.

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah | Golongan anti vaksin sememangnya kalau boleh mengelak untuk diberikan suntikan vaksin. Termasuklah suntikan vaksin untuk jemaah haji atau umrah.

Seorang pengguna laman sosial (Anti Vaksin) bertindak memalsukan dokumen pengecualian dari dikenakan vaksin untuk ke Tanah Suci. Dia dikatakan menggunakan khidmat dua doktor berbayar untuk membuat pengecualian.

Ikuti kisahnya.

Apabila Orang Anti Vaksin Menipu Untuk ke Tanah Suci

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Golongan Anti Vaksin Sanggup Menipu Untuk ke Mekah

Edisi BILA ANTIVAXX NAK PERGI MEKAH

Kerajaan Arab Saudi mensyaratkan setiap jemaah haji dan umrah yang ingin memasuki negara mereka, diwajibkan untuk menerima vaksin meningitis terlebih dahulu.

Peraturan ini ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sendiri serta tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia atau kementerian kesihatan Malaysia. Namun kita memberi kerjasama kepada kerajaan Arab Saudi untuk mempermudahkan urusan para jemaah haji dan umrah untuk berkunjung ke sana.

Justeru bagi sesiapa yang ingin ke Arab Saudi, mereka wajib disahkan terlebih dahulu oleh seorang pegawai perubatan bahawa mereka telah divaksin meningitis..barulah visa mereka akan diluluskan.

Bagi ibu-ibu antivaksin, pastilah mereka menggelupur dengan syarat ini. Maklumlah selama ini mereka berhujah dengan hujah agama, mengatakan vaksin ini najis lah, haram lah, menyalahi sunnah lah, breastfeeding saja dah cukup, makan kurma saja dah cukup. Bukan PW kata, tapi mereka antivaksin yang dakwa sedemikian.

Tengok-tengok, kerajaan Arab Saudi sendiri mewajibkan vaksin! Takkanlah kerajaan Arab Saudi tak tahu pasal hukum hakam agama. Takkanlah tak ada seorang pun ulama di Arab Saudi yang bangkit membantah peraturan ini. Takkanlah Allah membiarkan umatnya yang telah "dicemari najis vaksin" untuk menyahut seruanNya.

Tapi mahu tidak mahu, mereka tetap perlu akur dengan syarat ini, kerana syarat ini ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Maka tidak ada cara lain lagi untuk mendapatkan visa, melainkan mereka terpaksa mengupah/mencari seorang doktor yang SANGGUP MENIPU dan MEMALSUKAN DOKUMEN pengesahan vaksin bagi pihak mereka!

Kalian boleh lihat dalam perbualan di atas, bagaimana seorang ibu antivaksin cemas kerana permohonan visa anaknya untuk ikut mengerjakan umrah masih tertangguh.

Ia disusuli dengan komen dari rakan antivaksin yang MENGAJAR UNTUK MENIPU, dengan mencadangkan tempat-tempat klinik/doktor yang sanggup memalsukan dokumen pengesahan vaksin haji.

MENIPU NAIK HAJI

Kami di PW bukanlah ustaz, tetapi tak perlu untuk kami ingatkan betapa pentingnya mendapat keberkatan dalam mengerjakan sesuatu ibadah.

Apatah lagi untuk menghadap Allah di Baitullah, rumahNya sendiri.

Mak ayah datuk nenek kita dahulu mengajar, bahawa orang yang nak naik haji ada yang membuat kenduri doa selamat. Ada yang diminta menyelesaikan hutang-hutang, bermaafan sesama keluarga, meninggalkan nafkah yang cukup kepada waris.

Hikmahnya adalah supaya bakal haji atau jemaah umrah, pergi menghadap Ilahi di Baitullah dengan hati dan jiwa yang bersih, kosong-kosong, untuk diisi dengan keberkatan di Tanah Suci.

Adakah keberkatan itu boleh diperolehi, apabila seseorang memulakan ibadah dengan sebuah PENIPUAN?

Menipu itu adalah satu dosa, bahkan hadis menyebut hanya tiga jenis penipuan sahaja yang dibenarkan dalam Islam iaitu menipu dalam perang, menipu untuk mendamaikan dua pihak, atau menipu untuk menyelamatkan rumahtangga.

Hatta untuk beribadah pun, Islam tidak menghalalkan perbuatan penipuan.

Jadi kepada ibu-ibu yang baru berfikir-fikir hendak menolak vaksin, fikirlah baik-baik. Jangan sampai anda dihantui rasa berdosa sepanjang hayat, bukan kerana tidak memvaksin anak, tetapi kerana menipu atas nama Tuhan Yang Maha Esa.

DOKTOR PUN PENIPU JUGA

Doktor, adalah antara pekerjaan yang cukup berkuasa. Sehingga ada orang menggelar profesyen kedoktoran ini sebagai "pembunuh berlesen".

Atas kuasa yang besar inilah, datangnya tanggungjawab yang besar. Antara tanggungjawab itu termasuklah bersikap amanah dan jujur dalam bertugas. Ia juga termasuk dalam etika kedoktoran.

Contoh yang paling mudah, seperti sijil MC. Sehinggakan ada mufti/ulama yang mengatakan, doktor yang memalsukan sijil cuti sakit turut sama berdosa dan bersubahat.

Memalsukan dokumen, mempunyai kesan yang sangat besar. Dokumen yang dipalsukan, sekiranya dokumen rasmi, boleh dibawa ke mahkamah dan menjejaskan perbicaraan. Yang bersalah boleh terlepas, yang tak berdosa boleh tersilap hukum.

Tidak syak lagi, sekiranya benar seperti yang diceritakan dalam skrinshot ini, maka dua orang doktor ini telah pecah amanah dan tidak beretika kerana mengeluarkan surat pengesahan vaksin yang palsu.

Ironinya, salah seorang doktor yang dimaksudkan, adalah pengasas kepada laman group "Kami Tuntut Amalan PerXXXX Beretika" yang sering menjadi sarang kumpulan antivaksin.

Alangkah hipokritnya, tatkala beliau menyeru amalan perubatan beretika, tetapi beliau sendiri tidak beretika dan sanggup memalsukan sebuah dokumen rasmi?

Kami difahamkan laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa. Kedua-dua pengamal perubatan tersebut sudah mendapat perhatian Unit Etika dan Disiplin Majlis Perubatan Malaysia. Laporan juga sudah dibuat kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan itu sahaja, laporan juga turut dibuat kepada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, dengan tujuan untuk menapis semua visa yang didapati menggunakan surat pengesahan vaksin dari dua pengamal perubatan ini, jika benar ada pemalsuan.

Akhir kata..fikirlah elok-elok demi masa depan anda dan anak anda. Ketegasan kerajaan Arab Saudi dalam bab ini menggambarkan kepentingan vaksin itu sendiri..sampaikan hendak beribadah pun diwajibkan mendapat vaksin terlebih dahulu.

Tapi tentulah, bagi pihak antivaksin, mereka akan menuduh kerajaan Arab Saudi ini korup..boneka WHO..ada "konspirasi" dan entah pelbagai merapu lagi.

Do us a favour please? Tak payahlah korang naik haji..baik bagi kuota korang tu kat orang lain yang follow the rules, memvaksin, at least takde la lama sangat kitorang menunggu giliran nak naik haji.

Orang Arab, balik Arab, berjubah labuh. 

Antivax nak pergi Arab pun kena jadi penipu dan pembohong.

Beretika my foot!

Tulisan: Pseudoscience Watch

Post a Comment

Powered by Blogger.