Showing posts with label Serius. Show all posts

Menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama, bukannya hanya terletak pada bahu isteri sahaja. Tidak kiralah anak-anak itu sudah bersekolah, sebagai bapa masih perlu membantu isteri menjaga dan mendidik anak menjadi manusia yang berguna. 

Namun, hari ini ramai lelaki yang bergelar suami dan bapa hanya membiarkan isteri bersendirian menguruskan anak. Alasannya? Mereka bekerja mencari nafkah dan bila pulang ke rumah, kepenatan. Jauh di sudut hati isteri, pasti timbul rasa sedih mengapa suami tidak memahami pengorbanannya sedangkan anak-anak itu adalah tanggungjawab bersama. 


Semoga perkongsian dari Intan Dzulkefli ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami dan bapa. 

PAGI itu kami sebenarnya sudah terlambat untuk check up Insyirah 4 bulan. Di klinik, orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa dan bakal bapa menunggu di luar. 

Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki yang berbicara agak kuat. 

"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu saja dah cecah RM300 sebulan. Itu belum lagi pampers, snacks apa lagi semua," kata lelaki A. 

"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa, tolak jer kat bini aku, settle. Malam-malam aku pun cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa yang kena buat susu anak. Selamat," balas lelaki B yang berdiri di depan lelaki A tadi dengan raut wajahnya yang sungguh bangga. 

Sambil mendukung Insyirah marah, tak dapat menahan rasa sedih di hati ini bila mendengar pengakuan lelaki itu sendiri yang sudah bergelar suami. 

Saya cuma berharap lelaki B itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah menyusukan semua anak-anaknya sehingga dia dapat cut cost hidup. Tak perlu susah-susah nak bancuh susu dan dodoikan anak mengamuk tidur. Dia cukup tidur dan rehat di malam hari kerana hanya isterinya yang perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak mereka. 

Allah. 

Selalu sangat orang yang tak faham menganggap breastfeeding ini senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut bayi, settle! Padahal the struggle is real. 

Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu. 

"Seorang suami yang soleh, dia akan minta ihsan kepada isterinya. Bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa. 

"Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini, kiranya susu formulalah." 

Ramai suami yang memahami dan menyokong penyusuan anak-anak, Alhamdulillah. Namun, masih ramai yang juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini dan meletakkan sepenuhnya urusan dan tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah. 

Tidak tahulah tetapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki dan diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin dan menyusu. Berhenti segala gurauan yang tidak sepatutnya tentang seks dan entah apa-apa yang membuatkan audiens meluat. 

Memang perlu ingat mengingatkan bakal suami dan bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ini. Untuk mengelakkan lebih ramai suami yang ignorant dan selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Wallahu a'lam. 

Sumber: Intan Dzulkefli

Zaman sekarang sudah jadi kebiasaan isteri bekerja bagi membantu suami. Malah ada juga isteri yang mempunyai gaji lebih tinggi dari suaminya. Ini merupakan kisah seorang isteri yang ego sehingga sanggup menghalau suaminya dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian tidak dapat ditarik balik. Ikuti kisah seorang isteri yang menyesal ini dan jadikan sebagai pengajaran buat kita.

 'AKU RASA AKU BOLEH HIDUP TANPA SUAMI, SEHINGGALAH AKU SANGGUP....

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.

 INILAH PUNCA SEBENAR RUMAH TANGGA RETAK

Dari IIUM Confessions

Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP

Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah. – The Man With The Golden Gun

Satu kisah nyata mengenai penderitaan seorang menantu yang menumpang kasih di rumah mertuanya, Sayangnya ibu mertuanya tidak seperti yang diharapkan malah boleh dianggap kejam seperti tidak mempunyai hati dan perasaan, sungguh menyedihkan.

Semoga perkongsian ini dijadikan pengajaran kepada semua yang mungkin mengalami situasi yang sama. Jadikan iktibar.

 DERITA MENANTU MENUMPANG RUMAH MERTUA

Saya ada seorang kawan perempuan, Liza (bukan nama sebenar). Baik orangnya. Dan dia dah berkahwin hampir 3 tahun, tapi belum sampai lagi rezeki nak ada anak. Gugur dah berkali kali, sebabnya STRESS MELAMPAU. Mana tak stressnya kalau duduk sebumbung dengan mertua dan ipar duai?

Bagi yang ada mertua yang baik, alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Tapi bagi kes Liza ni, mengucap panjang saya bila saya tau punca dia berubah menjadi murung. Sedangkan Liza ni seorang yang sangat periang dan positif orangnya.

Liza pindah ke rumah mertua dia sebab suami Liza bergaji kecil dan tak mampu nak sewa rumah lagi. Liza pon terima dengan hati terbuka. Masa mula mula Liza bernikah, segalanya alhamdulillah elok belaka.Tapi lama kelamaan, semuanya berubah.

Bermula dengan kakak ipar dia fitnah dia suami isteri mandul. Puncanya sebab Liza tak mengandung lagi lepas sebulan menikah. Tapi Liza diam, dia telan sendiri fitnah tu. Hari hari Liza ditekan pasal anak, sampai mertua dia suruh ambik anak angkat. Semuanya Liza diamkan. Pergi kenduri, semua heboh cakap pasal Liza mandul.

Sampai satu hari tu Liza mengandung dan keguguran, semuanya terdiam. Tapi takde sorang pon mintak maaf kat Liza. Itu baru perangai mulut ipar duai. Belum lagi perangai mertua dia.

Liza ni memang saya akui, dia sangat pembersih dan ringan tangan. Kalau orang lain pakai mop lantai, Liza sental guna span dan kain basah. Berkilat lantai dibuatnya. Dan Liza ni jenis yang sangat tak berkira bab kerja rumah. Tapi malangnya bagi Liza, seluruh keluarga mertua dia pemalas dan pengotor. Masa Liza cerita bahagian ni, saya menangis semahu mahunya. Tabahnya Liza, kuatnya Liza dengan ujian ni.

Masa Liza pindah masuk tu, rumah tu macam tak berpenghuni. Lampu, kipas, lantai, dinding semua berhabuk dan berkerak. Pijak lantai je kaki dah hitam. Pinggan mangkuk yang berisi makanan basi berkulat bersepah sana sini. Dapur? Penuh dengan sampah berulat. Singki sampai berlumut dan tersumbat. Sedangkan saya yang mendengar pon geli, apatah lagi Liza yang melihat.

Tapi bagusnya Liza ni, dia diamkan je. Esoknya, Liza mula bersihkan rumah teres 2 tingkat mertua dia tu, bermula dari ruang tamu depan sampai ke dapur. Memanjat sana sini bersihkan lampu dan kipas. Lap perabot yang bersawang. Sepanjang hari dihabiskan dengan mengemas luar dan dalam rumah, SEORANG DIRI.

Mertua dan ipar duai dia cuma goyang kaki. Jalan ke hulur ke hilir tanpa bantuan sedikit pon. Yang menyakitkan hati, dah la tak tolong kemas. Bila dah elok lawa, bersepah semula. Dan sepah sesepah sepahnya. Dalam masa tak sampai sejam boleh bersepah teruk semula! Berbulan bulan Liza diamkan dan berulangkali mengemas kesepahan yang sama.

Tiap kali kemas, mertua dia akan sepahkan. Tinggalkan pinggan atas sofa, plastik makanan selit celah sofa, sisa makanan bersepah atas lantai, air tumpah dibiarkan dan sepah seteruk teruknya. Macam tu la rutin Liza setiap masa, sampaikan beberapa kali Liza dikejarkan ke bahagian Kecemasan sebab kekejangan otot dan sesak nafas. Sayangnya, mertua dia sikit pon tak peduli. Yang datang bertanya khabar cuma ayah mertuanya yang dah lama bercerai dengan mak mertuanya.

Dan paling menyayat hati bila tetamu datang ke rumah, nak nak lagi keluarga mak mertua Liza yang datang. Semuanya puji kerja Liza, sebab semua dah masak sangat dengan tahap kemalasan dan kekotoran rumah tu. Tapi bukan mak mertua dia.

“Aku sekarang ni dah senang. Ada TUKANG MASAK dengan TUKANG KEMAS. Jimat duit aku tak payah gajikan orang dapat menantu macam ni.”
Tersentak semua tetamu yang ada. Sampaikan ada yang tegur kelancangan mak mertua Liza. Tapi Liza senyum je. Saya tak tau la Liza ni manusia hati jenis apa, sedangkan saya yang dengar ni pon tau nak naik darah.

2 tahun lebih jugak Liza bersabar dengan kerenah mertua dia tu. Semua yang Liza masak sekarang ni, semuanya serba tak kena kat mertua dia. Sedangkan ipar dia semuanya cakap masakan Liza ni sedap. Liza ni istimewanya masakan dia, dia masak dengan kasih sayang. Dia tak berkira pon bab duit untuk makanan bersama. Dan apa yang ipar dia mintak, semua dia turutkan. Semuanya guna duit dia dan suami dia. Mertua dia? Masak takde rasa (saya dah pernah rasa) dan suka mencatu makanan kat anak anak sendiri.

Sebab tu anak anak dia lebih selesa dan suka masakan Liza. Tapi setiap kali mertua dia jamah makanan dia, dia akan buang serta merta ke tong sampah. Alasannya tak kena dengan selera dia, padahal Liza masakkan lauk yang mertua dia selalu beli kat luar. Dan setiap kali dia buang makanan, dengan ketawa bangganya dia bercerita pembaziran dia kat semua orang.

Mulanya saya tak percaya dengan cerita Liza. Mana mungkin seorang mertua sanggup perlakukan menantu macam tu sekali. Sampailah saya ambil keputusan untuk melawat Liza secara mengejut (kebetulan saya ada kerja kat sekitar perumahan mertua Liza). Liza pon macam serba salah nak pelawa saya masuk, tapi disebabkan mertua dia berkeras suruh saya masuk, Liza pon mengalah.

Masuk masuk je rumah tu…. Masya Allah, Allahu Akbar. Segala deria saya sakit. Bau sampah, bersepah sana sini. Semua yang Liza ceritakan tu betul belaka. Dan menakjubkan, mertua dia dengan bangganya bercerita betapa bangganya dia ada tukang masak dan tukang kemas macam Liza yang tak perlu berbayar, modalnya cuma nikahkan anak lelaki je katanya.

Lepas tu saya mintak izin suami Liza untuk bawak Liza berjalan sekejap. Dalam kereta tu la Liza hamburkan semua yang terbuku di hati. Teresak esak dia menangis. Tak pernah saya nampak Liza selemah dan menangis seteruk tu. Dan katanya, baru baru ni dia terhilang sabar lepas keguguran. Dan dia mintak jasa baik semua ahli keluarga dalam rumah tu untuk sama sama jaga kebersihan. Tapi tau apa yang Liza dapat?

“Ni rumah mak, kau tu menantu menumpang je. Sukahati aku la nak sepahkan rumah ni. Tikus ke ular yang masuk, kenapa kau yang kisah? Satu sen pon tak bayar kat aku, ada hati nak bebelkan kebersihan. Kau tak suka rumah kotor, kau berambus. Anak aku biar duduk sini, kau berambus duduk dengan mak ayah kau.”

Tak tahan dengar luahan dia, saya peluk Liza kuat kuat. Dia memang penyabar. Dan dia bukan jenis burukkan orang walau seburuk mana pon layanan orang kat dia. Tergamaknya mertua dia cakap macam tu kat dia. Ipar duai pon seronok la bertepuk tangan jadi batu api. Sekarang ni, mertua dia pandang dia pon tak nak. Yang ada suami je yang setia mendengar dan menyabarkan.

“Liza cuma mintak tolong jaga apa yang Liza dah kemas je. Liza penat, setiap hari kaki bengkak mengemas itu ini. Doktor pakar pon dah nasihatkan untuk berehat. Liza takde anak, orang mengata. Liza nak cuba pregnant, awak nampak kan rumah tu macam mana?

Ada masa Liza cuba keraskan hati tak nak kemas tu semua, tapi tak boleh. Liza tak boleh tengok sepah. Nak pindah keluar, kesian kat suami Liza. Liza ni selalu sakit, suami tak bagi kerja. Kalau tak, Liza nak sama sama tampung beban dia. Sebab kebersihan je mertua nak halau Liza, cakap Liza tak bayar apa kat dia. Takkan Liza nak ungkit setiap sen duit Liza belanjakan untuk makanan anak anak dia, kan dosa tu?”

Lama saya biar Liza luahkan rasa. Dari pengamatan saya, memang mertua Liza ni agak kaya. Rumah besar, cantik renovated, kereta mewah. Tapi itu bukan alasan untuk mendera dan menganiaya anak orang. Ceritanya dah pergi haji dan umrah berkali kali, tudungnya labuh sekali. Tapi Allah uji dengan akhlaknya macam tu sekali. Mengucap panjang saya bila terkenangkan Liza.

Betapa beratnya ujian yang Allah berikan kat Liza, sampaikan saya sendiri tak mampu nak membayangkannya.

Tapi mungkin itulah kelebihan Liza, dia penyabar. Dan saya yakin, Allah uji Liza sebab Allah tahu hatinya seteguh karang. Saya tak tau la apa yang akan saya buat kalau saya kat tempat Liza.

Dihalau dan dihina hanya kerana mementingkan kebersihan? Allahu Akbar. Menangis saya dengar. Dan betapa kagumnya saya pada Liza, takde satu pon penderitaan dia kat rumah mertuanya diceritakan kepada emak ayahnya di kampung. Semuanya dia simpan sendiri dengan suami. Dan sayalah orang pertama yang tahu derita dia. Dan hebatnya Liza, dia masih mampu bertahan kat rumah mertua dia sampai hari ni. Kenapa? Sebab tanggungjawab dan ketaatannya pada suami.

Walaupon suaminya masih belum mampu menyediakan rumah untuk mereka, Liza masih sanggup bersabar dan bersusah senang dengan suaminya.
Dan terbaru, saya ziarah Liza sekali lagi 3 hari lepas. Liza baru sampai dari kampung selepas balik kampung selama lebih kurang 2 bulan kat Pahang.

Melangkah masuk je, bau kencing tikus sangat kuat. Dan saya pandang Liza yang macam biasa tersenyum. Cepat cepat saya ajak Liza keluar. Katanya mertua dia baru balik dari berjalan, sebulan lebih mertuanya ke Perlis melawat saudara. Dan rumah sangat bersih sepanjang ketiadaan mertua dia. Cuma bila mertuanya balik 2 minggu lepas, semuanya bersepah semula. Dan suami Liza bagitau tikus berkeliaran dalam rumah sejak dari tu.

Saya pandang muka Liza dalam dalam. Kesian. Simpati mencanak canak naik. Dah la baru lepas pembedahan, balik balik je rumah dah ada tikus. Mengucap panjang saya.

“Liza dah tak tau nak buat apa dah awak. Suami Liza tu siang malam kerja, dia tak mampu nak kemas semuanya. Biarlah dorang dengan cara dorang. Cuma Liza harap Liza suami isteri terpelihara dari sebarang penyakit tikus. Dorang nak kena penyakit, biarkan. Selayaknya dorang yang kena penyakit tu, sebab dorang pengotor.”

Terkejut saya dengar. Tak pernah Liza sekasar tu. Dan tak pernah lagi dia mendoakan perkara yang buruk untuk orang lain. Saya kira kesabaran Liza dah hilang. Dan agak menakutkan bila Liza mengucapkan ayat tu sambil tersenyum sinis. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain di fikiran Liza masa tu.

Tujuan saya meluah ni, bukanlah nak memburukkan keluarga mertua Liza. Dan bukanlah untuk membuka ruang kepada komen komen negatif. Tapi untuk kita sama sama ambil iktibar berdasarkan cerita Liza ni.

Dan harapan saya, kalau confession ini dibaca oleh ahli keluarga mertua Liza, saya mohon seikhlas hati, semoga anda semua berubah. Hari ni kita buat orang, percayalah, esok lusa orang akan buat kita semula. Sama ada sama rata atau lebih teruk lagi daripada apa yang kita buat kat orang.

Dan untuk Liza,

Bersabarlah awak. Saya tau awak kuat. Allah tau awak kuat. Percayalah, takde satu pon kejadian tu berlaku dengan sia sia.

– Nurul

Dari langit, ia kelihatan seperti sebuah pulau yang indah dengan pantai yang menakjubkan dan hutan yang tebal, tetapi pelancong atau nelayan tidak berani melangkah kaki di pulau yang berada di Lautan Hindi disebabkan reputasi menakutkan daripada penduduknya’.

Pelawat yang meneroka ke dalam atau terlalu hampir dengan pulau Utara Sentinel risiko diserang oleh suku kaum misteri yang menolak peradaban moden dan lebih suka untuk tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar.

Siapa Yang Datang Ke Pulau Cantik Ini Akan Dibunuh

Apabila mereka berinteraksi dengan orang luar, ia biasanya melibatkan keganasan – suku kaum Sentinel peribumi membunuh dua lelaki yang sedang menangkap ikan secara haram pada tahun 2006. Helikopter melakukan misi peninjauan terbang agak rendah dan suku kaum Sentinel telah melemparkan anak panah, api dan batu terhadap helikopter tersebut

Pulau Cantik Paling Bahaya Di Dunia, Pengunjung Akan Dibunuh

Terletak di Teluk Bengal, pulau Utara Sentinel kepunyaan India dan kekal satu misteri, pulau yang didiami suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu itu amat berbahaya untuk orang asing. sesiapa sahaja yang mendekati pulau tersebut akan dibunuh serta merta, sama ada dipanah atau dibaling batu.

Tidak disentuh oleh tamadun moden, sangat sedikit yang diketahui tentang suku kaum Sentinelese, bahasa mereka, ritual mereka dan pulau yang mereka panggil rumah.

Ia adalah terlalu berbahaya untuk mendekati mereka kerana permusuhan mereka kepada orang luar, bermakna pengakaji jarang mengambil gambar secara dekat dan hampir tidak pernah dilihat pada video. Kebanyakkan gambar dan klip video yang wujud adalah tidak berkualiti.

Terdapat juga laporan yang bercanggah mengenai penduduk dari suku kaum ini, dengan anggaran di dalam lingkungan beberapa puluh atau beberapa ratus. Ia masih tidak jelas tsunami 2004 mempunyai kesan ke atas penduduk pulau itu, yang merupakan sebahagian daripada rantaian India Kepulauan Andaman.

Pulau Cantik Paling Bahaya Di Dunia, Pengunjung Akan Dibunuh

Sering dirujuk sebagai ‘Zaman Batu suku’ – suku kaum Sentinelese mungkin puak yang paling terpencil di dunia, dengan kerajaan India tidak memilih untuk masuk campur dalam urusan mereka .

Kerajaan membuat beberapa percubaan untuk menjalin hubungan tetapi gagal suku kaum Sentinelese hampir telanjang yang masih hidup dan memburu haiwan laut.

Tetapi perairan sekitar pulau itu kelihatan berada di bawah ancaman oleh nelayan lebih haram.

First of all..aku harap sangat admin terima confession aku sbb aku sangat tertekan dengan ptptn.Bayangkan hampir 16 tahun aku terpaksa fikir pasal benda ni.

Aku adalah ex uiam.Pada tahun pertama pengajian memang aku ambil pinjaman ptptn.Tapi pada tahun ke dua pengajian aku ditawarkan biasiswa majlis raja_raja.Walaupun aku dapat biasiswa tu di tahun ke dua pengajian tp biasiswa tu diberi secara backdated bermula dari tahun satu.Jadi,aku telah membatalkan pinjaman Ptptn dan memulangkan wang yang aku guna di tahun pertama pengajian.

Semenjak masih di uia lagi aku rase macam orang bodoh aku ni banyak kali berulang ke wisma chase perdana untuk settle benda ni.Buang duit taxi dan lrt aku je.

‘Tolonglah PTPTN, Janganlah Aniaya Aku Macam Ini’

Sampailah satu masa aku duk berulang nk settle benda ni,kalau tak silap aku staff yang in charge kes aku ni namanye Rozita dia dah cek semua bayaran aku dan dia cakap benda ni selesai dan minggu depan dia akan keluarkan surat pelepasan hutang untuk aku .

Lepas seminggu seminggu aku tunggu macam orang bodoh tak nampak bayang pun.Lepas tu aku pergi lagi ke wisma chase perdana tu nk jumpa puan rozita tu .Malangnya bila aku tanya staff Ptptn tu cakap dia dah bertukar ke department lain.Lalu aku ceritalah kes aku ni..boleh staff kat situ cakap kita orang tak tahu apa2 sbb yang handle tu Puan Rozita .Memang bangang statement ni!

Lepas pada tu banyak kali juga aku pergi ke pejabat ptptn tu tapi xde hasil pun.Yang paling menyakitkan hati statement hutang dari ptptn yang merapu-rapu aku dapat.Jumlah hutang yang entah apa2.Ada juga statement yang aku dapat suruh aku bayar hutang sebab aku gagal dalam pengajian sedangkan aku pemegang biasiwa dan masih belajar di uia.Bodohnye sistem ptptn.

Lepas pada tu aku malas dh nak fikir.Sehinggalah aku habis belajar dekat uia pun aku masih menerima statement hutang dari ptptn.

Sehinggalah pejabat ptptn bertukar ke kl central pun aku pergi lagi nak settle benda ni tapi cukup mengecewakan staff hanya mampu ambik no.phone aku kata nak cek dulu lepastu contact aku balik.Haram jadah x de.Senyap gitu je.Kalau telefon pun sama.

Aku memang dah menyampah dengan ptptn ni.Finally aku biarkan saja.Dah malas aku nak fikir.

Yang paling aku sakit hati…yang terkini pada oktober tahun lepas nama aku dipanggil untuk taklimat pemotongan gaji bagi penjawat awam.

Masa taklimat tu memang aku betul2 marah dan aku cerita perkara sebenar.Pegawai ptptn dari kuantan tu siap berjanji kat aku depan 200 orang nak settle kes aku dalam masa 2 minggu.Wahai En.Zulzamri(ini nama sebenar)sedap manis mulut kau janji 2 minggu tapi ni dah setahun x settle2.Jangan pandai janji je!!!!!!!!!!!

Lepas pada tu aku ada pergi jumpa pengurus ptptn terengganu,lepas jumpa dia baru aku rasa ada pergerakan sikit kes aku ni.Lepas pada tu barulah ada sikit tindakan dari hq.

Tapi hq pun bangang ada ke telefon aku cakap kalau aku nak clear nama aku bayar 3200 lebih.Aku cakap kenapa aku kena bayar sedangkan aku tak ambik duit tu.Dia suruh aku cek sendiri dengan bendahari uia.

Satu hari lepas tu aku rasa tertekan sangat2 dengan ptptn ni aku telefon dan memang aku mengamuk macam orang gila.Aku cakap kenapa aku yang kena buat kerja ptptn..kenapa aku yang kena cari bendahari uia sedangkan ni kecuaian di pihak ptptn.Lepas aku mengamuk barulah dia orang kata nak settle benda ni dan dia orang nak cek.Aku rase kalau aku x mengamuk memang senyap gitu jelar.

Sekarang ni ptptn sedang cek dengan bendahari uia kes ni.Staff yang incharge cakap rekod lejar pelajar aku di uia memang clear dan aku tak berhutang apa2 pun dengan ptptn.Masalahnya..ada rekod di ptptn sebanyak lebih kurang 3555 yang dibayar ke bendahari uia.Dia cakap masuk 2 kali.Sedangkan bendahari uia cakap mustahil masuk 2 kali.

Yang paling sakit hati aku dengar dari ptptn dia orang x boleh clearkan nama aku dari sistem ptptn selagi bendahari uia x pulangkan duit tu.Sedangkan dah terbukti duit tu xde kaitan dengan aku.Kalau kau nak sangat duit tu mintak jelah dengan bendahari dan tolonglar clearkan nama aku!!!!!!!!

Aku yakin sangat2 benda ni terjadi bukan sbb salah bendahari uia tapi sistem perekodan ptptn yang caca merba sebenarnya!!!!!Tolonglah settlekan kes aku ni!!!!Janganlah aniaya orang macam ni.Aku sepatutnya dari dulu lagi x payah fikir pasal ptptn sbb dapat biasiswa tapi sampai sekarang belum settle.Duit 3555 tu pun dah jadi 4000 lebih sbb kos pentadbiran.Tolonglah jangan aniaya orang macam ni aku dah cukup tertekan!kalau setakat 300 walaupun aku x ambik duit tu aku boleh je nak derma kat ptptn..tapi ni 3555 .Kalau korang sanggup x nak derma 3555 kat ptptn.Aku bukannya sekaya dato vida ..tapi hanya penjawat awam.TOLONGLAH WAHAI PTPTN JANGAN ANIAYA ORANG MACAM NI….KALAU AKU BETUL2 BERHUTANG DAH LAMA AKU BAYAR DUIT TU!!!!!!!

Bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok.. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu.

Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa gila gila bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa. Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb ! Before nikah, bini aku ni ramai gila la peminatnya. Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin
Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu.. Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa. Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa. Kau rasa? Hohoo bahagia gila la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la.

Tapiiiii….. selepas kahwin… lain yang aku nampak.

Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut… Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut. Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu! Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu. Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak lukakan hati dia. So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam. Aku tak pasti la dia ada penyakit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk ! Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak.

Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.

Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa.. sebab kami pun jarang dating kat kedai makan..

Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa… Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe.. kafe tu ramai la orang… Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat gila. Dah la sendawa dia macam jantan! Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu gila aku masa tu. Tak sangka bini aku yang lawa dan digilai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa

Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku. Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku.. Cuma, aku nak cakap kat sini,….. bahawa rupa paras tu tak ke mana pun.. jangan pandang rupa je untuk kau pilih pasangan kau.. Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu.. tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia..

Rupa paras ni tak ke mana pun.. lepas kahwin baru aku sedar benda ni.. kadang-kadang, kita expect pasangan kita yang lawa dan cantik tu perfect. masa dating tak nampak lagi cacat cela dia.. lepas kahwin baru nampak.. masa tu kita tak boleh nak menyesal dah.. tak boleh berpatah balik dah.. sebab dah kahwin.. so lebih kurang dia, kau kena terima.. macam aku la sekarang.. walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya.. sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa.. dia bini yang baik je untuk aku.. lemah lembut..solat tak tinggal..dia hormat aku., jaga makan pakai aku… cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak… sebab benda tu tak boleh control..

So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je.. jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa? Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.. yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. . kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah gila ! Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek. kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri… tapi itulah aku cakap.. dia dah jadi bini aku pun.. baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima..sebab kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka.. kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu? Choii !

Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pasangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah.. tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercerai ngan bini pulak. tu namanya bodoh… so, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. kalau ada rupa, kira bonus la kan. tapi bonus takat mana la sangat. nanti dah tua berkedut juga …haaha

Di Malaysia, kes-kes penipuan yang melibatkan wang ringgit sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.

Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan.

Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah bukan?

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

12 Jenis Penipuan Yang Popular Di Malaysia

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Bayangkan makanan-makanan sedap dan viral datang terus ke rumah anda tanpa perlu menunggu berjam-jam dengan pergi ke restoran / kedai yang menjual makanan tersebut. Indah bukan? Maklumlah, kalau satu servis atau makanan menjadi viral di media sosial, pasi ramai yang hendak membeli dan akibatnya terpaksa pula pelanggan berbaris panjang.

Seorang runner atau pemberi khidmat penghantaran makanan telah dituduh ‘tamak’, ‘nak cepat kaya’ oleh seorang pelanggan yang meminta dihantarkan sebungkus nasi goreng viral kerana mengecaj sebanyak RM 10. Bagaimanapun, runner itu, Izham Tarmizi, telah menulis penerangan tentang mengapa dia mengecaj sebanyak itu untuk servis penghantaran makanan viral tersebut.

Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Hantar Makanan, Jawapan Runner Ini Paling Win

Semalam saya telah diviralkan di dalam page makanan Delivery Pasir Gudang oleh seseorang.

Bagi yang tidak mengenali saya, saya hanya seorang runner yang boleh ditugaskan memudahkan kerja anda semua.

Maaf ya, tuduhan itu terlalu berat. Saya dituduh tamak, ambil untung cara mudah, nak cepat kaya, tak kurang juga ada yang memberi komen cacian.

Saya tak nak naikkan disini, nak dijadikan cerita, seseorang telah hubungi saya pada waktu petang untuk membeli Kentucky Fried Chicken (KFC) dan terus ke rumahnya pada waktu yang ditetapkan beserta resit pembelian.

Setelah selesai dia whatsapp saya semula untuk beri tugas membeli Nasi Goreng Kampung Lesung Batu yang viral di Tembikai itu.

Saya di Taman Air Biru terus ke Tembikai, dari pukul 5.30 ke 6.30 petang kedai itu tak buka lagi. Saya minta izin dia untuk jalan kerja lain dahulu, dalam pukul 8.00 malam saya suruh backup runner saya ke sana semula.

Bukan main ramai lagi kedai tu, hampir pukul 10.00 malam baru dapat. Setelah tugas selesai, saya dapati ada status yang seakan-akan kena dekat batang hidung sendiri.

Maaf ya, anda semua punca rezeki saya, tetapi janganlah sampai saya buat kerja berjam-jam untuk memudahkan tugas, ada yang labelkan saya tamak, nak cepat kaya.

Ramai runner di pasir gudang yang mengenali antara satu sama lain, rata-rata mengenakan cas yang sama.

Betul kata seseorang kami bukan Gdex, Pos Laju yang memakan masa beberapa hari, kami buat kerja on time. Saya bukan seller yang jual makanan yang amibil untung melalui makanan yang dijual.

Saya ambil upah beratur, nak dapatkan pesanan, minyak, masa.

Maaf ya (cuba suruh jiran tolong belikan KFC dan bagi upah RM 5 dia nak tak?) Saya dah pulangkan duit yang berkenaan tanpa ambil apa-apa upah pun.

Saya mintak halal ya, mana yang kurang. Maaf ya, buat karangan pulak. Tujuan saya cuma nak menjawab kisah yang diviralkan semalam saja.

Saya nak jaga periuk nasi saya dan keluarga. Tolonglah jangan viral-viral lagi, kan boleh bersua muka terus.

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Luahan Runner Dituduh Tamak Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

Pada pendapat kami, caj RM 10 amatlah berbaloi kerana runner menghabiskan berjam-jam untuk beratur bagi membeli makanan viral itu. Kepada pelanggan tersebut, sila jangan pentingkan diri sendiri. Masa itu emas, dan masa yang diluangkan beratur itu boleh mendatangkan pelbagai keuntungan lain tetapi sebaliknya dihabiskan dengan beratur bagi memenuhi selera makan anda. Maka wajar bagi runner tersebut mengenakan harga sebanyak itu. Janganlah amalkan sikap ‘nak makan best, nak cepat, dan nak murah’ bila nak makan makanan yang viral, kerana bukan anda seorang saja yang inginkannya.

Kalau nak juga, pergi beli sendiri, okay?

Sumber : Amazingnara.com

Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.

Penjelasan Bagaimana Rokok Beri Kesan Kepada Zakar

Anda boleh menjalani ujian air mani di klinik pakar dan jika mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot atau kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal, mungkin doktor akan memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut atau di luar badan.

Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar akan menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika anda gemuk dan banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).

Merosakkan

Amalan merokok menjadi sebab utama kenapa sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem pembiakan dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Ini adalah fakta yang betul-betul wujud dan serius!!

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan berenang secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk memasuki ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya supaya mudah sampai ke destinasi.

Ini boleh terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai mungkin tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga akan menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang cacat tidak akan dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Merokok menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok

Dinasihatkan agar berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan.

Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri.

Jika anda mengalami masalah kesuburan, disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Jangan Ingat Tak Merokok Depan Anak-Anak Itu Selamat


Seorang ayah datang membawa anak kecil berusia setahun yang kelihatan sedikit tercungap-cungap, diselang seli dengan batuk yang kuat. Kanak-kanak comel itu terkekek-kekek ketawa menampakkan dua batang gigi saat saya meletakkan stethescope di dadanya.

“Paru-paru ada bunyi (ronchi) macam lelah sikit, encik. Kitab agi dia nebulizer sekejap ye,”

Siapa Kata Tak Merokok Depan Anak-Anak Itu Selamat?

Si ayah mengangguk perlahan. Saat saya meletakkan nebulizer mask untuk anak tersebut yang dipangku ayahnya, baru rokok menerpa masuk ke hidung.

“Encik merokok ke?”

“Merokok, tetapi di luar rumah saja. Saya memang jaga, tak merokok di depan anak-anak,” jawabnya perlahan.

“Encik dan isteri ada sejarah asma (lelah)?” soal saya lagi.

Anak-anak mereka yang berumur sebulan dan tiga tahun juga sudah kerap berulang alik ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.

“Doktor kata anak yang berusia 3 tahun itu dah kena asma dan perlu mula guna ubat pam (inhaler) tetapi saya tak bagi. Nanti susah kena guna berterusan pula. Ada anak rakan yang guna inhaler tetapi tak sembuh juga. Kalau boleh saya tak nak biasakan anak dengan ubat-ubatan lagi,” katanya.

Kata-katanya itu membuatkan saya terdiam. Kesalahan merokok itu bagi saya sudah cukup berat bagi si ayah yang punyai anak kecil, menafikan hak seorang anak untuk mendapatkan rawatan terbaik menambahkan lagi bebanannya. Tiada anak yang tidak menyayangi anak-anaknya. Namun masih kurang kesedarannya.

Fakta

Tidak merokok secara direct di hadapan kanak-kanak atau orang dewasa yang lain tidak bermakna ia tidak mendatangkan bahaya. Bahaya passive smoker atau third stream smoker adalah berganda berbanding si perokok. Nikotin yang melekat pada baju, kulit serta tubuh badan si ayah yang merokok boleh dipindahkan ketika memeluk, mendukung dan mencium anaknya.

Ubat asma tidak boleh menyembuhkan namun untuk mengawal daripada menjadi semakin teruk. Malah kanak-kanak yang mendapat rawatan, namun berterusan terdedah dengan asap rokok sebagai passive smoker/third stream smoker yang berisiko dengan serangan lelah yang akut.

Hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang perokok.

Menurut kajian, kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ubat asma tidak berkesan 100%. Justeru diharapkan agar ayah-ayah yang penyayang di luar sana dapat mempertimbangkan untuk berhenti merokok. Kelak tidak memberi kemudaratan pada orang di sekeliling terutamanya anak-anak kecil. Mohon sebarkan.

Perkuburan biasanya diperuntukan bagi manusia atau haiwan yang telah mati, berikut adalah ‘tempat penyimpanan terakhir’ bagi berbagai macam barang rosak yang tidak digunakan lagi.

1. Pangkalan udara Davis-Mothan

6 Tanah Perkuburan Pelik Bukan Untuk Manusia

Terdapat kemudahan yang menyimpan pesawat-pesawat yang sudah tamat tempoh. Sebahagian besar adalah pesawat militer dari angkatan udara dan angkatan laut. Pangkalan itu adalah ‘rumah’ dari pesawat tempur F-16, F-15, F-4, F-18, dan masih banyak jenis pesawat lainnya.

2. De Beers ‘machineries cemetery’

6 Kawasan Perkuburan Aneh Bukan Untuk Manusia

Sebuah daerah yang dimiliki oleh De Beers, Menjadi tempat pembuangan bermacam-macam kenderaan berat, dari Tank Sherman, kereta api, Tank perang dunia II. kesemuanya kederaan perang.

3. Teluk Nouadhibou

6 Kawasan Perkuburan Aneh Bukan Untuk Manusia

Terletak 7 batu di selatan kota Mauriatania, Adalah perkuburan kapal terbesar di dunia. Terdapat lebih dari 300 bangkai kapal disekitar pelabuhan yang di biarkan untuk selama-lamanya.

4. Tamamura

6 Kawasan Perkuburan Aneh Bukan Untuk Manusia

Perkuburan Mesin penjual automatic di Tamamura, Gunma-ken, Jepun. Mesin menjual automatic ini adalah mesin yang buruk yg di simpan kerana membazir elektrik. elektrik diperlukan selama 24 jam untuk mesin ini beroprasi mendinginkan/memanaskan minuman.

5. Cemiterio das Ancoras

6 Kawasan Perkuburan Aneh Bukan Untuk Manusia

Kuburan sauh di Sebuah Bukit Pasir Pulau Tavira. Kubur sauh ini sengaja dibangun untuk mengenang kejayaan tradisi menangkap ikan tuna.

6. Sebuah tempat yang aneh diluar Uyuni, Bolivia.

6 Kawasan Perkuburan Aneh Bukan Untuk Manusia

Penuh dengan kereta api tua dan kereta api rosak dari Inggeris dan Amerika yang berkarat dibawah terik matahari dan angin bergaram dari Salar de Uyuni.

Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu di Korea Selatan, pembedahan plastik mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Namun sebuah laporan dari negara tersebut menunjukkan trend kecantikan terbaru yang hangat diperkatakan ialah ‘menanam bulu kemaluan’.

Tanam Bulu Kemaluan, Kegilaan Terbaru Wanita Korea Selatan

Ya, jika sebelum ini trend menyimpan bulu ketiak sudah membuatkan kita loya, bagaimana pula dengan trend menanam bulu kemaluan yang boleh dikira lebih dahsyat ini?

Menurut mereka, amalan membiarkan bulu kemaluan (pubis) sehingga tebal dan lebat dilihat sebagai tanda keseburan dan kesejahteraan seksual.

Dalam sebuah kajian di sana mendapati, perempuan yang mempunyai bulu pubis yang kurang adalah besar kemungkinan menghidapi penyakit ‘pubic atrichosis, iaitu tahap keseburan yang kurang berbanding wanita yang mempunyai bulu pubis yang tebal.

Hanya 10 peratus daripada wanita di Korea menghidapnya yang kebanyakkanya berpunca daripada psikologi dan stress.

Prosedur penambahan bulu pubis ini dilakukan dalam bentuk pembedahan yang berkos £1250 (RM6625) dan mengambil masa selama dua hingga empat jam.



Menurut mereka juga, individu yang melakukan pembedahan penanam bulu pubis tersebut boleh menempah reka bentuk seperti tiga segi, petak, bujur dan paling terkenal sekali bagi kebanyakan mereka ialah bentuk kipas.

Hak-Hak Wanita Islam Dalam Kes Mungkir Janji Untuk Berkahwin 

Secara umumnya, wanita Islam di Malaysia mengetahui dan menyedari hak-hak mereka selepas berlakunya penceraian. Ini memandangkan ia sering kali diperbincangkan sama ada oleh ahli akademik, pengamal undang-undang atau kolumnis dan penulis-penulis di media masa dan bahan rujukan akademik. 

Penjelasan Ganti Rugi Dalam Pertunangan Yang Ramai Tak Tahu

Sebaliknya, menurut pemerhatian, wanita Islam di Malaysia tidak mengetahui dan masih kabur dengan hak-hak mereka di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin atau di dalam erti kata lain pembatalan pertunangan. 

Statistik menunjukkan kes kemungkiran janji untuk berkahwin telah meningkat mutakhir ini dan trend ini telah berleluasa sehingga melibatkan kes pembatalan pertunangan melalui SMS, e-mail dan sebagainya. 

Kemungkiran janji untuk berkahwin mengakibatkan kerugian dan impak negatif kepada pihak perempuan dan keluarganya seperti kejatuhan maruah, aib, harga diri, kerugian wang ringgit, tekanan perasaan dan juga gangguan mental. - Zulkifli Hasan 

Pertunangan 

Jika seseorang itu telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah. - Undang-Undang Keluarga Islam
Powered by Blogger.