranya dokumen rasmi, boleh dibawa ke mahkamah dan menjejaskan perbicaraan. Yang bersalah boleh terlepas, yang tak berdosa boleh tersilap hukum.

Tidak syak lagi, sekiranya benar seperti yang diceritakan dalam skrinshot ini, maka dua orang doktor ini telah pecah amanah dan tidak beretika kerana mengeluarkan surat pengesahan vaksin yang palsu.

Ironinya, salah seorang doktor yang dimaksudkan, adalah pengasas kepada laman group "Kami Tuntut Amalan PerXXXX Beretika" yang sering menjadi sarang kumpulan antivaksin.

Alangkah hipokritnya, tatkala beliau menyeru amalan perubatan beretika, tetapi beliau sendiri tidak beretika dan sanggup memalsukan sebuah dokumen rasmi?

Kami difahamkan laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa. Kedua-dua pengamal perubatan tersebut sudah mendapat perhatian Unit Etika dan Disiplin Majlis Perubatan Malaysia. Laporan juga sudah dibuat kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan itu sahaja, laporan juga turut dibuat kepada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, dengan tujuan untuk menapis semua visa yang didapati menggunakan surat pengesahan vaksin dari dua pengamal perubatan ini, jika benar ada pemalsuan.

Akhir kata..fikirlah elok-elok demi masa depan anda dan anak anda. Ketegasan kerajaan Arab Saudi dalam bab ini menggambarkan kepentingan vaksin itu sendiri..sampaikan hendak beribadah pun diwajibkan mendapat vaksin terlebih dahulu.

Tapi tentulah, bagi pihak antivaksin, mereka akan menuduh kerajaan Arab Saudi ini korup..boneka WHO..ada "konspirasi" dan entah pelbagai merapu lagi.

Do us a favour please? Tak payahlah korang naik haji..baik bagi kuota korang tu kat orang lain yang follow the rules, memvaksin, at least takde la lama sangat kitorang menunggu giliran nak naik haji.

Orang Arab, balik Arab, berjubah labuh. 

Antivax nak pergi Arab pun kena jadi penipu dan pembohong.

Beretika my foot!

Tulisan: Pseudoscience Watch

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel | Serangan yang berlaku di Paris pada 13 November 2015 yang telah mengorbankan lebih 100 orang sebenarnya adalah kerja jahat MOSSAD dengan bantuan kerajaan Perancis.

Pasti anda sekarang ini tidak percaya dengan kenyataan di atas kerana dunia kini beriya-iya mahu anda percaya kejadian itu didalangi oleh pelampau islam. Menerusi bumiyangtercinta.blogspot.com, kami kongsikan kepada anda bukti dan siapakah dalang sebenar yang merancang serangan itu.

Mana Buktinya?

Pendedahan Bukti Serangan Paris Adalah Kerja Israel

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Buktinya ialah salah seorang dari mangsa pembunuhan tersebut yang bernama Nohemi Gonzalez berumur 23, telah didapati masih hidup selepas “tembakan” di Paris pada hari tersebut.

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Ibu kepada Nohemi Gonzalez telah berjaya menelefon kekasih kepada anaknya dan telah disahkan oleh kekasih anaknya bahawa anaknya masih hidup dan sedang berada disisi kekasihnya.

Kemudian pihak berkuasa Perancis telah menangkap Nohemi Gonzalez dan membawa beliau ke lokasi rahsia.

Selepas beberapa jam, pihak Perancis telah memberitahu kepada ibu Nohemi Gonzalez bahawa anaknya telah mati terbunuh.

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Gambar dibawah jelas menunjukkan mayat-mayat ditarik masuk kedalam theatre Bataclan. Sebab itu ada garisan darah yang memanjang. Gambar ini diambil selepas 2 jam dari masa "tembakan".

Selepas 2 jam?

Kenapa tidak ada pihak polis dalam gambar dibawah?

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Pemilik theatre Bataclan ialah Arnauld Lagardere dan dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Baron Edmond de Rothschild.

Arnauld Lagardere telah membeli theatre Bataclan pada 9 November 2015. Kejadian serangan berlaku pada 13 November 2015.

Hanya 5 hari untuk "mereka" merancang "serangan".

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Mereka menuduh ISIS yang melakukan serangan tersebut. Untuk pengetahuan anda, ISIS sebenarnya adalah ciptaan MOSSAD / CIA.

Seorang bekas agen perisik dari NSA yang bernama Edward Snowden telah membuat satu pendedahan yang sungguh menggemparkan. Beliau telah memberitahu wartawan bahawa ISIS adalah ciptaan Isreal dan Amerika (MOSSAD dan CIA).

Lihatlah buktinya dibawah:

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Tahukah anda siapakah dia ketua ISIS?

Dia adalah seorang agen MOSSAD yang bernama Simon Elliot.

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Bukti Serangan Paris Didalangi Israel

Seorang nenek di China kesal dengan karenah penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang lalu lintas dan suka memandu melulu laju di jalan depan rumahnya. Pekara itu membuat banyak berlakunya kemalangan.

Ramai Terpegun Melihat Apa yang Dilakukan Oleh Wanita Ini

Bosan dengan keadaan tersebut, wanita tersebut memasang boneka seks yang diikat pada sebatang pokok di tepi jalan. Tujuannya adalah agar penunggang akan memperlahankan kenderaannya kerana ingin melihat anak patung tersebut.

Gambar itu pernah dipaparkan di laman Car News China dan dimuat naik oleh pengguna Facebook Erizeli Jely Bandaro. Gambar tersebut menjadi bualan hangat dan mengundang gelak tawa dari orang ramai.

Apa yang Dilakukan Oleh Wanita Ini Membuat Ramai Tergamam

'Ustaz pun kena raba' | Kuala Lumpur: “Ustaz pun kena raba, dia tak kira rupanya,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangun semasa isu ‘meramas’ dan ‘meraba-raba’ dibangkitkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat Kementerian Pengangkutan oleh Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Perkataan ‘meraba-raba’ dibangkitkan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) sehingga menggamatkan sidang dewan dan menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang memetik Harian Metro.

"setiap minggu saya diraba-raba"

Beliau mempersoalkan prosedur pemeriksaan keselamatan membabitkan perbuatan ‘meraba-raba’ badan di lapangan terbang oleh anggota keselamatan bertugas.

Beliau turut merungut berkaitan prosedur itu kerana ia tidak berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia.

“Kecuali di lapangan terbang Malaysia, setiap minggu saya ‘diraba-raba’ sekurang-kurangnya dua kali sedangkan mesin pengimbas sudah ada.

“Adakah MP (Ahli Parlimen) ini membawa bom,” katanya sambil Ahli Parlimen lain bersorak.

Tidak mahu ketinggalan dalam topik itu Khairuddin bingkas bangun mencelah dan memberitahu bahawa beliau pun turut diraba-raba.

Katanya, semua penumpang diperiksa dengan cara itu tanpa mengira latar belakang mereka.

“Ya, sama sahaja. Tiap-tiap minggu saya kena ‘raba-raba’ yang sama,” katanya lagi.

Abdul Aziz kemudian cuba menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul sama sekali kerana penumpang lelaki akan diperiksa oleh anggota lelaki.

Katanya lagi, manakala penumpang wanita diperiksa oleh anggota wanita dalam kawasan tertutup.

“Pemeriksaan itu tidaklah sampai kepada alat sulit,” katanya lagi.

McDonald beri percuma mainan yang menghina nama Rasulullah | Syarikat makanan segera McDonald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut.

Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah faham akibat munculnya protes dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

Mainan McDonald Hina Nama Rasulullah

Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di dasar mainan tempat kaki Power Rangers berpijak. Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki tokoh super hero itu akan mengenai nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga terkesan nama Nabi Muhammad SAW dipijak oleh tokoh super hero tersebut.

Hal ini mencetuskan protes keras dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang berang melihatnya. Mainan itu diberikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual untuk pelanggan-pelanggan kanak-kanak dengan harga 12 Riyal.

Syarikat makanan segera itu memberikan mainan tersebut ketika pelbagai aksi kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu.

Rahsia Malaysia Hampir Terlibat Dalam Peperangan Dunia ke 3 | Pasti anda tidak sangka Malaysia sebenarnya hampir terlibat dengan peperangan.

Apakah insiden yang hampir melibatkan Malaysia berperang? Dan negara manakah yang memutuskan untuk berperang dengan Malaysia? Menerusi militarypower.com, kami kongsikan kisahnnya.

Malaysia hampir terlibat dalam Perang Dunia ke 3

TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG

1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.

2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.

3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).

4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?

5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja

dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”.

6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.

7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.

8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.

9. Ya, pembaca sekalian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan Singapura pada tahun 1988.

10. Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.

11. Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.

12. Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.

13. Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?

14. Beliau jawab, TIDAK…KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.

15. Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.

16. Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.

17. Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai peperangan dengan Singapura.

18. Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.

19. Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.

ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE

20. Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.

21. Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.

22. Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 1960an dahulu.

23. Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.

24. Anda kata saya mengarut???…Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.

25. Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.

26. Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah negara pulau pelabuhan yang hebat.

27. Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.

28. Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.

29. Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.

30. Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.

31. Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.

32. Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.

33. Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.

34. Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.

35. Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).

36. Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.

37. Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.

38. Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya dengan mana-mana kuasa di rantau ini.

39. Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.

MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN

40. Kemudian datanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dan sejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tentera republik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahaja dan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yang dipanggil sebagai Mersing Line.

41. Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.

42. Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.

43.Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 di Seremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khas mengenepikan teori Garisan Mersing ini.

44. Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke
sempadan Johor sudah diketahui ramai.

45. Ini yang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera British yang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari laut sebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriam besar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampu dipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.

46. Sejak dari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapura akan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengan keberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantan dahulu.

47. Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangan anggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyat Singapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernah menjalani latihan khidmat negara.

48. Singapura tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkan sekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaan memerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16 sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.

49. Dalam tempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yang terpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat kelui mereka.

50. Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru mereka dari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untuk apa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapal pengangkut ini.

51. Mana mungkin kapal-kapal pengangkut ini dibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau kerana tugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dan dari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidak sesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut serta pantai yang penuh dengan pokok bakau.

KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE

51. Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.

52. Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawasekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.

53. Saya percaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawa sekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawan pengkalan udara TUDM di Kuantan.

54. Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata
yang baik.

55. Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.

56. Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan maksimum, saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, mereka meletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.

57. Kedudukan pengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauan mereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melaka yang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.

58. Tak percaya? Cuba lah lihat peta…perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan.
Powered by Blogger.