Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Melihat komentar di nota saya berkenaan ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’, masih wujud soalan-soalan berkait berkenaan menutup aurat, bertudung tetapi berperangai buruk dan bercanggah dengan akhlak Islam. Justeru, bagi menjawab dan mengulas hal itu, saya siarkan sekali lagi nartiel yang telah pernah disiarkan di nota FB saya pada bulan Januari yang lalu sebagai bacaan semula dan rujukan semua.

"Bertudung Tapi Perangai Macam Syaitan"

Soalan

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin…

– Diera –

Jawapan

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ingin berubah hasil hati sendiri’, tidak ikhlas’ dan tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap rakan sekerja itu’ SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel Aurat Wanita Apa Sudah Jadi’

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, “kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit”, ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Soalan:

“Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?”

Jangan Disempitkan Pintu Rezeki Sebab Sering Sakiti Hati Isteri, Jagalah Hati Isteri

Jawapan ustaz :

“Berdosa juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda malaikat sebagai derhaka kepada Allah SWT.

  • Kerana isteri, rezekimu bertambah.
  • Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
  • Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
  • Kerana isteri, tenang hati mu.
  • Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
  • Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.


Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

Umum mengetahui di Malaysia, sejak dari kita dibangku pengajian awal agama lagi, kita telah diberitahu bahawa mazhab Sayfie adalah pegangan utama di negara ini.

Sungguhpun begitu, kita juga turut diberitahu terdapat 3 lagi mazhab di dunia ini yang diamalkan umat Islam.

Namun, apakah sebenarnya perbezaan dan fungsi sebenar 4 mazhab dalam Islam ini? Menerusi HarianBlogger.com, kami kongsikan kepada anda penjelasan yang tuntas mengenai persoalan ini. 

Penjelasan Kenapa Ada 4 Mazhab Dalam Islam

Umum mengetahui Islam terbahagia kepada 4 mazhab yang mutlak iaitu:

  • Mazhab Syafie
  • Mazhab Hanbali
  • Mazhab Maliki
  • Mazhab Hanafi


Kenapa Islam Ada 4 Mazhab? Ini Jawapannya.

Kesemua mazhab ini adalah sama berlandaskan pegangan Islam dan tiada tokok tambahnya.

  • Apakah perbezaan keempat-empat mazhab ini?
  • Kenapa tidak satu sahaja mazhab?
  • Kenapa mesti empat mazhab?


Kenapa Islam Ada 4 Mazhab? Ini Jawapannya.

Pencerahnnya ialah mazhab berbeza dari segi feqah sahaja dan tidak sama sekali dari segi akidah.

Feqah adalah cara kita melakukan sesuatu ibadat sepertimana hukum untuk menunaikan solat, mengambil wudhuk dan sebagainya.

Sungguhpun begitu keempat-empat mazhab diatas adalah sama dari segi rukun iaitu solat wajib adalah 5 waktu sehari.

Manakala dari segi pegangan akidahnya pula adalah sama iaitu satu Tuhan dan satu Rasul S.A.W.

Salah satu faktor pecahan mazhab adalah kerana mengikut tempat dan geografi.

Contoh yang papling dekat adalah mazhab Syafie diamalkan di Malaysia.

Mazhab Hanafi diamalkan di negara timur tengah seperti Iraq.

Ironinya, perbezaan kedudukan geografi itulah menunjukkan pegangan mazhab perlu dilaksanakan.

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab? Ini Jawapannya.

Perbincangan tentang mazhab

Berdasarkan mazhab Syafie di dalam rukun sembahyang adalah tidak dibenarkan seseorang itu ketika dalam sembahnyangnya bergerak 3 kali secara berturut-turut.

Manakala 3 lagi mazhab membenarkannya.

Untuk pengetahun pembaca, jika anda menunaikan fardhu haji di Mekah, mazhab Syafie tidak perlu diamalkan lagi.

Mengikut pada logiknya ialah, dengan dikelilingi ribuan manusia yang berhimpit-himpit di Mekah, maka agak sukar untuk anda statik pada kedudukan asal dalam melakukan solat.

Kesimpulan

Mazhab bukanlah pecahan agama, ia lebih kepada perbezaan pendapat yang dibincangkan oleh para ulamak untuk mencari jalan penyelasaian dalam sesuatu perdebatan mengenai rukun agama.

Ia dibincangkan untuk mengatasi masalah-masalah seperti diatas. Perbezaan pendapat perlu diterima bersesuai dengan situasi semasa.

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab? Ini Jawapannya.

Ada juga persoalan dimana bolehkah kita mengamalkan mazhab lain?

Dalam konteks ini ia diistilahkan sebagai talkin(menyempurnakan mazhab).

Jawapannya adalah tidak boleh sama sekali, melainkan:

  • Seseorang itu telah mendalami dan arif sepenuhnya keempat-empat mazhab ini.
  • Seseorang itu telah berhijrah atau berkunjung ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.


Sungguhpun begitu, dia arif dengan kesemua mazhab diatas, adalah dinasihatkan supaya terus kekal dan konsisten dengan berpegang pada satu mazhab sahaja.

Contohilah Imam Al-Ghazali walaupun arif dengan kesemua mazhab, beliau tetap berpegang pada satu mazhab iaitu mazhab Syafie.

Sekali lagi diingatkan, mazhab bukanlah perbezaan agama, ia sebagai medium dalam memudahkan penganut agam Islam itu dalam menajalni ibadah sebagai mendekatkan diri dan mendapat kerdhaan dariNya.

Mazhab adalah penting dalam memberi umat Islam pemahaman mengenai nas-nas agama. Mazhab bukan pecahan di dalam agama ISLAM.

Banyak hikmah menikahi janda. Banyak ganjaran Allah SWT berikan kepada lelaki yang benar-benar ingin memperisterikan janda asalkan ianya mengikut sunnah dan mencapai keredhaannya. Berikut ialah beberapa hikmah yang InsyaAllah dapat dipetik dari menikahi janda, antara lain:

3 Kebaikan Bagi Lelaki Yang Mengahwini Wanita Janda

1. Terselamatkannya mereka dunia dan akhirat

Allah berfirman dalam KitabNya Yang Mulia: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami ialah Allah’, kemudian mereka bersikap istiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.’” (Fushshilat:30)

2. Terselamatkannya anak mereka dari didikan yang tidak Islami

“Nyatalah bahawa pendidikan individu dalam Islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, iaitu : menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah SWT. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahwa totalitas agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, shaum dan haji; tetapi setiap karya yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah.” (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu’atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq ‘Ilajiha, hal. 76).

“Jauhilah oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat kotor.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Apakah yang dimaksud dengan rumput hijau yang berada di tempat kotor itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu, wanita yang sangat cantik, yang tumbuh berkembang di tempat yang tidak baik.” (HR. Daruquthni)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahrim: 6 ).

Imam adh-Dhahaq dan Muqaatil berkata, “seorang muslim wajib mengajari keluarganya (isteri dan anaknya), termasuk juga kerabat-kerabatnya, budaknya yang perempuan dan laki-laki, apa saja yang telah Allah perintahkan dan larang atas mereka.”

Menurut Imam as-Sa’di makna memelihara keluarga dan anak-anak iaitu dengan mendidik dan mengajari mereka, menekankan mereka untuk melaksanakan perintah Allah, kerana seorang hamba tidak akan selamat kecuali jika ia melaksanakan perintah Allah terhadap diri peribadinya dan orang-orang yang ada di bawah kendaliannya, seperti isteri, anak-anak dan selain mereka yang di bawah kuasanya.

3. Tersebarkannya kasih sayang di antara kaum muslimin, diantara para muslimah dan anak anak yatim.

“Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mau membawa yang keras juga kepada mereka. janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.” kata Jabir “benar katamu” jawab Nabi SAW.

“Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.” (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)

Rasulullah SAW bersabda : Saya dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim. Ada di syurga bagaikan ini, seraya beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan beliau merentangkan kedua jarinya itu. (HR. Bukhari)

Nota: Biar lelaki-lelaki di luar sana tahu bahawa janda-janda ni bukan kelas kedua. Mereka bukan untuk dipermain-mainkan. InsyaAllah memang terdapat banyak hikmah & ganjaran pahala Allah berikan buat lelaki yang mengahwini janda. Wallahualam. - Petuabahagia.net

Aku memerhatikan setelah beberapa lama dan aku perasan satu pattern yang pelik. Bila difikirkan, rasa menakutkan. Kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ini, banyak 'timbul' golongan ex-jahiliyah ambil usaha mendekati agama, kan? 

Kita lihat Abang Long Fadil, muka bertatu. Maknyah jutawan dan kawan-kanan. Ahli muzik, penyanyi, pelawak, pelakon. Itu yang terkenal dan yang kita tahu sebab viral di media sosial. 

Sebenarnya, golongan yang seperti ini, yang tak terkenal sudah lama seorang demi seorang bertaubat dan mengambil usaha mendekati agama. Pelik kan? 

Kebetulan atau ada something? 

Bukti Allah Mula Mengambil Golongan Pendosa Untuk Bawa Agamanya

Yang menakutkan ialah, pada pandangan aku, Allah sudah mula tidak memberi kerja kepada orang yang 'mampu.' Allah sudah mula tidak pandang orang yang 'berilmu'. Allah sudah mula tidak mengambil orang yang 'gagah'. Yang Allah ambil untuk bawa agama Allah sekarang ialah orang-orang gila, orang tak betul, orang-orang jahil, orang pendosa, orang-orang yang kita gelarkan sebagai ahli neraka, orang yang kita pandang pun tak mahu. 

Kemudian, aku juga perhatikan orang tempang, orang bisu, orang pekak, gemuk obesiti melampau, orang uzur tua bangka, orang berpenyakit. Semua ini Allah ambil dan guna mereka untuk agama Allah. Orang-orang ini yang banyak keluar ke jalan Allah sekarang. 

Kalau ke Markas Dakwah Malaysia Sri Petaling itu, kita akan asyik berselisih dengan orang-orang seperti ini. Kalau duduk dengar bayan jemaah yang keluar 40 hari, yang duduk bagi bayan tu si gagap yang satu hadis pun tak lengkap dibacanya. 

Tuan-tuan, Allah sekarang memilih mereka untuk agama serta buat usaha agama dan bukannya memilih kita. Tuan-tuan tak sedar ke? Aku baru saja sedar. Allah sedang memuliakan sekumpulan orang dan menghina sekumpulan yang lain. Awas! 

Sebagaimana Allah memilih Arab jahiliah yang dalam kategori manusia yang paling teruk perangai di atas muka bumi ini sehingga Rom dan Parsi mengelak dari menakluk tanah Arab agar penyakit jahiliah itu tidak merebak di tanah mereka. 

Tetapi bila Allah beri mereka agama dan hidayah, mereka jadi sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini. Subhanallah. 

Jadi apa sebab kita pula perlu risau? 

Sebabnya tuan-tuan, kita bukan mereka. Kita tak pekak, tak bisu, tak gila, tak gagap, bukan maknyah, bukan taiko gangster, bukan pendosa, bukan penzina. Kita ilmu mantap, bijak berbicara, ada kemampuan akal, ada harta, ada tenaga tetapi Allah tak pilih kita. Naudzubillahiminzalin. Allah tak pandang pun kita. Allahu. 

Pilihlah golongan di mana tuan-tuan mahu berada. Di kalangan yang diterima untuk membawa agama Allah atau sebaliknya. Tuan-tuan pilih dan saya pilih, kita semua pilih. 

Sebelum saat kita tidak lagi boleh memilih sampai.. Allahualam. 

Buatlah apa pun untuk bantu agama Allah. Asalkan jangan langsung tak membantu. Jangan hanya asyik membesarkan rumah dan tukar kereta serta sumbat tekak sendiri. - Ali Zaik Ibrahim

SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit dan menangis, selepas solat asar di Makkah, kelmarin.

Berulang kali lelaki tersebut melaung kesyukuran kepada Allah SWT membuatkan semua orang tertarik untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku lapor Mynewshub.

Lelaki Buta Dapat Penglihatan Depan Kaabah

“Ya Allah mataku sudah boleh melihat, aku sudah boleh melihat, Allahuakbar..” ratap lelaki tua tersebut yang mendakwa dirinya selama ini buta, namun tiba-tiba diizinkan Allah Taala untuk melihat pada petang itu.

Hal ini membuatkan orang sekeliling lelaki tua berkenaan mula melafazkan tahniah dan memuji-muji kebesaran Tuhan terhadap hambanya.

Salah seorang saksi turut bertindak merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuatnaik video ke laman sosial, membuatkan  dalam masa sekejap sahaja rakaman itu menjadi viral.

Kebanyakan page Facebook berkaitan Islam turut dilihat mula berkongsikan video tersebut yang seperti dijangka, mendapat perhatian ramai.

Pemeriksaan kami bagaimana pun mendapati, ada pihak mendakwa aksi lelaki dalam video tersebut sebenarnya cuma lakonan seorang pencuri profesional yang cuba melepaskan diri daripada pihak berkuasa namun tidak berjaya apabila dia tetap ditahan tak lama selepas itu.

Buat masa ini tak dapat dipastikan yang mana satu penjelasan tepat bagi video yang sedang viral ini – sama ada lelaki buta tiba-tiba boleh melihat ketika solat Asar, atau pun semua ini cuma lakonan semata-mata. Namun jika dilihat semula pada rakaman, lelaki tua terbabit jelas memakai jam tangan. 

Wallahua’lam.

Tonton video Lelaki Buta Sebak Dikurniakan Penglihatan Depan Kaabah di bawah.

Bagi yang mencari tips atau cara menasihati wanita yang tak bertudung bolehlah cuba cara penuh hikmah Muhammad Ali menasihati anaknya memakai tudung. Mungkin sedikit demi sedikit wanita yang anda nasihati boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Cara Muhammad Ali Menasihati Anaknya Agar Memakai Tudung

Tips Muhammad Ali Menasihati Anaknya Agar Memakai Tudung

Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan. Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya: 

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

“Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cengkerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. ”

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

“Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. ”

SUKAN tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan.

Pendedahan Kisah Muhammad Ali Masuk Islam

Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20.

Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964.

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Memeluk Islam Didedahkan

Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston.

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Memeluk Islam Didedahkan

Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai ‘Black Muslim’.

Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan yang berubah-ubah terhadap Islam.

Namun, selepas itu Ali mula mendekati ajaran Islam dengan menyertai Nation of Islam, sebelum mengambil keputusan berada dalam aliran Islam Sunni pada tahun 1975, kemudian kepada mazhab Sufi pada tahun 2005.

Kisah Muhammad Ali Memeluk Islam

Sementara itu, ramai peminatnya percaya Ali memeluk Islam ekoran pengaruh rakan baiknya yang dikenali Malcolm X.

Malah, ada sumber yang memberitahu, lagenda itu menerima hidayah ketika menemani rakannya mendengar ceramah ajaran Islam.

Keyakinan Ali terhadap Islam semakin utuh apabila beliau merasakan agama itu tidak membezakan warna kulit, etnik, kekayaan dan semuanya sama di mata Allah SWT.

Kisah Muhammad Ali Memeluk Islam

Setelah pertukaran agamanya, Ali yang popular dengan gelaran ‘The Greatest’ meminta orang ramai tidak lagi memanggilnya sedemikian kerana mahu bersederhana seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Sepanjang hayat, Ali sememangnya cukup terkenal dengan suara lantangnya demi mempertahankan isu-isu kaum, agama dan politik.

Awal Disember lalu, Ali sekali lagi memainkan peranannya menegakkan hak Islam apabila menyelar pendirian calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan imigrasi umat Islam ke negara itu.

Kisah Muhammad Ali Masuk Islam

“Saya seorang Muslim dan tidak ada orang Islam mahu membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Penganut Islam yang sebenar tahu bahawa keganasan yang kejam bertentangan dengan ajaran agama Islam,” ujarnya.

Sesungguhnya, insan bernama Muhammad Ali ini sukar dicari ganti dan akan kekal diingatan setiap peminatnya.

Semoga roh Muhammad Ali berada dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

Dear ustaz/ustazah.

Saya dah dengar banyak ceramah pasal bagaimana seorang isteri patut melayan suami.

Semuanya betul.

Cuma, almost semua situasi yang diceritakan itu kisah isteri duduk rumah.
Isteri type1.

Memanglah manis isteri sambut suami balik.
Suami balik buatkan air.
Suami balik makanan dah siap.
Suami nak makan apa, masakkan.
Suami balik rumah bersih, wangi.
Isteri dah siap berhias bermekap.

Suami nak apa, layankan.

“Isteri Berkerjaya Perlukan Lebih Bimbingan Berbanding Isteri Duduk Rumah”

I couldn't agree more.
Memang betul semua tu.

Tapi pernahkah kita terfikir,
Walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan, pengurusan rumahtangga masih ditahap lemah dalam masyarakat kini.

Lihat sahaja statistik penceraian.
Jumlah kes isteri nusyuz.
Kisah isteri derhaka.

It is all climbing up.

Why ustaz? Why ustazah?

I would like to suggest one thing.

Cuba tukar contoh2 dalam ceramah anda.
Ambik contoh isteri sibuk berkerjaya.
Isteri type 2.

Berkerja pula bukan sebab suka nak kerja, tapi nak bantu suami tanggung perbelanjaan keluarga.
Isteri balik rumah lebih lewat dari suami atau paling koman sama time.
Isteri letih berlipatkali ganda dari suami.
Suami letih, balik rumah rehat.
Isteri letih, balik rumah, boleh rehat ke?

Hujung bulan siap isteri kene buat side income pulak nak tolong suami bayar bil.

Isteri2 kategori ni yang lebih perlukan guidance.
Isteri jenis ni yang perlukan rawatan rohani.
Mereka ini yang perlu dididik bagaimana nak kekal hormat, taat pada suami dalam keadaan badan letih, otak serabut, kepala pusing.
Mereka perlu bantuan bagaimana cara nak tunaikan segala permintaan suami dan penuhi segala keperluan suami dalam keadaan tak cukup masa di rumah, tak cukup tenaga di badan, dan tak cukup tenang di fikiran.

Isteri type 1 yang boleh sambut suami balik tu memang dah banyak sangat tips yang sesuai yang boleh dipraktikkan.

Tapi jenis isteri type 2 ni masih menggagau mencari2 bagaimana nak uruskan suami dengan senyum manis bak gula batu.

Ustaz/ustazah
Lihatlah keadaan sebenar.
Sudah2 lah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu. Dah banyak dah contoh2 yang macam tu.

Cuba ajar bagaimana nak senyum manis bila sampai rumah dah maghrib lepas redah jam sejam setengah, masuk rumah kain berlonggok, pinggan bertimbun, tengok kat fridge melekat bil letrik, air dan segala bil masih belum berbayar.

Belum sempat tarik nafas, anak2 dan suami pulak dah tanya, malam ni
mama nak masak apa?

Isteri2 type 2 ni perlu penyucian jiwa, pencerahan emosi dan terapi jasmani.

Phewwww!

Credit to Izyan Izdihar Shaarani

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian.

Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Al-Quran Sangat Melarang Merebut Suami Atau Isteri Orang

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,” ujar pengamat Hukum Islam di Banjarmasin, Hj Mariani MHI, kepada BPost Online.

JODOH, rezeki dan kematian adalah perkara misteri. Kadang kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri.

Sebabnya kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda seperti dipetik dari Berkah2013, Ahad (3/3/2013):

10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita Menurut Islam

Bersahaja

Si dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum. Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau si dia nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


Selesa Bersamanya

Walaupun kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasakannya. Rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.

Menerima Seadanya

Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting, siapa anda yang sekarang. Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Jujur

Dia tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorang menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi hak milik anda. Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur, sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku curang. Bila si dia jujur, semakin hangat hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.

Bekerjasama

Bagi anda yang mahukan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh sekalipun. Segala pekerjaan yang dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Anda dan si dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.

Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yangmempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya. Ketika anda sakit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berduka, si dia menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam situasi apapun. Gembira ataupun berduka, si dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam hubungan percintaan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan duka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Papar Kelemahan

Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan hal yang menyenangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya.Apabila anda dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.

Kata Hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya.

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah).

Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

Apa Yang Perlu Isteri Buat Sekiranya Suami Meninggal Dunia?

1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adikberadik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.

11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.

12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupon berhak pada harta simati, tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)

15. kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

16. ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18. ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.. - Rahimah Rosli

Rumah adalah tempat kita berehat dan berkumpul dengan sanak keluarga. Rumah juga adalah tempat kita mengharapkan datangnya rahmat dari Allah, SWT.

Akan tetapi bagaimana jika seandainya tanpa kita sedari kediaman kita itu sebenarnya dipenuh dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah sehingga malaikat pun enggan masuk ke dalamnya dan kediaman anda mungkin menjadi tempat bersemayamnya para syaitan dan jin yang dilaknat.

20 Jenis Rumah Yang Tidak Akan Dimasuki Malaikat

Rasulullah menjelaskan dalam banyak hadis mengenai rumah-rumah tertentu yang tidak akan dimasuki Malaikat Rahmat. Di antaranya adalah hadis-hadis berikut ini:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة تماثيل

Aku (Abu Thalhah) mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung” (HR. Bukhari)

عن أبي طلحة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة

Dari Abu Thalhah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar” (HR. Muslim) عن

علي بن أبي طالب عن النبي
صلى الله عليه وسلم قال الملائكة لا تدخل بيتا فيه صورة ولا كلب ولا جنب

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak masuk rumah yang padanya terdapat gambar dan anjing serta orang yang junub” (HR. An Nasa’i, dishahihkan Al Albani)

عن علي بن أبي طالب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الملائكة لا تدخل بيتا فيه كلب ولا صورة

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani)

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, ada sejumlah rumah yang tidak dimasuki oleh malaikat iait u:

1. Rumah yang di dalamnya ada gambar atau lukisan makhluk bernyawa

2. Rumah yang di dalamnya ada anjing.

3. Rumah yang penghuninya junub alias biasa tidak mandi atau bersuci dari junub.

4. Rumah yang di dalamnya ada patung.

Selain 4 rumah tersebut, berdasarkan daripada buku Rumah yang Tidak Dimasuki oleh Malaikat, Abu Hudzaifah Ibrahim bin Muhammad menambah rumah-rumah lain yang tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat iaitu:

1. Rumah orang yang memutuskan silaturahim

2. Rumah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya

3. Rumah orang yang memakan harta anak yatim

4. Rumah orang yang memakan riba

5. Rumah yang di dalamnya tidak disebutkan Asma Allah

6. Rumah yang tidak ada shalawat di dalamnya dan lebih mementingkan hawa nafsu

7. Rumah yang di dalamnya banyak caci maki dan laknat

8. Rumah yang di dalamnya ada alunan lagu selain dzikir

9. Rumah yang di dalamnya ada loceng

10. Rumah yang digunakan minum arak

11. Rumah yang diduduki perjudian dan sajian berhala

12. Rumah yang di dalamnya ada syirik dan mantra-mantra

13. Rumah yang di dalamnya ada bau tidak sedap atau penghuni laki-lakinya melumuri badan dengan kunyit

14. Rumah yang penghuninya hidup boros

15. Rumah yang penghuninya terus menerus melakukan kederhakaan

16. Rumah yang digunakan untuk kekejian, atau dosa besar

Wallahu a’lam.

Dulu, sy xtutup aurat. Sy tidaklh cantik sebagaimana digembur2kan jiran2 sy. Sengaja sy selfie dr sudut yg nmpk cantik n muatnaik di IG or FB. Kdg2 sy ambil gmbr dr sudut ats bg nmpk kurus. Kdg2 ambil gmbr cuping telinga sje sbb hnya itulah bahagian yang cantik ada pd sy. Dpt 3 ribu hearts utk satu cuping pun ok. 1 hr, ada seorg jejaka hensem menginbox sy. Sy teruja sgt. Beliau berkata,

Dulu Tak Pakai Tudung Sekarang Berpurdah, Lihat Bagaimana Suami Wanita Ini Mengubahnya

"Pakai tudunglah, serabut aku tgk."

Sy hampir pengsan mencair membaca ayt beliau itu. Lelaki2 bermuka hodoh, sy block terus xperlulah memandai nk menasihati sy. Hati sy berdebar2. Maka, sy buat keputusan hari tu, saya nak bertudung. Sy terus tempah on-line tudung yang berkilat satin tu. Sy belajar pakai di Youtube. Akhirnya, sy pun upload gambar bertudung. Sy berdebar menantikan respon.

Sekali lg, jejaka tu inbox.

"Tu tudung ke sapu tgn? Pendek gila. Labuh sikitlah".

Sy teruja sgt2 membaca respon dia. Gembira pun ad, sebak pun ad. Terus sy order lagi tudung lain. Kali ni, bidang 180! Sy main hentam je! Then sy upload pic ni and tunggu respon. Sekali lagi jejaka tu inbox.

"Tudung ke langsir tu? Aduhai labuh pun agak2 la".

Sy hampir saje menangis kegembiraan. Cpt2 sy order tudung lain. Kali ni, purdah. Sy upload. Dlm masa 10 min, sy dpt beribu hearts! Terkejut sy. Malahan, bkn seorang jejaka hensem inbox sy. 15 jejaka hensem! Setiap hari mrk mesej ayat2 manis super Islamik. Tp, pointnya 1 je. Nak lihat wajah ini di sebalik tabir hitam. 14 dari mrk minta nk tengok. Sy relakan tgk sbb mrk kata nak buat isteri. Tp, lepas tgk, mrk ckp,

"Bkn lawa sgt pun nk pakai purdah bagai".

Akhirnya, keempat-empat belas mrk itu mendiamkan diri. Hindari sy. Siap block sy lg. Sy sedih. Jejaka yg pertama tiba2 inbox sy.

"Aku suruh kau tutup aurat utk hijabkan kau dari benda tak elok, bukan tutup utk memikat! Kau sepatutnya cuba raih perhatian Allah bkn perhatian org. Allah bg otak, fikir. Bkn suruh gedik. Ngek!"
Sy terus menangis berderai air mata berhamburan ke cermin laptop. Tp, tiba2, masuk mesej lg di inbox.

"Sbb kau jenis lurus sgt, bg aku alamat rmh kau, aku dtg minang kau. Dh kau xreti jaga diri sendiri" - zinnirahabdaziz

Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s dan Bahtera yang dibina olehnya. Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera.

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar.

Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut..

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Nabi Nuh A.S Dan Bahteranya

1. Nabi Nuh merupakan nahkoda tertua di dunia (berusia 600 tahun).

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal terbesar di dunia yang diperbuat daripada kayu.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia.

Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia yang diperbuat daripada kayu.

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal bertingkat pertama di dunia (3 tingkat).

Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal belayar yang tertinggi dari dasar laut.

Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal anti-taufan dan banjir pertama di dunia.

Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal pertama yang berlayar tanpa kompas.

Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh dinakhodai oleh bukan ahli laut.

Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh adalah satu-satunya kapal dengan penumpang paling sedikit pertama di dunia.

Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal yang mengangkut binatang berpasangan terbanyak di dunia.

Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh merupakan satu-satunya kapal yang mendarat di gunung.

Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya. Lagi gambarnya DI SINI

13. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal yang mengharungi banjir paling lama di dunia.

Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.
Powered by Blogger.