Showing posts with label Informasi. Show all posts

KUALA LUMPUR - Viral gambar-gambar pasangan berposing angkat mengangkat bersempena raya di media sosial semalam mengundang kecaman netizen. 

Menurut netizen, gambar-gambar seumpama itu agak kurang sopan untuk dipaparkan pada khalayak umum dan pasangan yang terlibat sepatutnya berasa malu dan menyembunyikan apa yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang awam. 


Bagi Eman Panji, gambar-gambar itu kelak antaranya:
Akan menimbulkan fitnah
Berasa riak
Mempamerkan kecantikan isteri
Menaikkan syawat orang yang melihat
Untuk mendapat pujian yang batil
Menjadi ikutan remaja
Bentuk  badan (aurat) isteri terserlah semasa beraksi, berbonjol-bonjol
Komen-komen negatif dari netizen

Difahamkan, cabaran untuk beraksi dengan gambar posing raya 'rare' itu dimulakan oleh seorang individu yang dikatakan mahu menawarkan hadiah bagi pasangan yang berjaya mendapat like terbanyak.
"Ini mereka yang menyahut cabaran semalam. Yang lain mana? Tak kan dengan laki atau bini sendiri malu nak amek gambar macam ni?" tulis individu berkenaan yang postnya itu kini dikongsi 2,897 pengguna Facebook. 

Sementara itu, netizen berpandangan tindakan individu berkenaan mendorong pasangan suami isteri merakam gambar aksi angkat mengangkat itu keterlaluan sehingga sanggup membiarkan aurat isteri sendiri ditayangkan kepada umum. 

"Eloklah tu, sebulan mencari pahala, masuk hari raya habiskan kejap je," kata Fazrul Akmal. 

"Baiknya hati diorang belanja kawan-kawan 'buah' isteri masing-masing," kata Mat Lap Lip. 

"Tengok setiap gambar, tengah dok skrol terbaca komen-komen lucah. Tahu pula pemilik gambar marah bila ada orang cakap lucah tentang tubuh badan isteri dan fizikal dia. Kalau itu pun dah ada dalam fikiran mereka untuk berlucah-lucah, bayangkan apa lagi yang mereka imaginasikan?" kata Farahnurain Manap. 

"Ish.. ish.. Nauzubillah himinazalik. Aku tengok seorang suami sedang membawa bara api neraka. Ya Allah, pedihnya," kata Rescue Vertical. 

Meskipun sudah ada yang menegur individu berkenaan, namun sehingga kini teguran itu tidak diendahkan. Malah ada netizen yang lain meminta tempoh cabaran itu dilanjutkan agar mereka dapat menyertainya.


Dari Info Ibu Hamil

Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran. 

Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja. 

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa,  ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada. 

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama. 

"Puan ada ambil pil atau jamu?" soal doktor pakar. 

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu. 
"Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor," jelas doktor pakar. 

Si ibu terkejut. 

"Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume," katanya. 

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya. 

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk. 

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita? 

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang. 

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada sellersebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit,  bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri.

Terlelap lepas Isyak, tersedar balik dalam pukul 2.30 pagi. Cari suami tengok kiri kanan, tak ada. Dengar bunyi berketuntang di dapur. 

"Sah-sah laki aku tengah masak," monologku.


Teringat masa sebelum nikah, saya beritahu suami. "Abang, saya ni tak rajin masak, tak rajin membasuh kain, lipat baju, mengemas rumah segala bagai. Bangun tidur pun boleh lajak tengahari," jujur saya beritahu dia.

Dia senyum, "Abang nikah dengan sayang sebab nak buat isteri, bukan nak buat orang gaji," katanya.

Sentap kejap saya. Saya tunduk diam, senyum. Kes saya mungkin sedikit 'special'. Bernikah dengan seorang duda yang ber'tattoo' yang tidak arif perihal agama dan memiliki seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya.

Dia pernah bernikah dan pernah gagal dalam institusi perkahwinan. Saya lihat sendiri bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan terdahulu dan bagaimana dia menjadikan kesilapannya dulu sebagai pengajaran dan pedoman dalam hubungan kami.

Seperti hari-hari biasa, manusia memandang kami dengan pandangan yang 'kejam'. Saya tidak pernah marah pada 'tattoo'nya walaupun di awal perkenalan kami dahulu saya kurang senang dengan 'tattoo'nya. Astaghfirullah... itulah kelemahan saya dahulu. Juga seperti masyarakat lain yang memandang dia dengan pandangan yang 'senget'.

Pandangan masyarakat juga pada kami seolah-olah kami tidak layak bersama memandangkan dia dan 'tattoo'nya sedangkan saya berjubah dan berniqab. Ini perkara biasa yang kami lalui sepanjang kehidupan kami bergelar suami isteri.

Bayangkanlah kami pernah terserempak dengan dengan sekumpulan wanita yang berjubah, berpurdah dan berniqab sekalipun, mereka akan mencuit lengan sesama mereka, memandang kami sambil menjeling dan berbisik-bisik lalu pergi dengan langkah yang laju.

Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber'tattoo'.

Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang 'pahit untuk ditelan' sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul.

Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan 'tough'. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.

Bila ditanya kenapa suami masih ber'singlet'? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama. Jalan penghijrahan tidak perlu drastik.

Saya banyak mengambil contoh diri saya sendiri dalam landasan perjalanan menuju jalan Allah SWT. Ada orang Allah bagi perjalanan hijrahnya cepat, ada orang rezeki perjalanan hijrahnya makan masa. Setiap orang rezeki taufik hidayahnya tidak sama.

Manusia memang akan cepat menilai dan nampak keburukan, kelemahan dan keaiban manusia lain. Bagi saya, untuk permulaan perjalanan hijrah yang makan masa ini, suami dah tanggalkan subang yang dipakainya pun saya dah sangat bersyukur. Orang lain takkan faham apa yang dirasa oleh isterinya. Saya terima suami seadanya walaupun saya tahu jalan penghijrahan itu makan masa yang amat panjang

Saya ingat lagi, saya pernah ajukan satu soalan kepada suami memandangkan saya tahu bekas isterinya seorang yang free hair tidak bertudung.

"Abang suka saya pakai tudung?" agak mengarut soalan saya ketika itu.

"Ehh sukalah!" jawabnya membuatkan saya ketawa.

"Abang suka saya pakai niqab?"saya tanya.

"Suka sangat, sayang... Pakailah. Biar abang seorang je yang tengok sayang. Tak nak bagi orang lain tengok!" jawabnya.

Demi Allah saya happy giller dengar jawapan itu, jawapan dari suami sendiri. Sebab saya sedar, ramai kawan-kawan saya yang dahulunya berpurdah dan berniqab namun selepas bergelar isteri, purdah atau niqab tiada lagi menutupi wajah mereka.

Tak apalah, tak kisah pasal itu. Muka bukan aurat cuma bagi saya, bila dianugerahi Allah SWT seorang suami yang masyarakat pandang 'jahat' dengan tattoo yang penuh di tangan, dada, jari, belakang dan kaki, tiada siapa pun yang menjangkakan lelaki ini walaupun tidak pandai tentang selok-belok agama namun dia seorang yang sangat tegas menjaga SOLAT dan AURAT isterinya.

Ya Allah, belum lagi masuk kisah solat, di mana suami yang ber'tattoo' ini kalau dah masuk waktu solat, jika dilihatnya isterinya masih ralit dengan smartphone di tangan, cukup sekadar suami berdehem., cepat-cepat si isteri berlari mengambil wudhuk!

Begitu juga di kala orang lain memilih pakaian pelbagai fesyen untuk Hari Raya, suami pula lebih gemar saya memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

"Baju kurung pun tak boleh? Tutup aurat juga," soal saya.

Lama suami terdiam. Mungkin terkedu dengan soalan isteri. Lantas dia memeluk bahu isterinya sambil berkata, "Abang suka sayang pakai jubah lagi."

Saya pun ketawa. Hahaha!

Bila ditanya kenapa saya yang berjubah, berpurdah, berniqab ini tidak memilih lelaki yang pandai agama, bukan dari golongan ustaz atau yang bersongkok, berkopiah, berjubah? Saya senyum, biarlah ia menjadi simpanan rahsia yang paling dalam. Tidak mahu membuka aib mana-mana institusi keagamaan. Biar saya simpan pendam segala trauma yang paling dahsyat yang pernah menghantui sepanjang hidup.

Biarlah saya membuka lembaran baru dalam hidup bersama seorang suami yang dipandang 'kaca' yang tidak bernilai oleh masyarakat namun dia adalah 'berlian' paling menyerlah dalam qalbu.

Dear husband,

No matter what apa orang nak cakap, ini isterimu yang sentiasa ada disisi dengan izin Allah SWT. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi dah sebab semua pakaian, boots, cadar, dia yang basuh cuci. Dia yang masak, dia yang mengemas rumah, dialah yang bertukang kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki rosak di rumah. Dialah tempat mengadu, dialah peneman, dialah tempat bermanja, dialah kawan kaki gaduh kahkah!

Sampai satu masa, saya pernah tanya suami, "Kalau perkahwinan kita ini Allah uji dengan tiada anak?"

Suami akan peluk erat, "Abang tak kisah pun semua tu. Ada ke tak ada ke. Itu semua kerja Allah. Macam pernikahan kita inilah. Abang sendiri tak jangka boleh bernikah dengan sayang yang bertutup-tutup macam ini.

"Banyak benda yang kita tak tahu tapi Allah SWT dah persiapkan untuk kita sebab yang memberi rezeki semuanya adalah Allah SWT. Kenapa perlu ada persoalan dengan kerja Allah?" jawab suami.

Allah... sentap!

Fabi ayyi ala'i rabbikuma tukazziban. Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah. #BukanYakuza

Sumber: Sha Ramson Abdullah

Follower: Gaji saya RM2300, layak ke saya beli rumah?

Banyak juga saya dapat mesej daripada follower tanya, “Gaji saya sekian sekian, layak ke saya beli rumah? Berapa harga rumah yang boleh saya beli?”

Biasanya saya tak suka nak suap saja. Saya nak pembaca faham juga. Saya suruh belajar kira. Jadi, pembaca akan sentiasa faham walaupun situasi berbeza.

Jika saya berikan ikan, kalian akan kenyang sekejap tetapi jika saya berikan joran, kalian akan kenyang selamanya.

Ini asyik tanya, “Gaji saya RM2000. Berapa rumah saya layak beli?” Kalau gaji kau naik RM2300 nanti, datang tanya lagi.

Tetapi, itulah manusia. Cari ilmu serupa cari nasi. Bila lapar baru nak cari makan.


Sebelum memohon pembiayaan perumahan, baik kira dulu kelayakan pembiayaan perumahan ya. Ingat, fikir dulu sebelum buat hutang jahat. Ia akan bagi kesan untuk buat pembiayaan perumahan nanti.

Jom belajar kira kelayakan pembiayaan perumahan.

Lima langkah mudah kiraan kasar kelayakan beli rumah.

Contohnya jika gaji kasar: RM2300.

1. Kira Gaji Bersih

Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)
Contoh: RM2300 – RM200 = RM2100

DSR MENGIKUT BANK.

2. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih

Jika anda bergaji bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%.

Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%.

60% X RM2100 = RM1260

3. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS)

Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.

Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350

RM1260 – RM350 = RM910

4. Tolak NDI (Net Disposable Income)

NDI MENGIKUT BANK.

Untuk kos sara hidup. Ada bank guna. Ada tak.

Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung pada tempat tinggal, taraf perkahwinan.

Katakan ambil contoh NDI: RM500

RM910 – RM500 = RM410

5. Guna Rule of 200

Ansuran bulanan X 200 = harga rumah
RM410 X 200 = RM82K

Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM410 sebulan, harga rumah maksimum tidak boleh melebihi RM82K.

Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM82,000 saja.

GAMBARAJAH PENUH PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN.

Kaveat
Analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja.

Ini adalah kiraan kasar sahaja. Anda boleh walk-in ke bank berdekatan untuk tahu berapa sebenarnya kelayakan rumah yang boleh dibeli dengan gaji anda. Bawa penyata gaji sekali.

Jika bergaji rendah tetapi mempunyai banyak komitmen, kau perlu ada simpanan. Simpan di TH ataupun ASB yang boleh dijadikan sebagai dokumen pendapatan sokongan.

Kalau malas sangat boleh isi dalam link ini: Loanstreet

Jangan pelik jika kawan kau yang bergaji rendah boleh lulus pembiayaan perumahan. Kau yang bergaji RM4000, bank pun tolak permohonan pembiayaan perumahan kau.

Ibu bapa selalu fikir anak yang berumur antara 2 ke 4 tahun suka buat perangai, tak dengar cakap, suka mengamuk dan macam-macam lagi kerenah yang sukar dikawal.

Antaranya suka memanjat sana-sini, suka melawan apa yang kita cakap, lari ke hulu ke hilir, tak boleh duduk diam – seolah-olah tenaga tak pernah habis. Aktif sungguh!

Jangan tak percaya, sebenarnya fasa ini yang lebih dikenali sebagai fasa ‘Terrible Two’ adalah normal. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.

 KENALI FASA 'TERRIBLE TWO' YANG SERING TERJADI PADA KANAK-KANAK 2 TAHUN KEATAS

Anak yang berumur 2 tahun ke atas akan mengalami perubahan yang besar dari segi kemahiran motor, tahap intelektual, kemahiran sosial dan emosi.

Perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan berkembang dan timbul keinginan untuk melakukan sendiri sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar untuk mengikut peraturan dan syarat.

Jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.

Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan.

Bagaimana mahu hadapi keadaan ini dengan tenang dan terkawal?

Apa Itu Fasa ‘Teribble Two’

1. Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja. Ia masalah sedunia! Hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi.

Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.

2. Sebenarnya anak sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana dia boleh bertindak dalam sesuatu perkara. Apa reaksi dan respon kita terhadap setiap kelakuannya.

Apakah hadnya? Setiap reaksi kita pada perbuatannya adalah penting untuk anak belajar tentang had sesuatu perkara. Sejauh mana dia boleh pergi, setakat mana dia boleh buat.

3. Ya, adakalanya anak memang sengaja membuat provokasi untuk melihat reaksi ibu bapa. Waktu ini ibu bapa amat perlu pamerkan reaksi yang betul dan bersesuaian supaya anak faham tentang had bagi sesuatu perbuatan.

4. Anak sebenarnya tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak, selamat atau bahaya; maka mereka mencari perhatian ibu bapa untuk berikan mereka panduan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu beri arahan atau tindakan yang jelas untuk anak faham.

5. Jika anak mengamuk atau buat perangai, usah cepat melatah dan melenting. Ia adalah perkara biasa. Biarkan dia menangis sebentar, pura-pura mengabaikannya.

Lazimnya dua perkara yang menyebabkan anak berkelakuan begitu: terlalu letih atau lapar. Jadi perhatikan apa sebenarnya yang anak mahu. Bantu dia tidur dan berehat, atau berikan makanan dan minuman. Elak memarahi mereka dengan keterlaluan.

6. Anak sedang belajar berdikari, sedang memahami erti berpisah daripada ibu bapa dan belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Anak dalam fasa ini perlukan ketegasan dan ‘unemotional stand’ daripada ibu bapa untuk anak kenal pasti perkara yang boleh atau tidak boleh dia lakukan. Masalah selalunya berlaku kerana ibu bapa kurang memahami anak (masalah komunikasi).

Ibu bapa kurang pasti apa yang anak mahu atau perlukan, menyebabkan anak kecewa kerana permintaan atau kehendaknya tidak dipenuhi.

Memang mencabar pada peringkat ini kerana ia melibatkan kemahiran motor dan bercakap sedangkan anak belum lagi menguasai kemahiran ini. Anak sebenarnya mahu meniru dan membuat apa yang ibu bapa buat tetapi belum mampu. Itu yang mendorong anak cepat marah.

Tip Menangani Fasa ‘Terrible Two’

1. Ibu bapa cuba bertenang semasa anak mengamuk. Anak memang mahu lihat kita marah untuk meraih perhatian, sama ada dengan cara positif atau negatif.

Semasa anak meragam, abaikan sekejap dan anak akan belajar tentang had bagi sesuatu perbuatan atau perkara. Jangan beri reaksi seperti ketawa atau membuat ‘eye contact’ dengannya, jangan menjawab dan perhatikan sahaja perangainya sehingga dia berhenti.

2. Tawarkan comfort setelah anak diam. Anak yang mengamuk dan meragam ni risau ibu bapa tak sayangkan mereka bila berkelakuan begitu.

Apabila anak dah bertenang, peluk dan beritahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Kemudian, alihkan perhatian anak kepada perkara lain supaya dia tidak terbawa-bawa dengan perasaannya tadi.

3. Jika anak mengamuk di tempat awam, usah panik. Orang di sekeliling memang akan perhati atau lebih buruk, mengata ibu bapa. Tapi abaikan mereka. Cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain contohnya kunci, mainan atau peluk anak. Jangan putus asa!

SUMBER: THE VOCKET

Korea Selatan akhirnya memasang sistem pertahanan udara bernama ‘Terminal High Altitude Area Defense’ (THAAD) yang bertujuan untuk menangkis peluru berpandu Korea Utara. China membantah pemasangan THAAD, sebabnya ia juga akan melemahkan keberkesanan peluru berpandu China. Sebagai balasan, China menyekat barangan dari Korea Selatan, terutamanya dari kumpulan syarikat Lotte (pemilik Pepero) yang memberi tanah kepada kerajaan Korea Selatan untuk memasang THAAD.

Korea Selatan telah memberi masa 4 tahun kepada China untuk mengelak situasi ini. Park Geun-hye yang menjadi presiden pada tahun 2013 mengamalkan dasar pro-China dan menjauhi diri dari Amerika. Selain beliau tidak suka Amerika (CIA terlibat dalam pembunuhan ayahnya Park Chung-hee), tindakannya juga bertujuan merapatkan hubungan China dan Korea Selatan, dengan itu berharap agar China dapat memberi tekanan kepada Korea Utara supaya memberhentikan program senjata nuklear. Ia baik untuk Korea Selatan (tidak perlu risau dengan ancaman Korea Utara), dan juga baik untuk China (tidak perlu risau dengan THAAD).

 KEJATUHAN ERA J-POP MEMBERI KEJAYAAN PADA M-POP DAN K-POP

Namun China gagal mencapai harapan Korea Selatan. Selepas Korea Utara berjaya menguji bom hidrogen (jenis bom nuklear yang paling dahsyat) pada Januari 2016, Presiden Park mengumumkan bahawa Korea Selatan akan membeli THAAD dari Amerika. Semenjak itu kerajaan China menyeru rakyatnya untuk memboikot barangan Korea Selatan untuk melepaskan kemarahan, dan juga untuk menundukkan Korea Selatan supaya ia mengubah fikiran. 25% (1 per 4) dari jumlah eksport Korea Selatan adalah ke China. Jangan kata Korea Selatan tidak rasa sakitnya.

Yang paling menerima kesan ialah industri muzik popular Korea Selatan, atau ‘K-Pop’.

Selain Amerika dan Britain, Jepun dan Korea Selatan adalah contoh negara yang paling berjaya dalam membina jenama muzik popular tersendiri. Jangan memandang remeh terhadap benda-benda macam ini. Budaya popular adalah sebahagian daripada ‘kuasa lunak’ (soft power) yang disebut dalam kajian hubungan antarabangsa. Amerika dapat menguasai dunia bukan saja melalui kuasa tentera dan ekonomi, tetapi juga melalui pengaruh Hollywood dan muzik popular. Korea Selatan dan Jepun yang sentiasa bersaing turut menjadikan budaya popular sebagai satu medan pertarungan untuk meningkatkan pengaruh masing-masing.

Sejarah industri muzik popular Jepun (‘J-Pop’) lebih lama dan pernah mencapai zaman kegemilangan pada 1990-an. Generasi yang lama sikit (macam saya ini) mesti biasa dengan fenomena J-Pop yang turut melanda Malaysia ketika itu. Sebelum adanya Big Bang, Girls’ Generation, 4 Minutes, BTS dan TWICE, yang menjadi kegilaan remaja ialah SMAP, Morning Musume, Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru dan Namie Amuro. Yang disiarkan di TV ialah drama Jepun seperti ‘Great Teacher Onizuka’ dan ‘Long Vacation’, bukan drama Korea memanjang seperti sekarang. Lambang bagi ‘lelaki idaman’ ketika itu ialah Takuya Kimura dan Takenouchi Yutaka, bukan Lee Min-ho dan Song Joong-ki.

Namun disebabkan adanya sokongan pasaran China, K-Pop berjaya mengatasi J-Pop pada 2000-an. Sentimen anti-Jepun menyebabkan J-Pop tidak dapat menembusi pasaran China, maka K-Pop dapat memonopolinya. Hasil jualan yang dijana di pasaran China dilaburkan semula untuk melatih artis baru, membuat industri J-Pop tidak dapat mengejar langkah K-Pop. Artis K-Pop juga menerokai pasaran Jepun. Artis seperti KARA tekun belajar Bahasa Jepun, membuat album dalam Bahasa Jepun dan berjaya mendapat sambutan di Jepun. Tetapi tidak di sebaliknya: lagu Jepun adalah haram di Korea Selatan. Pasaran domestik Jepun adalah terhad kerana masalah kemelesetan ekonomi. Maka J-Pop jatuh dari puncak kejayaan. Pada tahun 1997, hasil jualan J-Pop adalah sebanyak 588 bilion yen, pada tahun 2010 ia merosot kepada 284 bilion yen.

China merupakan pasaran terbesar K-Pop. 40% dari hasil jualan eksport budaya Korea Selatan (termasuk filem dan drama) adalah daripada China. Selepas peristiwa THAAD, konsert artis K-Pop di China dibatalkan semuanya. Artis K-Pop tidak dibenarkan muncul dalam rancangan TV China. Video muzik K-Pop diblok di internet. Antara banyak-banyak artis, EXO yang paling kesian. EXO ditubuhkan sebagai tanda persahabatan Korea Selatan dan China. Semasa awal pertubuhan, 4 dari 12 ahlinya adalah warga China, dan ada sub-kumpulan EXO-M yang menyanyi dalam Bahasa Mandarin khas untuk peminat di China. Tetapi selepas peristiwa THAAD, semua konsert EXO yang dijadualkan di China dibatalkan.

K-Pop rugi, J-Pop bertepuk tangan. Walaupun kerajaan Jepun bersungguh-sungguh cuba memperkasakan semula J-Pop, misalnya melalui dasar ‘Cool Japan’ (2010) yang merangkumi pemberian dana kepada industri J-Pop, J-Pop masih tidak dapat menyaingi industri K-Pop. Sekatan China kali ini merupakan tamparan besar buat K-Pop dan mungkin memberi peluang kepada J-Pop untuk kembali menjadi pesaing setaraf K-Pop dalam pasaran di luar China.

Sekatan China ini pun mungkin ada hikmah yang tersembunyi bagi K-Pop jua. K-Pop dahulu tak sama dengan K-Pop hari ini. K-Pop dulu ada nilai estetika yang tinggi. Dalam karya artis seperti Shinhwa, Fly To The Sky dan TVXQ boleh ditemui gaya sentimentaliti K-Pop yang unik. K-Pop hari ini menjadi semakin mengarut, ‘superficial’ dan mementingkan sensualiti, semata-mata untuk memenuhi cita rasa China yang rendah. Mungkin, tanpa tekanan untuk memenuhi kehendak pasaran China, K-Pop dapat kembali ke fitrah asalnya.

Sementara orang China tidak dapat menikmati K-Pop, pasti mereka merasa kekosongan. Mungkin inilah peluang bagi kita menawan pasaran China melalui ‘M-Pop’ (‘Malaysia-Pop’). Shila Amzah sudah buka jalan, boleh disusuli dengan Aiman Tino.

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.

 KAK LONG, HATIMU HARUS SETEGAR KARANG

Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Menurut penelitian daripada pakar, anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama. Ini kerana, saat anak perempuan pertama merasakan pahitnya kehidupan ketika masih kecil, naluri keibuannya meresap dalam jiwa untuk tidak membiarkan anak-anaknya menderita sepertinya nanti.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. Dalam hal ini, anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritis sehingga daya analisanya sangat bernas.

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti.

Sumber: wajibtahu.me

Masih ingat lagi kes seorang jutawan jamu yang pernah viral tahun lalu di mana suaminya memukul anak kecil mereka ketika bercuti di Korea Selatan? 9 jam yang lalu, pengasas Jamu Susuk Dara (JSD), Dato Seri Hanni Borhan, memuat naik status panjang yang menceritakan bagaimana dia dilayan oleh suaminya ketika menghidap penyakit misteri pada tahun 2013. 

Beliau dituduh curang oleh suaminya, sedangkan dia terlantar sakit di tilam. Difahamkan, Hanni telah berpisah dengan lelaki itu mendedahkan, dia diseksa dengan kejam sehingga dia terpaksa jua berusaha untuk bangkit pulih dari penyakitnya. 

 "DIA PUKUL SAYA, MERTUA SAYA PULA HANYA TENGOK TANPA MENGHALANG''

Kenapa saya jadi orang baik sangat? Sebab saya pernah koma 4 hari. Masuk darah 3 kampit baru saya sedar balik. Saya tidur dengan mimpi indah. Bila saya terjaga, saya tak boleh cabut oksigen. Badan saya rasa sangat panas dan gatal-gatal, rasa sesak nafas sehingga air-cond dan kipas dihala ke badan saya. Badan dilap dengan kain basah, dibedakkan dan diserkup oksigen barulah saya tenang dan tidur. 

Saya tidur bangun dalam ICU hampir dua minggu. Apa punca saya koma sampai ke hari ini pun tak tahu. Selepas saya bangkit pulih ke wad biasa. Saya mempunyai simptom yang sama, sesak nafas dan rasa panas berbahang macam dalam oven. 

Tengah hari check out dari hospital. Maghrib check in hospital semula. 

Paha saya membesar macam nak meletup. Kulit paha tak boleh bergeser dengan kain batik apatah lagi seluar. Sampai hospital, tiada suntikan. Lama menunggu di ruang kecemasan. Paha pula berkilat macam nak meletup. 

Malam itu rasa panas macam duduk dalam oven. Doktor datang bagi hot pack diletakkan atas kepala dan kaki digantung tinggi. Dua minggu tak bangun dari katil, kencing baring, nak berak didukung. Doktor tak dapat mengenal pasti saya sakit apa. Saya kerap kencing, kencing saya bercacing. 

Bila paha sudah lembut dan mengecil, saya dibenarkan pulang. Tetapi saya tidak boleh berjalan. Tempat saya di kerusi roda dan tilam. Bila duduk atau baring, saya akan tiba-tiba rasa damai dan sejuk. Saya tak sedar saya tertidur tetapi orang kata saya tak tidur dan saya nak meninggal kerana kerongkong saya berbunyi. 

Puas suami kedua saya tampar-tampar pipi untuk mengejutkan saja. Saya nampak dan sedar tetapi saya lebih suka rasa sejuk dan damai ketika itu. Orang kiri kanan saya sudah ajar saya untuk mengucap. Tetapi saya layan saja rasa sejuk dan tenang itu dan paling tak sangka, sepanjang saya sakit, tiada sesiapa yang memaklumkan kepada ibu saya. 

Sehinggalah satu hari suami mengamuk dan menuduh saya curang, sedangkan saya lumpuh tidak bergerak dari tilam. Di mana dia tinggalkan saya, di situ terbaringnya saya (Masa itu saya tak tahu dia penagih syahbu. Kahwin pun baru masuk 7 bulan masa itu). 

Dia pukul saya tanpa saya boleh lari. Dia pijak perut saya tanpa saya boleh mengelak. Saya menangis dan merayu. Mak dan ayah mertua saya hanya tengok sahaja. Tiada siapa mahu menolong saya. Sesungguhnya hanya Allah satu-satunya tempat saya bergantung. Dalam hati saya tekad, saya mesti bangun, mesti hidup untuk anak-anak. 

Saya tengok satu-satu anak mata dalam rumah itu, tiada sedikit pun belas kasihan pun pada saya. Saya tekad saya perlu bangun untuk anak-anak saya. Saya perlu selesaikan masa depan anak-anak sebelum syarikat saya dirampas, duit disedut sampai habis, anak saya dilempar di tepi jalan. 

Saya mengengsot, saya tarik apa yang ada di depan dan berpaut pada dinding untuk belajar berdiri sendiri. Kuat dan azam hati saya tak sampai lima hari kemudian saya boleh berdiri. Saya berdiri untuk selamatkan masa depan si anak-anak saya yang masih kecil. 

Semenjak dari itu saya tekad berbuat baik dengan semua kerana bagi saya, jika saya mati kena bunuh sekalipun, baik cara halus mahupun cara terang-terangan. Saya tidak minta apa-apa, kasihalan pada anak-anak saya. 

Jika saya jahat seribu juta sekalipun, tolonglah kenang sedikit kebaikan yang ada pada saya untuk orang-orang berikan sedikit ehsan untuk anak-anak saya. Mungkin saya yang jahat, memang patut saya dihukum dengan kesakitan dan kesengsaraan. Tetapi saya tidak meminta hidup sebegini. Saya hanya berikhtiar mencari rezeki untuk besarkan anak-anak. 

Sesungguhnya manusia yang bertindak zalim pada saya dan anak-anak, saya tak akan pernah sedikit pun membuka ruang kemaafan mahupun keampunan. Walaupun saya mampu tersenyum, saya boleh bergurau tetapi hati saya tidak akan pernah redha. Dan selagi saya hidup dan sihat, saya akan berusaha memberi manfaat kepada insan lain. InshaAllah. 

Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.

Tapi zaman dah berubah bro.

Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah. Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.

 7 SIFAT SI GADIS YANG KORANG TAK PATUT LEPASKAN,KALAU BOLEH AJAK KAHWIN TERUS

Antaranya :

1. Minat Menyimpan

Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahlah lah sayang, simpan la duit tu”.

Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.

2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut. Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.

Pakai Kereta Sekadar Berharga Setahun Gaji

3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba. Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda!. Nak nampak ‘class’ kononnya.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone. Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi. Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi. Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi…Ciptalah sweet moment  tu selepas kahwin.

7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban. Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!

Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia. Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya. Tetapi semua benda nak pakai duit. Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.

Kalau rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow Facebook Amir Syahir.

Orang muda Korea Selatan dalam gambar ini tengah menjalankan ‘terapi kematian’ di mana mereka akan ‘merasai kematian’ dengan tidur dalam keranda dan memakai baju mati.

Dikatakan terapi ini dapat menghilangkan stres dan menjernih semula jiwa yang keruh. Macam ada persamaan dengan kaedah zikrul maut (ingat akan mati) dalam Islam.

Walaupun dilihat sebagai negara contoh dalam mencapai kemajuan pada masa singkat, Korea Selatan ialah antara negara yang paling tidak gembira / tidak bahagia (‘happy’) di dunia.

 INILAH SEBABNYA PERATUSAN BUNUH DIRI MENINGKAT DI KOREA SELATAN

Dalam laporan ‘World Happiness Report’ yang diterbitkan oleh United Nations (UN) semalam, Korea Selatan ditempatkan di tangga ke-56, lebih rendah dari Malaysia (no 42). Malaysia menduduki tempat tertinggi di Asia selepas Singapura (26), Thailand (32) dan Taiwan (33).

Jangan memandang remeh pasal ‘happiness’. Dulu orang Amerika mengangkat senjata menentang British pun kerana ingin mempertahankan hak ‘pursuit of happiness’.

Filsuf-filsuf Barat dan Timur termasuk Aristotle dan filsuf-filsuf Islam telah banyak menghabiskan masa untuk menjelaskan makna ‘happiness’ (Eudaimonia dalam Bahasa Yunani atau Saʿādah dalam Bahasa Arab).

Salah satu tanda orang yang tak ‘happy’ ialah hilang minat terhadap hidup. Kadar bunuh diri di Korea Selatan dan Jepun adalah tertinggi di kalangan negara maju. Di Korea Selatan, 30 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun; manakala di Jepun, 19 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun.

Mungkin budaya Asia Timur yang terlalu menitikberatkan soal maruah dan pandangan masyarakat menjadi punca utama masalah bunuh diri yang serius. Namun pada tahun 1995, hanya 10 dari 100,000 orang saja membunuh diri di Korea Selatan. Tentu ada faktor lain yang membawa kepada peningkatan masalah tersebut.

Ekonomi sebenarnya mempengaruhi ‘happiness’. Tak, bukan maksudnya duit adalah punca kebahagiaan. Ekonomi yang boleh membawa ‘happiness’ bukan kekayaan mutlak tetapi kekayaan yang dikongsi dan diagih dengan saksama di kalangan rakyat.

3 negara yang paling ‘happy’ dalam laporan tersebut (Norway, Denmark dan Iceland) adalah negara Scandinavia/Nordic yang mengamalkan ekonomi ‘Nordic model’ yang menekankan kebajikan.

Rakyat menikmati pendidikan dan perubatan percuma dengan syarat rakyat bersedia membayar cukai yang tinggi. Apabila rakyat bebas dari kerisauan tentang keperluan asas, mereka hanya perlu memikirkan soal perkembangan potensi diri atau ‘self-fulfilment’ yang membawa kepuasan hidup. Itulah punca ‘happiness’ mereka.

Rakyat Korea Selatan yang kelihatan hidup mewah sebenarnya hanyalah hamba kepada dunia korporat. Ekonomi Korea Selatan dikuasai sepenuhnya oleh keluarga-keluarga kapitalis besar yang dikenali sebagai ‘Chaebol’.

5 Chaebol terbesar (Samsung, LG, Hyundai, SK, Lotte) sahaja telah mengawal hampir 60% daripada GDP negara. Pada tahun 2007, 30 Chaebol terbesar memiliki 843 syarikat, dan jumlah itu telah meningkat kepada 1,246 pada tahun 2012.

Chaebol diwujudkan oleh kerajaan semasa 1960an-1970an untuk mempercepatkan proses perindustrian Korea Selatan. Dengan memusatkan sumber ekonomi di tangan beberapa kumpulan syarikat, sumber dapat digunakan secara lebih cekap dan mencapai ‘economy of scale’.

Namun, harga mengejar kemajuan dalam masa singkat ialah menggadaikan kebahagiaan rakyat Korea pada kepentingan Chaebol.

Selepas krisis 1997/98, Chaebol menjadi semakin berkuasa, sehingga dapat mempengaruhi proses politik. Ada yang menggelar Korea Selatan sebagai ‘Republic of Samsung’.

Di Malaysia, kalau tak dapat kerja, boleh berniaga lagi. Di Korea Selatan, hampir semua benda telah pun dimonopoli oleh Chaebol. Chaebol ada di mana-mana, jangan harap nak bersaing dengan mereka.

 INILAH SEBABNYA PERATUSAN BUNUH DIRI MENINGKAT DI KOREA SELATAN

Pilihan yang ada cuma belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti terunggul di Korea Selatan iaitu SKY – Seoul National University, Korea University dan Yonsei University.

Kegagalan memasuki universiti membawa kegagalan dalam hidup, kerana harapan untuk berkerja di syarikat-syarikat Chaebol menjadi tipis. Tiada lagi langit (SKY). Ramai membunuh diri kerana itu.

Pekerja muda Korea Selatan perlu buat kerja lebih masa, tetapi dibayar gaji yang rendah. Mereka tidak mempunyai ‘bargaining power‘ kerana persaingan untuk mendapat kerja terlalu sengit.

Tak puas hati dengan kerja yang banyak tapi gaji sedikit? Sila berambus kerana ramai lagi yang nak kerja. Mereka tidak mampu memilik rumah, dan ada yang perlu menahan lapar walaupun kerja pakai suit.

Tekanan hidup yang tinggi telah membawa kepada 2 masalah sosial yang serius: ketagihan arak (‘alcoholism’) dan perangai antisosial. Kebanyakan orang muda Korea Selatan ketagihan arak kerana mabuk adalah cara paling mudah bagi melupakan tekanan hidup.

Sementara itu, semakin ramai orang muda Korea menjadi antisosial atau ‘Sampo Generation’ (삼포세대 – Generasi Buang Tiga). Generasi Buang Tiga ini membuang percintaan, perkahwinan dan beranak daripada rancangan hidup.

Kerana mereka rasa dirinya tidak mampu untuk memiliki semua itu. Mereka ada persamaan dengan ‘Satori Generation’ (Generasi Bebas Nafsu) di Jepun. ‘Bebas nafsu’ itu metafor kepada gaya hidup yang tidak belanja. Tidak belanja bukannya kerana tiada nafsu, tetapi tidak mampu.

Kekecewaan dan kemarahan terhadap keadaan sosioekonomi mereka menyebabkan belia Korea mencipta istilah ‘Hell Joseon’ (헬조선) atau ‘Hell Korea’. Joseon atau Chosun ialah nama klasik bagi Korea. Mereka melihat Korea Selatan sebagai sebuah neraka yang menyeksa. Kalau diberi peluang, mereka akan meninggalkan Korea Selatan.

Semakin tinggi tahap pembangunan, semakin kurang ‘happiness’, itulah paradoks moden Korea Selatan dan Jepun. Di sebalik bangunan mencakar langit dan lampu lip lap menghiasi malam di Gangnam, kekosongan jiwa melanda di pelusuk hati setiap pemuda Korea Selatan. Gaya hidup ‘hipster’ hanyalah ideologi yang menipu diri sendiri tentang hakikat diri sebagai hamba kapitalis.

Inilah harga yang perlu dibayar jika kita hanya mengejar GDP tanpa menimbangkan keadilan sosial.

Kita semua mempunyai impian untuk menjadi kaya raya dan hidup dalam keadaan tenang tanpa memikirkan wang di dalam dompet atau pun akaun bank sama ada cukup atau pun tidak, tetapi bukti ini membuktikan golongan orang kaya elit ini hidup dalam gaya hidup berjimat yang cukup menghairankan kita.

 PERANGAI KEDEKUT BILIONAIR YANG BOLEH DICONTOHI

Berikut adalah tabiat jimat tahap dewa golongan elit ini.

1. Hidup bawah kemampuan sendiri.
Mark Zuckerberg, CEO dan juga pengasas facebook memilih untuk berpakaian ringkas. Contohnya, pakaian selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg ialah sehelai jeans dan tshirt kelabu. Dia juga hanya memandu kereta bernilai £20,000.

(Jumlah kekayaan £30.4bn)

2. Hidup di dalam rumah kecil
Warren Buffet, antara pelabur paling berjaya di dunia. Dia sangat terkenal dengan kesederhanaan. Masih tinggal di rumah yang dibeli 50 tahun dahulu di Omaha, Nebraska yang bernilai £21000 walaupun mempunyai hartanah lain.

(Jumlah kekayaan £41.8bn)

3. Lupakan tentang “class”
Aim Premiji, dikenali sebagai Csar Indian IT Industry. Suka travel dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya tidak menghuni hotel 5 bintang ketika sedang bercuti. Menggunakan pinggan kertas ketika majlis perkahwinan anaknya.

(Jumlah kekayaan £10.1bn)

4. Menjaga pemakanan seharian.
Ingvar Kamprad, selain selalu memarahi orang lain yang tidak menggunakan kedua-dua belah kertas. Selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, ia juga untuk mengelakkan mengambil garam dan lada sachet bila makan.

(Jumlah kekayaan £2.3bn)

5. Mengurangkan jumlah kasut
Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk bualan utama setelah mengesahkan yang dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja sahaja sejak sedekad lalu. Hanya menukar tapak sahaja.

(Jumlah kekayaan £238m)

6. Buat dua kerja, Gaji pertama untuk simpan.
Jay Leno, pelawak, pelakon dan selebriti TV terkenal di Amerika. Semasa zaman muda, dia membuat dua kerja. Bekerja di kedai mejual kereta dan gerai makanan segera. Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi gaji. Sehingga kini dia melakukan dua kerja iaitu sebagai selebriti TV dan stand-up comedy.

(Jumlah kekayaan £238m)

7. Mempunyai senarai barang runcit yang tetap.
T. Boone Pickens, pengerusi BP capital. Hanya membeli barangan keperluan runcit yang terdapat dalam senarainya sahaja. Dia juga meletakkan bajet yang tetap untuk mengelakkan membeli keperluan yang tidak diperlukan.

(Jumlah kekayaan £1bn)

8. Hidup seperti tiada apa-apa.
Elon Musk, pengasas Space X dan juga kereta elektrik, Tesla. Sebelum Musk menjadi seorang jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dollar sehari untuk menilai adakah dia mampu untuk hidup dengan 1 dollar tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya. Ia ternyata berbaloi.

(jumlah kekayaan £8.6bn)

9. Beli apa yang perlu.
Seseorang yang pernah shopping bersama dengan Steve Job pernah menceritakan Job memilih untuk kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini kerana dia merasakan yang dia belum menggunakan baju sejuk sepenuhnya sehingga memerlukan dia beli yang baru

(jumlah kekayaan £4.6bn)

 7 ANCAMAN KESELAMATAN BAKAL TERJADI BILA ANDA CONNECT 'FREE WIFI'

Imej dari Martin Varsavsky

1. Worms

Worms adalah virus komputer yang boleh membuat peranti anda perlahan dan mereka tidak memerlukan program pun untuk disebarkan. Virus atau kuman digital boleh merebak ke komputer anda melalui peranti lain yang disambungkan ke rangkaian yang anda gunakan.

2. Evil Twin

Nama pun dah jahat. Jadi evil twin akan bertindak sebagai pusat akses dengan wifi palsu. Kemudian mereka akan gunakan access point yang dikenali sebagai HostAP. Jadi bila pengguna log in ke bank atau email akaun yang bukan (https sebenar), mereka akan copy details anda.

3. Man in the middle

Penggodam akan menggodam mesej antara dua orang yang sedang berhubung antara satu sama lain. Ini lah bila maklumat sulit didedahkan.

4. Packet analyser 

Juga dikenali sebagai sniffers paket, ini adalah program komputer yang lebih kecil yang memantau trafik pada rangkaian awam. Mereka kebanyakannya bukan berniat jahat. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengambil kesempatan dan memintas data melalui mereka.

5. Hotspot

Selalunya kita akan buka hotspot untuk kawan-kawan guna dan sebagainya. Sebenarnya walaupun selamat tapi ini juga boleh terdedah terutama sekali bila password kita mudah diteka atau lemah.

6. Fake network

Penggodam akan menubuhkan rangkaian palsu dengan nama-nama yang membuatkan orang nak klik seperti ‘rangkaian bebas’, ‘tiada kata laluan’, untuk menarik pengguna untuk menyertainya. Apabila pengguna menyambung, penggodam memintas mesej dan hack peranti.

7. Endpoint attack 

Di dalam rangkaian Wi-Fi, ada pengguna dan pembekal. Jadi kedua-duanya adalah titik akhir rangkaian. Walau bagaimanapun, serangan itu boleh datang melalui sambungan itu sendiri, tetapi titik hujung sambungan juga terdedah kepada serangan.

Sumber: indiatimes

Buat mereka yang selalu ‘travel’ sudah pasti biasa menaiki kapal terbang, dan bila dalam perjalanan jauh, pastinya akan duduk di bahagian tingakp untuk melihat permandangan di bawah.

Namun begitu, bila perjalanan yang panjang, kita mesti akan dihidangkan dengan makanan, serta ada masanya perlu menggunakan tandas untuk membuang air.

Jika sekali-sekali tidak mengapa, tapi, bagaimana pula buat mereka yang mudah, atau kerap untuk membuang air, pastinya akan mengganggu penumpang lain kerana perlu melalui dihadapan mereka.

 CARA MENGATASI MASALAH KERAP BUANG AIR SEMASA DALAM KAPAL TERBANG

Mungkin dengan perkongsian dari laman Nota Perempuan Backpacker ini, anda boleh membuat pilihan tempat duduk yang sesuai, juga mengatur masa untuk ke tandas bila mana perjalanan panjang menaiki kapal terbang.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

 CARA MENGATASI MASALAH KERAP BUANG AIR SEMASA DALAM KAPAL TERBANG

Tip selesa perut lagi menyelesakan orang lain apabila naik kapal terbang

Seat tepi laluan

Kau kaki kencing? Err... maksud aku... memang tubuh jenis mudah berkumuh? Ambil tempat duduk aisle (sebut: aiyl) iaitu seat tepi laluan. Jangan ambil window seat mahupun seat tengah. Terutama jika penerbangan lebih 3 jam.

Kalau kau jenis cepat sakit belakang duduk lama-lama pun sama. Ataupun jenis hobi kejap-kejap ambil / simpan beg di ruang penyimpanan di atas. Pandai-pilih pilih aisle seat supaya senang bangun duduk bangun duduk. Kalau perlu beli, beli. Jangan kedekut tengkuk dalam sampai menyusahkan orang lain.

 CARA MENGATASI MASALAH KERAP BUANG AIR SEMASA DALAM KAPAL TERBANG

Bila waktu patut pergi toilet?

(1) Di balai perlepasan, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk pesawat (boarding time).

(2) Sebaik isyarat pakai seat belt dipadamkan selepas take off. Yakni sebelum flight attendants (FA) mula menggerakkan troli makanan.

(3) 1 jam sebelum landing time. Pilot akan buat pengumuman untuk persediaan landing dalam 30 minit sebelum. Selepas pengumuman tu dibuat, kita dah kena pakai seatbelt dan tak boleh ke toilet lagi.

(4) Selepas keluar dari pesawat. Di airport banyak toilet. Buanglah puas-puas.

Perhatikan penumpang seat sebelah

Kalaulah kau duduk juga di window / middle seat, dan tak tertahan nak ke toilet, perhatikan orang yang duduk di aisle seat tengah buat apa. Kau nampak dia sedang makan ataupun FA sedang sibuk bahagikan makanan, jangan masa tu juga kau sibuk nak keluar. 

Kau bayangkan kalau kau tengah makan, time itulah orang sebelah minta nak lalu... dah kau kena lipat meja. Makanan atas meja yang kau tengah suap tu macam mana? Sebab tu perlunya kita plan bila nak ke toilet. Kalau tak rasa pun, paksa keluarkan juga demi keselesaan sejagat.

Jaga pemakanan

Elakkan makan pisang / minum susu berlaktosa / kopi ataupun apa-apa yang menjana pembuangan aktif sebelum naik flight.

Mohon maaf

Kalau terpaksa juga, pandai-pandai minta maaf pada orang yang duduk di aisle seat. Bukannya buat muka seolah orang tu menyusahkan kau yang banyak bahan buangan, padahal kau yang sangat menyusahkan dia.

Kesimpulannya, kita manusia ada akal. Guna common sense.

Jangan jadi macam ayam. Time kereta lalu, time tu lah menggelabah nak melintas.

Kita merasakan tindakan yang dibuat adalah biasa, dan fikir orang lain tidak kisah, namun mungkin mereka tidak selesa apabila kita kerap melalui depan mereka, jadilah penumpang yang bertoleransi sesama orang lain

Perkongsian ini di ambil dari fb Fahmi Hamid .  Menurut En.Farid anda boleh mendaftar haji dengan hanya memgunakan akaun kwsp. Namun ada syarat yang perlu diketahui sebelum mendaftar.

"Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp"

Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.

 ANDA BOLEH DAFTAR HAJI DENGAN MENGUNAKAN AKAUN KWSP

Syarat syarat :
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi rm1300

Cara cara :
1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?

Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.

Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangaaaat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat2 daftar.

Jangan tertipu kalau beli sesuatu barang. Korang kena jadi pengguna yang bijak tau. Kadang-kadang peniaga ni nak ambil untung banyak mereka akan guna cara yang tak jujur. Jadi, sebelum atau selepas beli, pastikan korang tak tertipu dengan barang yang dibeli okay.

Cara Kenal Pasti Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Dan Bukan Kitar Semula

Sebagai contoh, minyak masak. Ada petua yang korang boleh tahu untuk memastikan minyak masak yang korang beli tu asli dan bukan minyak masak yang sudah dikitar semula. Lihat petua dekat bawah :

1) Korang letak minyak masak dalam peti sejuk selama 2 jam. Sebab? Untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan dan untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada , minyak tersebut adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.

2) Cara kedua, masukkan bawang putih dalam minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud minyak yang korang guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya. Bawang putih tidak akan ebrubah jadi warna merah sekiranya minyak yang kita guna berkualiti baik.

Haa korang boleh cuba petua ni okay? Jangan tertipu tau !

Mufti Sabah tampil kembali memberi peringatan kepada umat Islam khususnya, bahawa aktiviti tarian dan senamrobik yang diiringi muzik rancak atau lebih dikenali sebagai senaman zumba adalah haram.

Mufti Keluar Fatwa, Senaman Zumba Adalah Haram

Peringatan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersurat khas yang dikeluarkan bertarikh 19 Julai lalu.

Tindakan surat peringatan itu dibuat berikutan senaman zumba kini semakin popular dan disertai umat Islam khususnya di Sabah.

Senaman Zumba Adalah Haram Di Sisi Agama Islam - Mufti

Dalam surat pekeliling itu, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menggesa umat Islam menjauhi senaman tersebut kerana terdapatnya unsur-unsur yang bertentangan syariat dan akhlak Islam.

“Antaranya seperti percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, pakaian menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan,” katanya.

Pada April 2014, Mufti Sabah pernah mengeluarkan fatwa rasmi bahawa senaman zumba itu adalah haram.

Sumber : Amazingnara

Seperti diketahui umum, golongan tangan kidal adalah golongan terpilih yang selalu dihujani pelbagai persoalan oleh golongan yang majoriti dominan menggunakan tangan kanan.

Dari sudut lain pemikiran, Pernahkah anda terfikir kenapa orang kidal lagi bijak, lebih tinggi, lebih kaya, lebih kacak, lebik hensem/cantik dari golongan tangan kanan?

Menerusi Aliffchanel.com, kami kongsikan serba sedikit fakta mengenai golongan tangan kidal ini:

Fakta Kenapa Orang Kidal Lebih Cerdik Dari Orang Tangan Kanan

Fakta Sains

28 Fakta Kenapa Orang Kidal Lebih Bijak Dari Orang Tangan Kanan1

1. Menurut statistik, 10% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Lebih cenderung mempunyai alahan

3. Mudah mendapat migrain

4. Lebih cenderung menjadi penderita insomnia

5. Menggunakan lebih bahagian otak kanan

6. Lebih cenderung menjadi bijak melampau

7. Cenderung untuk mencapai usia baligh 4 hingga 5 bulan lewat daripada tangan kanan

8. Lebih berkemungkinan mengalami gagap dan disleksia

9. Pada kebiasaannya, lelaki dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita

10. Berfikir lebih baik dan dalam persepsi 3D. Lebih baik dalam multi-tasking

11. Rata-rata hidup 9 tahun kurang daripada orang tangan kanan

Fakta Trivia

12. Orang kidal berkemungkinan lebih besar untuk menjadi seorang genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

13. Lelaki kidal kebiasaannya 26% lebih kaya dari lelaki bukan kidal.

14. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

15. Berkemungkinan 50% keturunan anda juga akan menjadi kidal jika kedua-dua ibu bapa anda kidal. Sebaliknya, jika ibubapa anda bukan kidal, berkemungkinan anak-anak anda untuk kidal adalah 2% sahaja.

16. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung untuk kidal.

17. Orang kidal lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

18. Orang kidal mampu untuk merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam pelbagai bidang.

19. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir sebagai kidal.

20. 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.

21. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.

22. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang dengan tangan kanan.

23. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

24. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

25. Jumlah orang kidal pesat meningkat semenjak tahun 1910 (BBC)

26. Mampu melaraskan penglihatan di dalam air lebih cepat

27. Sembuh dari penyakit strok lebih cepat

28. Cenderung mendengar bunyi yang berubah lebih cepat berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan, (Kajian Georgetown University Medical Center)

Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu.

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja?

Ini Yang Terjadi Sekiranya Anda Tertelan Gula-Gula Getah

Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan.

Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat.

Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah.

Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa. - Sajakongsi.com
Powered by Blogger.