PETALING JAYA - Model botol air mineral stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, 25, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan lelaki yang 'mencabul' gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar. 

Nor Shafila tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehingga mencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami. 

"Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung atau memeluk poster itu ketika bergambar. Namun ada beebrapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan. 

"Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau. 

"Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya kepada mStar Online. 

Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar. 

"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya berharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini. 

"Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka. 

"Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya. 

MELAKA - Seorang bayi perempuan tertelan sebentuk cincin emas, mencetuskan rasa panik ibu bapanya dalam kejadian malam semalam. 

Bayi, Nur Dahlia Aleesa, dilaporkan tertelan cincin yang dipakaikan di jarinya ketika menghisap jari selepas terbangun dari tidur dalam buaian. 


Ibu mangsa, Siti Shuada, berkata, cincin itu dipakaikan pada jari anaknya yang sebelum itu sedang tidur dalam buaian sebagai persiapan nak pergi beraya. 

"Dia bangun, kakak dia tolong buaikan. Sekali dia batuk seperti tercekik, lalu saya tanya dengan kakaknya kenapa dengan adik. Saya pun berlari angkat Aleesa dari buaian.

"Ingatkan kakak dia bagi makan biskut atau keropok. Bila korek mulut, tak ada. Bila picit perutnya pun tak ada. Kakak dia kata Aleesa hisap jari tadi kemudian makan cincin. 

"Saya tak percaya tetapi si kakak tegaskan yang dia cakap perkara yang betul. Saya mencari cincin itu di merata tempat tetapi tak jumpa. Tengok Aleesa menangis saja tetapi selepas itu dia kembali aktif seperti biasa," katanya. 

Tidak sedap hati dengan apa yang berlaku dan yakin bahawa bayinya menelan cincin tersebut, Siti Shuada kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum membawa anak mereka itu ke hospital. 

"Saya pergi ke hospital, doktor kata ada tiga tempat nak x-ray. Dia bagi tempat pertama dulu, kalau pertama tiada apa-apa, barulah x-ray ke tempat lain. Sekali keputusan x-ray keluar memang jelas kelihatan ada sebentuk cincin permata dalam perut Aleesa. Hati saya terkejut dan sedih sangat. Peluk Aleesa tak henti-henti. 

"Selepas mendapat keputusan itu, bawa Aleesa jumpa doktor dan kami dimaklumkan bahawa cincin itu tajam dan berkmeungkin boleh melukan usus Aleesa dan beberapa tempat-tempat yang lain," katanya. 

Doktor memaklumkan mangsa perlu ditahan wad dan berkemungkinan akan dibedah kerana bimbang cincin tersebut tidak dapat keluar dari saluran najis. Namun doktor akan cuba beberapa cara yang lain terlebih dahulu. 


Bagaimanapun, jam 8.13 pagi tadi, cincin tersebut telah berjaya dikeluarkan melalui saluran najis mangsa tanpa perlu menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah pagi ini selepas makan cekodok pisang yang dibeli dari orang datang jual-jual itu, Aleesa pun membuang dengan banyak sampai bocor. Bila buka saja pampers, ternampak cincin tersebut. 

"Ya Allah, sedih dan terharu. Syukur semuanya selamat. Cuma najisnya ada kelihatan merah-merah sedikit dan itu mungkin kesan luka-luka di dalamnya. 

"Alhamdulillah tak sampai sehari. Pengajaran buat diri saya dan semua juga," katanya. 

Ibu bapa diingatkan agar tidak memakaikan sebarang barang kemas pada anak mahupun rantai sekalipun bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. 

KUALA LUMPUR - Viral gambar-gambar pasangan berposing angkat mengangkat bersempena raya di media sosial semalam mengundang kecaman netizen. 

Menurut netizen, gambar-gambar seumpama itu agak kurang sopan untuk dipaparkan pada khalayak umum dan pasangan yang terlibat sepatutnya berasa malu dan menyembunyikan apa yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang awam. 


Bagi Eman Panji, gambar-gambar itu kelak antaranya:
Akan menimbulkan fitnah
Berasa riak
Mempamerkan kecantikan isteri
Menaikkan syawat orang yang melihat
Untuk mendapat pujian yang batil
Menjadi ikutan remaja
Bentuk  badan (aurat) isteri terserlah semasa beraksi, berbonjol-bonjol
Komen-komen negatif dari netizen

Difahamkan, cabaran untuk beraksi dengan gambar posing raya 'rare' itu dimulakan oleh seorang individu yang dikatakan mahu menawarkan hadiah bagi pasangan yang berjaya mendapat like terbanyak.
"Ini mereka yang menyahut cabaran semalam. Yang lain mana? Tak kan dengan laki atau bini sendiri malu nak amek gambar macam ni?" tulis individu berkenaan yang postnya itu kini dikongsi 2,897 pengguna Facebook. 

Sementara itu, netizen berpandangan tindakan individu berkenaan mendorong pasangan suami isteri merakam gambar aksi angkat mengangkat itu keterlaluan sehingga sanggup membiarkan aurat isteri sendiri ditayangkan kepada umum. 

"Eloklah tu, sebulan mencari pahala, masuk hari raya habiskan kejap je," kata Fazrul Akmal. 

"Baiknya hati diorang belanja kawan-kawan 'buah' isteri masing-masing," kata Mat Lap Lip. 

"Tengok setiap gambar, tengah dok skrol terbaca komen-komen lucah. Tahu pula pemilik gambar marah bila ada orang cakap lucah tentang tubuh badan isteri dan fizikal dia. Kalau itu pun dah ada dalam fikiran mereka untuk berlucah-lucah, bayangkan apa lagi yang mereka imaginasikan?" kata Farahnurain Manap. 

"Ish.. ish.. Nauzubillah himinazalik. Aku tengok seorang suami sedang membawa bara api neraka. Ya Allah, pedihnya," kata Rescue Vertical. 

Meskipun sudah ada yang menegur individu berkenaan, namun sehingga kini teguran itu tidak diendahkan. Malah ada netizen yang lain meminta tempoh cabaran itu dilanjutkan agar mereka dapat menyertainya.


Dari Info Ibu Hamil

Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran. 

Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja. 

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa,  ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada. 

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama. 

"Puan ada ambil pil atau jamu?" soal doktor pakar. 

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu. 
"Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor," jelas doktor pakar. 

Si ibu terkejut. 

"Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume," katanya. 

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya. 

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk. 

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita? 

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang. 

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada sellersebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit,  bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri.

Terlelap lepas Isyak, tersedar balik dalam pukul 2.30 pagi. Cari suami tengok kiri kanan, tak ada. Dengar bunyi berketuntang di dapur. 

"Sah-sah laki aku tengah masak," monologku.


Teringat masa sebelum nikah, saya beritahu suami. "Abang, saya ni tak rajin masak, tak rajin membasuh kain, lipat baju, mengemas rumah segala bagai. Bangun tidur pun boleh lajak tengahari," jujur saya beritahu dia.

Dia senyum, "Abang nikah dengan sayang sebab nak buat isteri, bukan nak buat orang gaji," katanya.

Sentap kejap saya. Saya tunduk diam, senyum. Kes saya mungkin sedikit 'special'. Bernikah dengan seorang duda yang ber'tattoo' yang tidak arif perihal agama dan memiliki seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya.

Dia pernah bernikah dan pernah gagal dalam institusi perkahwinan. Saya lihat sendiri bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan terdahulu dan bagaimana dia menjadikan kesilapannya dulu sebagai pengajaran dan pedoman dalam hubungan kami.

Seperti hari-hari biasa, manusia memandang kami dengan pandangan yang 'kejam'. Saya tidak pernah marah pada 'tattoo'nya walaupun di awal perkenalan kami dahulu saya kurang senang dengan 'tattoo'nya. Astaghfirullah... itulah kelemahan saya dahulu. Juga seperti masyarakat lain yang memandang dia dengan pandangan yang 'senget'.

Pandangan masyarakat juga pada kami seolah-olah kami tidak layak bersama memandangkan dia dan 'tattoo'nya sedangkan saya berjubah dan berniqab. Ini perkara biasa yang kami lalui sepanjang kehidupan kami bergelar suami isteri.

Bayangkanlah kami pernah terserempak dengan dengan sekumpulan wanita yang berjubah, berpurdah dan berniqab sekalipun, mereka akan mencuit lengan sesama mereka, memandang kami sambil menjeling dan berbisik-bisik lalu pergi dengan langkah yang laju.

Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber'tattoo'.

Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang 'pahit untuk ditelan' sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul.

Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan 'tough'. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.

Bila ditanya kenapa suami masih ber'singlet'? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama. Jalan penghijrahan tidak perlu drastik.

Saya banyak mengambil contoh diri saya sendiri dalam landasan perjalanan menuju jalan Allah SWT. Ada orang Allah bagi perjalanan hijrahnya cepat, ada orang rezeki perjalanan hijrahnya makan masa. Setiap orang rezeki taufik hidayahnya tidak sama.

Manusia memang akan cepat menilai dan nampak keburukan, kelemahan dan keaiban manusia lain. Bagi saya, untuk permulaan perjalanan hijrah yang makan masa ini, suami dah tanggalkan subang yang dipakainya pun saya dah sangat bersyukur. Orang lain takkan faham apa yang dirasa oleh isterinya. Saya terima suami seadanya walaupun saya tahu jalan penghijrahan itu makan masa yang amat panjang

Saya ingat lagi, saya pernah ajukan satu soalan kepada suami memandangkan saya tahu bekas isterinya seorang yang free hair tidak bertudung.

"Abang suka saya pakai tudung?" agak mengarut soalan saya ketika itu.

"Ehh sukalah!" jawabnya membuatkan saya ketawa.

"Abang suka saya pakai niqab?"saya tanya.

"Suka sangat, sayang... Pakailah. Biar abang seorang je yang tengok sayang. Tak nak bagi orang lain tengok!" jawabnya.

Demi Allah saya happy giller dengar jawapan itu, jawapan dari suami sendiri. Sebab saya sedar, ramai kawan-kawan saya yang dahulunya berpurdah dan berniqab namun selepas bergelar isteri, purdah atau niqab tiada lagi menutupi wajah mereka.

Tak apalah, tak kisah pasal itu. Muka bukan aurat cuma bagi saya, bila dianugerahi Allah SWT seorang suami yang masyarakat pandang 'jahat' dengan tattoo yang penuh di tangan, dada, jari, belakang dan kaki, tiada siapa pun yang menjangkakan lelaki ini walaupun tidak pandai tentang selok-belok agama namun dia seorang yang sangat tegas menjaga SOLAT dan AURAT isterinya.

Ya Allah, belum lagi masuk kisah solat, di mana suami yang ber'tattoo' ini kalau dah masuk waktu solat, jika dilihatnya isterinya masih ralit dengan smartphone di tangan, cukup sekadar suami berdehem., cepat-cepat si isteri berlari mengambil wudhuk!

Begitu juga di kala orang lain memilih pakaian pelbagai fesyen untuk Hari Raya, suami pula lebih gemar saya memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

"Baju kurung pun tak boleh? Tutup aurat juga," soal saya.

Lama suami terdiam. Mungkin terkedu dengan soalan isteri. Lantas dia memeluk bahu isterinya sambil berkata, "Abang suka sayang pakai jubah lagi."

Saya pun ketawa. Hahaha!

Bila ditanya kenapa saya yang berjubah, berpurdah, berniqab ini tidak memilih lelaki yang pandai agama, bukan dari golongan ustaz atau yang bersongkok, berkopiah, berjubah? Saya senyum, biarlah ia menjadi simpanan rahsia yang paling dalam. Tidak mahu membuka aib mana-mana institusi keagamaan. Biar saya simpan pendam segala trauma yang paling dahsyat yang pernah menghantui sepanjang hidup.

Biarlah saya membuka lembaran baru dalam hidup bersama seorang suami yang dipandang 'kaca' yang tidak bernilai oleh masyarakat namun dia adalah 'berlian' paling menyerlah dalam qalbu.

Dear husband,

No matter what apa orang nak cakap, ini isterimu yang sentiasa ada disisi dengan izin Allah SWT. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi dah sebab semua pakaian, boots, cadar, dia yang basuh cuci. Dia yang masak, dia yang mengemas rumah, dialah yang bertukang kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki rosak di rumah. Dialah tempat mengadu, dialah peneman, dialah tempat bermanja, dialah kawan kaki gaduh kahkah!

Sampai satu masa, saya pernah tanya suami, "Kalau perkahwinan kita ini Allah uji dengan tiada anak?"

Suami akan peluk erat, "Abang tak kisah pun semua tu. Ada ke tak ada ke. Itu semua kerja Allah. Macam pernikahan kita inilah. Abang sendiri tak jangka boleh bernikah dengan sayang yang bertutup-tutup macam ini.

"Banyak benda yang kita tak tahu tapi Allah SWT dah persiapkan untuk kita sebab yang memberi rezeki semuanya adalah Allah SWT. Kenapa perlu ada persoalan dengan kerja Allah?" jawab suami.

Allah... sentap!

Fabi ayyi ala'i rabbikuma tukazziban. Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah. #BukanYakuza

Sumber: Sha Ramson Abdullah

Menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama, bukannya hanya terletak pada bahu isteri sahaja. Tidak kiralah anak-anak itu sudah bersekolah, sebagai bapa masih perlu membantu isteri menjaga dan mendidik anak menjadi manusia yang berguna. 

Namun, hari ini ramai lelaki yang bergelar suami dan bapa hanya membiarkan isteri bersendirian menguruskan anak. Alasannya? Mereka bekerja mencari nafkah dan bila pulang ke rumah, kepenatan. Jauh di sudut hati isteri, pasti timbul rasa sedih mengapa suami tidak memahami pengorbanannya sedangkan anak-anak itu adalah tanggungjawab bersama. 


Semoga perkongsian dari Intan Dzulkefli ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami dan bapa. 

PAGI itu kami sebenarnya sudah terlambat untuk check up Insyirah 4 bulan. Di klinik, orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa dan bakal bapa menunggu di luar. 

Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki yang berbicara agak kuat. 

"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu saja dah cecah RM300 sebulan. Itu belum lagi pampers, snacks apa lagi semua," kata lelaki A. 

"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa, tolak jer kat bini aku, settle. Malam-malam aku pun cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa yang kena buat susu anak. Selamat," balas lelaki B yang berdiri di depan lelaki A tadi dengan raut wajahnya yang sungguh bangga. 

Sambil mendukung Insyirah marah, tak dapat menahan rasa sedih di hati ini bila mendengar pengakuan lelaki itu sendiri yang sudah bergelar suami. 

Saya cuma berharap lelaki B itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah menyusukan semua anak-anaknya sehingga dia dapat cut cost hidup. Tak perlu susah-susah nak bancuh susu dan dodoikan anak mengamuk tidur. Dia cukup tidur dan rehat di malam hari kerana hanya isterinya yang perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak mereka. 

Allah. 

Selalu sangat orang yang tak faham menganggap breastfeeding ini senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut bayi, settle! Padahal the struggle is real. 

Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu. 

"Seorang suami yang soleh, dia akan minta ihsan kepada isterinya. Bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa. 

"Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini, kiranya susu formulalah." 

Ramai suami yang memahami dan menyokong penyusuan anak-anak, Alhamdulillah. Namun, masih ramai yang juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini dan meletakkan sepenuhnya urusan dan tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah. 

Tidak tahulah tetapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki dan diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin dan menyusu. Berhenti segala gurauan yang tidak sepatutnya tentang seks dan entah apa-apa yang membuatkan audiens meluat. 

Memang perlu ingat mengingatkan bakal suami dan bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ini. Untuk mengelakkan lebih ramai suami yang ignorant dan selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Wallahu a'lam. 

Sumber: Intan Dzulkefli

Follower: Gaji saya RM2300, layak ke saya beli rumah?

Banyak juga saya dapat mesej daripada follower tanya, “Gaji saya sekian sekian, layak ke saya beli rumah? Berapa harga rumah yang boleh saya beli?”

Biasanya saya tak suka nak suap saja. Saya nak pembaca faham juga. Saya suruh belajar kira. Jadi, pembaca akan sentiasa faham walaupun situasi berbeza.

Jika saya berikan ikan, kalian akan kenyang sekejap tetapi jika saya berikan joran, kalian akan kenyang selamanya.

Ini asyik tanya, “Gaji saya RM2000. Berapa rumah saya layak beli?” Kalau gaji kau naik RM2300 nanti, datang tanya lagi.

Tetapi, itulah manusia. Cari ilmu serupa cari nasi. Bila lapar baru nak cari makan.


Sebelum memohon pembiayaan perumahan, baik kira dulu kelayakan pembiayaan perumahan ya. Ingat, fikir dulu sebelum buat hutang jahat. Ia akan bagi kesan untuk buat pembiayaan perumahan nanti.

Jom belajar kira kelayakan pembiayaan perumahan.

Lima langkah mudah kiraan kasar kelayakan beli rumah.

Contohnya jika gaji kasar: RM2300.

1. Kira Gaji Bersih

Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)
Contoh: RM2300 – RM200 = RM2100

DSR MENGIKUT BANK.

2. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih

Jika anda bergaji bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%.

Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%.

60% X RM2100 = RM1260

3. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS)

Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.

Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350

RM1260 – RM350 = RM910

4. Tolak NDI (Net Disposable Income)

NDI MENGIKUT BANK.

Untuk kos sara hidup. Ada bank guna. Ada tak.

Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung pada tempat tinggal, taraf perkahwinan.

Katakan ambil contoh NDI: RM500

RM910 – RM500 = RM410

5. Guna Rule of 200

Ansuran bulanan X 200 = harga rumah
RM410 X 200 = RM82K

Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM410 sebulan, harga rumah maksimum tidak boleh melebihi RM82K.

Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM82,000 saja.

GAMBARAJAH PENUH PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN.

Kaveat
Analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja.

Ini adalah kiraan kasar sahaja. Anda boleh walk-in ke bank berdekatan untuk tahu berapa sebenarnya kelayakan rumah yang boleh dibeli dengan gaji anda. Bawa penyata gaji sekali.

Jika bergaji rendah tetapi mempunyai banyak komitmen, kau perlu ada simpanan. Simpan di TH ataupun ASB yang boleh dijadikan sebagai dokumen pendapatan sokongan.

Kalau malas sangat boleh isi dalam link ini: Loanstreet

Jangan pelik jika kawan kau yang bergaji rendah boleh lulus pembiayaan perumahan. Kau yang bergaji RM4000, bank pun tolak permohonan pembiayaan perumahan kau.

Zaman sekarang sudah jadi kebiasaan isteri bekerja bagi membantu suami. Malah ada juga isteri yang mempunyai gaji lebih tinggi dari suaminya. Ini merupakan kisah seorang isteri yang ego sehingga sanggup menghalau suaminya dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian tidak dapat ditarik balik. Ikuti kisah seorang isteri yang menyesal ini dan jadikan sebagai pengajaran buat kita.

 'AKU RASA AKU BOLEH HIDUP TANPA SUAMI, SEHINGGALAH AKU SANGGUP....

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.

 INILAH PUNCA SEBENAR RUMAH TANGGA RETAK

Dari IIUM Confessions

Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP

Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah. – The Man With The Golden Gun

Ibu bapa selalu fikir anak yang berumur antara 2 ke 4 tahun suka buat perangai, tak dengar cakap, suka mengamuk dan macam-macam lagi kerenah yang sukar dikawal.

Antaranya suka memanjat sana-sini, suka melawan apa yang kita cakap, lari ke hulu ke hilir, tak boleh duduk diam – seolah-olah tenaga tak pernah habis. Aktif sungguh!

Jangan tak percaya, sebenarnya fasa ini yang lebih dikenali sebagai fasa ‘Terrible Two’ adalah normal. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.

 KENALI FASA 'TERRIBLE TWO' YANG SERING TERJADI PADA KANAK-KANAK 2 TAHUN KEATAS

Anak yang berumur 2 tahun ke atas akan mengalami perubahan yang besar dari segi kemahiran motor, tahap intelektual, kemahiran sosial dan emosi.

Perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan berkembang dan timbul keinginan untuk melakukan sendiri sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar untuk mengikut peraturan dan syarat.

Jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.

Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan.

Bagaimana mahu hadapi keadaan ini dengan tenang dan terkawal?

Apa Itu Fasa ‘Teribble Two’

1. Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja. Ia masalah sedunia! Hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi.

Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.

2. Sebenarnya anak sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana dia boleh bertindak dalam sesuatu perkara. Apa reaksi dan respon kita terhadap setiap kelakuannya.

Apakah hadnya? Setiap reaksi kita pada perbuatannya adalah penting untuk anak belajar tentang had sesuatu perkara. Sejauh mana dia boleh pergi, setakat mana dia boleh buat.

3. Ya, adakalanya anak memang sengaja membuat provokasi untuk melihat reaksi ibu bapa. Waktu ini ibu bapa amat perlu pamerkan reaksi yang betul dan bersesuaian supaya anak faham tentang had bagi sesuatu perbuatan.

4. Anak sebenarnya tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak, selamat atau bahaya; maka mereka mencari perhatian ibu bapa untuk berikan mereka panduan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu beri arahan atau tindakan yang jelas untuk anak faham.

5. Jika anak mengamuk atau buat perangai, usah cepat melatah dan melenting. Ia adalah perkara biasa. Biarkan dia menangis sebentar, pura-pura mengabaikannya.

Lazimnya dua perkara yang menyebabkan anak berkelakuan begitu: terlalu letih atau lapar. Jadi perhatikan apa sebenarnya yang anak mahu. Bantu dia tidur dan berehat, atau berikan makanan dan minuman. Elak memarahi mereka dengan keterlaluan.

6. Anak sedang belajar berdikari, sedang memahami erti berpisah daripada ibu bapa dan belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Anak dalam fasa ini perlukan ketegasan dan ‘unemotional stand’ daripada ibu bapa untuk anak kenal pasti perkara yang boleh atau tidak boleh dia lakukan. Masalah selalunya berlaku kerana ibu bapa kurang memahami anak (masalah komunikasi).

Ibu bapa kurang pasti apa yang anak mahu atau perlukan, menyebabkan anak kecewa kerana permintaan atau kehendaknya tidak dipenuhi.

Memang mencabar pada peringkat ini kerana ia melibatkan kemahiran motor dan bercakap sedangkan anak belum lagi menguasai kemahiran ini. Anak sebenarnya mahu meniru dan membuat apa yang ibu bapa buat tetapi belum mampu. Itu yang mendorong anak cepat marah.

Tip Menangani Fasa ‘Terrible Two’

1. Ibu bapa cuba bertenang semasa anak mengamuk. Anak memang mahu lihat kita marah untuk meraih perhatian, sama ada dengan cara positif atau negatif.

Semasa anak meragam, abaikan sekejap dan anak akan belajar tentang had bagi sesuatu perbuatan atau perkara. Jangan beri reaksi seperti ketawa atau membuat ‘eye contact’ dengannya, jangan menjawab dan perhatikan sahaja perangainya sehingga dia berhenti.

2. Tawarkan comfort setelah anak diam. Anak yang mengamuk dan meragam ni risau ibu bapa tak sayangkan mereka bila berkelakuan begitu.

Apabila anak dah bertenang, peluk dan beritahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Kemudian, alihkan perhatian anak kepada perkara lain supaya dia tidak terbawa-bawa dengan perasaannya tadi.

3. Jika anak mengamuk di tempat awam, usah panik. Orang di sekeliling memang akan perhati atau lebih buruk, mengata ibu bapa. Tapi abaikan mereka. Cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain contohnya kunci, mainan atau peluk anak. Jangan putus asa!

SUMBER: THE VOCKET

Korea Selatan akhirnya memasang sistem pertahanan udara bernama ‘Terminal High Altitude Area Defense’ (THAAD) yang bertujuan untuk menangkis peluru berpandu Korea Utara. China membantah pemasangan THAAD, sebabnya ia juga akan melemahkan keberkesanan peluru berpandu China. Sebagai balasan, China menyekat barangan dari Korea Selatan, terutamanya dari kumpulan syarikat Lotte (pemilik Pepero) yang memberi tanah kepada kerajaan Korea Selatan untuk memasang THAAD.

Korea Selatan telah memberi masa 4 tahun kepada China untuk mengelak situasi ini. Park Geun-hye yang menjadi presiden pada tahun 2013 mengamalkan dasar pro-China dan menjauhi diri dari Amerika. Selain beliau tidak suka Amerika (CIA terlibat dalam pembunuhan ayahnya Park Chung-hee), tindakannya juga bertujuan merapatkan hubungan China dan Korea Selatan, dengan itu berharap agar China dapat memberi tekanan kepada Korea Utara supaya memberhentikan program senjata nuklear. Ia baik untuk Korea Selatan (tidak perlu risau dengan ancaman Korea Utara), dan juga baik untuk China (tidak perlu risau dengan THAAD).

 KEJATUHAN ERA J-POP MEMBERI KEJAYAAN PADA M-POP DAN K-POP

Namun China gagal mencapai harapan Korea Selatan. Selepas Korea Utara berjaya menguji bom hidrogen (jenis bom nuklear yang paling dahsyat) pada Januari 2016, Presiden Park mengumumkan bahawa Korea Selatan akan membeli THAAD dari Amerika. Semenjak itu kerajaan China menyeru rakyatnya untuk memboikot barangan Korea Selatan untuk melepaskan kemarahan, dan juga untuk menundukkan Korea Selatan supaya ia mengubah fikiran. 25% (1 per 4) dari jumlah eksport Korea Selatan adalah ke China. Jangan kata Korea Selatan tidak rasa sakitnya.

Yang paling menerima kesan ialah industri muzik popular Korea Selatan, atau ‘K-Pop’.

Selain Amerika dan Britain, Jepun dan Korea Selatan adalah contoh negara yang paling berjaya dalam membina jenama muzik popular tersendiri. Jangan memandang remeh terhadap benda-benda macam ini. Budaya popular adalah sebahagian daripada ‘kuasa lunak’ (soft power) yang disebut dalam kajian hubungan antarabangsa. Amerika dapat menguasai dunia bukan saja melalui kuasa tentera dan ekonomi, tetapi juga melalui pengaruh Hollywood dan muzik popular. Korea Selatan dan Jepun yang sentiasa bersaing turut menjadikan budaya popular sebagai satu medan pertarungan untuk meningkatkan pengaruh masing-masing.

Sejarah industri muzik popular Jepun (‘J-Pop’) lebih lama dan pernah mencapai zaman kegemilangan pada 1990-an. Generasi yang lama sikit (macam saya ini) mesti biasa dengan fenomena J-Pop yang turut melanda Malaysia ketika itu. Sebelum adanya Big Bang, Girls’ Generation, 4 Minutes, BTS dan TWICE, yang menjadi kegilaan remaja ialah SMAP, Morning Musume, Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru dan Namie Amuro. Yang disiarkan di TV ialah drama Jepun seperti ‘Great Teacher Onizuka’ dan ‘Long Vacation’, bukan drama Korea memanjang seperti sekarang. Lambang bagi ‘lelaki idaman’ ketika itu ialah Takuya Kimura dan Takenouchi Yutaka, bukan Lee Min-ho dan Song Joong-ki.

Namun disebabkan adanya sokongan pasaran China, K-Pop berjaya mengatasi J-Pop pada 2000-an. Sentimen anti-Jepun menyebabkan J-Pop tidak dapat menembusi pasaran China, maka K-Pop dapat memonopolinya. Hasil jualan yang dijana di pasaran China dilaburkan semula untuk melatih artis baru, membuat industri J-Pop tidak dapat mengejar langkah K-Pop. Artis K-Pop juga menerokai pasaran Jepun. Artis seperti KARA tekun belajar Bahasa Jepun, membuat album dalam Bahasa Jepun dan berjaya mendapat sambutan di Jepun. Tetapi tidak di sebaliknya: lagu Jepun adalah haram di Korea Selatan. Pasaran domestik Jepun adalah terhad kerana masalah kemelesetan ekonomi. Maka J-Pop jatuh dari puncak kejayaan. Pada tahun 1997, hasil jualan J-Pop adalah sebanyak 588 bilion yen, pada tahun 2010 ia merosot kepada 284 bilion yen.

China merupakan pasaran terbesar K-Pop. 40% dari hasil jualan eksport budaya Korea Selatan (termasuk filem dan drama) adalah daripada China. Selepas peristiwa THAAD, konsert artis K-Pop di China dibatalkan semuanya. Artis K-Pop tidak dibenarkan muncul dalam rancangan TV China. Video muzik K-Pop diblok di internet. Antara banyak-banyak artis, EXO yang paling kesian. EXO ditubuhkan sebagai tanda persahabatan Korea Selatan dan China. Semasa awal pertubuhan, 4 dari 12 ahlinya adalah warga China, dan ada sub-kumpulan EXO-M yang menyanyi dalam Bahasa Mandarin khas untuk peminat di China. Tetapi selepas peristiwa THAAD, semua konsert EXO yang dijadualkan di China dibatalkan.

K-Pop rugi, J-Pop bertepuk tangan. Walaupun kerajaan Jepun bersungguh-sungguh cuba memperkasakan semula J-Pop, misalnya melalui dasar ‘Cool Japan’ (2010) yang merangkumi pemberian dana kepada industri J-Pop, J-Pop masih tidak dapat menyaingi industri K-Pop. Sekatan China kali ini merupakan tamparan besar buat K-Pop dan mungkin memberi peluang kepada J-Pop untuk kembali menjadi pesaing setaraf K-Pop dalam pasaran di luar China.

Sekatan China ini pun mungkin ada hikmah yang tersembunyi bagi K-Pop jua. K-Pop dahulu tak sama dengan K-Pop hari ini. K-Pop dulu ada nilai estetika yang tinggi. Dalam karya artis seperti Shinhwa, Fly To The Sky dan TVXQ boleh ditemui gaya sentimentaliti K-Pop yang unik. K-Pop hari ini menjadi semakin mengarut, ‘superficial’ dan mementingkan sensualiti, semata-mata untuk memenuhi cita rasa China yang rendah. Mungkin, tanpa tekanan untuk memenuhi kehendak pasaran China, K-Pop dapat kembali ke fitrah asalnya.

Sementara orang China tidak dapat menikmati K-Pop, pasti mereka merasa kekosongan. Mungkin inilah peluang bagi kita menawan pasaran China melalui ‘M-Pop’ (‘Malaysia-Pop’). Shila Amzah sudah buka jalan, boleh disusuli dengan Aiman Tino.

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.

 KAK LONG, HATIMU HARUS SETEGAR KARANG

Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Menurut penelitian daripada pakar, anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama. Ini kerana, saat anak perempuan pertama merasakan pahitnya kehidupan ketika masih kecil, naluri keibuannya meresap dalam jiwa untuk tidak membiarkan anak-anaknya menderita sepertinya nanti.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. Dalam hal ini, anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritis sehingga daya analisanya sangat bernas.

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti.

Sumber: wajibtahu.me

Masih ingat lagi kes seorang jutawan jamu yang pernah viral tahun lalu di mana suaminya memukul anak kecil mereka ketika bercuti di Korea Selatan? 9 jam yang lalu, pengasas Jamu Susuk Dara (JSD), Dato Seri Hanni Borhan, memuat naik status panjang yang menceritakan bagaimana dia dilayan oleh suaminya ketika menghidap penyakit misteri pada tahun 2013. 

Beliau dituduh curang oleh suaminya, sedangkan dia terlantar sakit di tilam. Difahamkan, Hanni telah berpisah dengan lelaki itu mendedahkan, dia diseksa dengan kejam sehingga dia terpaksa jua berusaha untuk bangkit pulih dari penyakitnya. 

 "DIA PUKUL SAYA, MERTUA SAYA PULA HANYA TENGOK TANPA MENGHALANG''

Kenapa saya jadi orang baik sangat? Sebab saya pernah koma 4 hari. Masuk darah 3 kampit baru saya sedar balik. Saya tidur dengan mimpi indah. Bila saya terjaga, saya tak boleh cabut oksigen. Badan saya rasa sangat panas dan gatal-gatal, rasa sesak nafas sehingga air-cond dan kipas dihala ke badan saya. Badan dilap dengan kain basah, dibedakkan dan diserkup oksigen barulah saya tenang dan tidur. 

Saya tidur bangun dalam ICU hampir dua minggu. Apa punca saya koma sampai ke hari ini pun tak tahu. Selepas saya bangkit pulih ke wad biasa. Saya mempunyai simptom yang sama, sesak nafas dan rasa panas berbahang macam dalam oven. 

Tengah hari check out dari hospital. Maghrib check in hospital semula. 

Paha saya membesar macam nak meletup. Kulit paha tak boleh bergeser dengan kain batik apatah lagi seluar. Sampai hospital, tiada suntikan. Lama menunggu di ruang kecemasan. Paha pula berkilat macam nak meletup. 

Malam itu rasa panas macam duduk dalam oven. Doktor datang bagi hot pack diletakkan atas kepala dan kaki digantung tinggi. Dua minggu tak bangun dari katil, kencing baring, nak berak didukung. Doktor tak dapat mengenal pasti saya sakit apa. Saya kerap kencing, kencing saya bercacing. 

Bila paha sudah lembut dan mengecil, saya dibenarkan pulang. Tetapi saya tidak boleh berjalan. Tempat saya di kerusi roda dan tilam. Bila duduk atau baring, saya akan tiba-tiba rasa damai dan sejuk. Saya tak sedar saya tertidur tetapi orang kata saya tak tidur dan saya nak meninggal kerana kerongkong saya berbunyi. 

Puas suami kedua saya tampar-tampar pipi untuk mengejutkan saja. Saya nampak dan sedar tetapi saya lebih suka rasa sejuk dan damai ketika itu. Orang kiri kanan saya sudah ajar saya untuk mengucap. Tetapi saya layan saja rasa sejuk dan tenang itu dan paling tak sangka, sepanjang saya sakit, tiada sesiapa yang memaklumkan kepada ibu saya. 

Sehinggalah satu hari suami mengamuk dan menuduh saya curang, sedangkan saya lumpuh tidak bergerak dari tilam. Di mana dia tinggalkan saya, di situ terbaringnya saya (Masa itu saya tak tahu dia penagih syahbu. Kahwin pun baru masuk 7 bulan masa itu). 

Dia pukul saya tanpa saya boleh lari. Dia pijak perut saya tanpa saya boleh mengelak. Saya menangis dan merayu. Mak dan ayah mertua saya hanya tengok sahaja. Tiada siapa mahu menolong saya. Sesungguhnya hanya Allah satu-satunya tempat saya bergantung. Dalam hati saya tekad, saya mesti bangun, mesti hidup untuk anak-anak. 

Saya tengok satu-satu anak mata dalam rumah itu, tiada sedikit pun belas kasihan pun pada saya. Saya tekad saya perlu bangun untuk anak-anak saya. Saya perlu selesaikan masa depan anak-anak sebelum syarikat saya dirampas, duit disedut sampai habis, anak saya dilempar di tepi jalan. 

Saya mengengsot, saya tarik apa yang ada di depan dan berpaut pada dinding untuk belajar berdiri sendiri. Kuat dan azam hati saya tak sampai lima hari kemudian saya boleh berdiri. Saya berdiri untuk selamatkan masa depan si anak-anak saya yang masih kecil. 

Semenjak dari itu saya tekad berbuat baik dengan semua kerana bagi saya, jika saya mati kena bunuh sekalipun, baik cara halus mahupun cara terang-terangan. Saya tidak minta apa-apa, kasihalan pada anak-anak saya. 

Jika saya jahat seribu juta sekalipun, tolonglah kenang sedikit kebaikan yang ada pada saya untuk orang-orang berikan sedikit ehsan untuk anak-anak saya. Mungkin saya yang jahat, memang patut saya dihukum dengan kesakitan dan kesengsaraan. Tetapi saya tidak meminta hidup sebegini. Saya hanya berikhtiar mencari rezeki untuk besarkan anak-anak. 

Sesungguhnya manusia yang bertindak zalim pada saya dan anak-anak, saya tak akan pernah sedikit pun membuka ruang kemaafan mahupun keampunan. Walaupun saya mampu tersenyum, saya boleh bergurau tetapi hati saya tidak akan pernah redha. Dan selagi saya hidup dan sihat, saya akan berusaha memberi manfaat kepada insan lain. InshaAllah. 

Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.

Tapi zaman dah berubah bro.

Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah. Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.

 7 SIFAT SI GADIS YANG KORANG TAK PATUT LEPASKAN,KALAU BOLEH AJAK KAHWIN TERUS

Antaranya :

1. Minat Menyimpan

Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahlah lah sayang, simpan la duit tu”.

Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.

2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut. Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.

Pakai Kereta Sekadar Berharga Setahun Gaji

3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba. Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda!. Nak nampak ‘class’ kononnya.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone. Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi. Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi. Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi…Ciptalah sweet moment  tu selepas kahwin.

7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban. Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!

Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia. Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya. Tetapi semua benda nak pakai duit. Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.

Kalau rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow Facebook Amir Syahir.

Orang muda Korea Selatan dalam gambar ini tengah menjalankan ‘terapi kematian’ di mana mereka akan ‘merasai kematian’ dengan tidur dalam keranda dan memakai baju mati.

Dikatakan terapi ini dapat menghilangkan stres dan menjernih semula jiwa yang keruh. Macam ada persamaan dengan kaedah zikrul maut (ingat akan mati) dalam Islam.

Walaupun dilihat sebagai negara contoh dalam mencapai kemajuan pada masa singkat, Korea Selatan ialah antara negara yang paling tidak gembira / tidak bahagia (‘happy’) di dunia.

 INILAH SEBABNYA PERATUSAN BUNUH DIRI MENINGKAT DI KOREA SELATAN

Dalam laporan ‘World Happiness Report’ yang diterbitkan oleh United Nations (UN) semalam, Korea Selatan ditempatkan di tangga ke-56, lebih rendah dari Malaysia (no 42). Malaysia menduduki tempat tertinggi di Asia selepas Singapura (26), Thailand (32) dan Taiwan (33).

Jangan memandang remeh pasal ‘happiness’. Dulu orang Amerika mengangkat senjata menentang British pun kerana ingin mempertahankan hak ‘pursuit of happiness’.

Filsuf-filsuf Barat dan Timur termasuk Aristotle dan filsuf-filsuf Islam telah banyak menghabiskan masa untuk menjelaskan makna ‘happiness’ (Eudaimonia dalam Bahasa Yunani atau Saʿādah dalam Bahasa Arab).

Salah satu tanda orang yang tak ‘happy’ ialah hilang minat terhadap hidup. Kadar bunuh diri di Korea Selatan dan Jepun adalah tertinggi di kalangan negara maju. Di Korea Selatan, 30 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun; manakala di Jepun, 19 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun.

Mungkin budaya Asia Timur yang terlalu menitikberatkan soal maruah dan pandangan masyarakat menjadi punca utama masalah bunuh diri yang serius. Namun pada tahun 1995, hanya 10 dari 100,000 orang saja membunuh diri di Korea Selatan. Tentu ada faktor lain yang membawa kepada peningkatan masalah tersebut.

Ekonomi sebenarnya mempengaruhi ‘happiness’. Tak, bukan maksudnya duit adalah punca kebahagiaan. Ekonomi yang boleh membawa ‘happiness’ bukan kekayaan mutlak tetapi kekayaan yang dikongsi dan diagih dengan saksama di kalangan rakyat.

3 negara yang paling ‘happy’ dalam laporan tersebut (Norway, Denmark dan Iceland) adalah negara Scandinavia/Nordic yang mengamalkan ekonomi ‘Nordic model’ yang menekankan kebajikan.

Rakyat menikmati pendidikan dan perubatan percuma dengan syarat rakyat bersedia membayar cukai yang tinggi. Apabila rakyat bebas dari kerisauan tentang keperluan asas, mereka hanya perlu memikirkan soal perkembangan potensi diri atau ‘self-fulfilment’ yang membawa kepuasan hidup. Itulah punca ‘happiness’ mereka.

Rakyat Korea Selatan yang kelihatan hidup mewah sebenarnya hanyalah hamba kepada dunia korporat. Ekonomi Korea Selatan dikuasai sepenuhnya oleh keluarga-keluarga kapitalis besar yang dikenali sebagai ‘Chaebol’.

5 Chaebol terbesar (Samsung, LG, Hyundai, SK, Lotte) sahaja telah mengawal hampir 60% daripada GDP negara. Pada tahun 2007, 30 Chaebol terbesar memiliki 843 syarikat, dan jumlah itu telah meningkat kepada 1,246 pada tahun 2012.

Chaebol diwujudkan oleh kerajaan semasa 1960an-1970an untuk mempercepatkan proses perindustrian Korea Selatan. Dengan memusatkan sumber ekonomi di tangan beberapa kumpulan syarikat, sumber dapat digunakan secara lebih cekap dan mencapai ‘economy of scale’.

Namun, harga mengejar kemajuan dalam masa singkat ialah menggadaikan kebahagiaan rakyat Korea pada kepentingan Chaebol.

Selepas krisis 1997/98, Chaebol menjadi semakin berkuasa, sehingga dapat mempengaruhi proses politik. Ada yang menggelar Korea Selatan sebagai ‘Republic of Samsung’.

Di Malaysia, kalau tak dapat kerja, boleh berniaga lagi. Di Korea Selatan, hampir semua benda telah pun dimonopoli oleh Chaebol. Chaebol ada di mana-mana, jangan harap nak bersaing dengan mereka.

 INILAH SEBABNYA PERATUSAN BUNUH DIRI MENINGKAT DI KOREA SELATAN

Pilihan yang ada cuma belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti terunggul di Korea Selatan iaitu SKY – Seoul National University, Korea University dan Yonsei University.

Kegagalan memasuki universiti membawa kegagalan dalam hidup, kerana harapan untuk berkerja di syarikat-syarikat Chaebol menjadi tipis. Tiada lagi langit (SKY). Ramai membunuh diri kerana itu.

Pekerja muda Korea Selatan perlu buat kerja lebih masa, tetapi dibayar gaji yang rendah. Mereka tidak mempunyai ‘bargaining power‘ kerana persaingan untuk mendapat kerja terlalu sengit.

Tak puas hati dengan kerja yang banyak tapi gaji sedikit? Sila berambus kerana ramai lagi yang nak kerja. Mereka tidak mampu memilik rumah, dan ada yang perlu menahan lapar walaupun kerja pakai suit.

Tekanan hidup yang tinggi telah membawa kepada 2 masalah sosial yang serius: ketagihan arak (‘alcoholism’) dan perangai antisosial. Kebanyakan orang muda Korea Selatan ketagihan arak kerana mabuk adalah cara paling mudah bagi melupakan tekanan hidup.

Sementara itu, semakin ramai orang muda Korea menjadi antisosial atau ‘Sampo Generation’ (삼포세대 – Generasi Buang Tiga). Generasi Buang Tiga ini membuang percintaan, perkahwinan dan beranak daripada rancangan hidup.

Kerana mereka rasa dirinya tidak mampu untuk memiliki semua itu. Mereka ada persamaan dengan ‘Satori Generation’ (Generasi Bebas Nafsu) di Jepun. ‘Bebas nafsu’ itu metafor kepada gaya hidup yang tidak belanja. Tidak belanja bukannya kerana tiada nafsu, tetapi tidak mampu.

Kekecewaan dan kemarahan terhadap keadaan sosioekonomi mereka menyebabkan belia Korea mencipta istilah ‘Hell Joseon’ (헬조선) atau ‘Hell Korea’. Joseon atau Chosun ialah nama klasik bagi Korea. Mereka melihat Korea Selatan sebagai sebuah neraka yang menyeksa. Kalau diberi peluang, mereka akan meninggalkan Korea Selatan.

Semakin tinggi tahap pembangunan, semakin kurang ‘happiness’, itulah paradoks moden Korea Selatan dan Jepun. Di sebalik bangunan mencakar langit dan lampu lip lap menghiasi malam di Gangnam, kekosongan jiwa melanda di pelusuk hati setiap pemuda Korea Selatan. Gaya hidup ‘hipster’ hanyalah ideologi yang menipu diri sendiri tentang hakikat diri sebagai hamba kapitalis.

Inilah harga yang perlu dibayar jika kita hanya mengejar GDP tanpa menimbangkan keadilan sosial.

Satu kisah nyata mengenai penderitaan seorang menantu yang menumpang kasih di rumah mertuanya, Sayangnya ibu mertuanya tidak seperti yang diharapkan malah boleh dianggap kejam seperti tidak mempunyai hati dan perasaan, sungguh menyedihkan.

Semoga perkongsian ini dijadikan pengajaran kepada semua yang mungkin mengalami situasi yang sama. Jadikan iktibar.

 DERITA MENANTU MENUMPANG RUMAH MERTUA

Saya ada seorang kawan perempuan, Liza (bukan nama sebenar). Baik orangnya. Dan dia dah berkahwin hampir 3 tahun, tapi belum sampai lagi rezeki nak ada anak. Gugur dah berkali kali, sebabnya STRESS MELAMPAU. Mana tak stressnya kalau duduk sebumbung dengan mertua dan ipar duai?

Bagi yang ada mertua yang baik, alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Tapi bagi kes Liza ni, mengucap panjang saya bila saya tau punca dia berubah menjadi murung. Sedangkan Liza ni seorang yang sangat periang dan positif orangnya.

Liza pindah ke rumah mertua dia sebab suami Liza bergaji kecil dan tak mampu nak sewa rumah lagi. Liza pon terima dengan hati terbuka. Masa mula mula Liza bernikah, segalanya alhamdulillah elok belaka.Tapi lama kelamaan, semuanya berubah.

Bermula dengan kakak ipar dia fitnah dia suami isteri mandul. Puncanya sebab Liza tak mengandung lagi lepas sebulan menikah. Tapi Liza diam, dia telan sendiri fitnah tu. Hari hari Liza ditekan pasal anak, sampai mertua dia suruh ambik anak angkat. Semuanya Liza diamkan. Pergi kenduri, semua heboh cakap pasal Liza mandul.

Sampai satu hari tu Liza mengandung dan keguguran, semuanya terdiam. Tapi takde sorang pon mintak maaf kat Liza. Itu baru perangai mulut ipar duai. Belum lagi perangai mertua dia.

Liza ni memang saya akui, dia sangat pembersih dan ringan tangan. Kalau orang lain pakai mop lantai, Liza sental guna span dan kain basah. Berkilat lantai dibuatnya. Dan Liza ni jenis yang sangat tak berkira bab kerja rumah. Tapi malangnya bagi Liza, seluruh keluarga mertua dia pemalas dan pengotor. Masa Liza cerita bahagian ni, saya menangis semahu mahunya. Tabahnya Liza, kuatnya Liza dengan ujian ni.

Masa Liza pindah masuk tu, rumah tu macam tak berpenghuni. Lampu, kipas, lantai, dinding semua berhabuk dan berkerak. Pijak lantai je kaki dah hitam. Pinggan mangkuk yang berisi makanan basi berkulat bersepah sana sini. Dapur? Penuh dengan sampah berulat. Singki sampai berlumut dan tersumbat. Sedangkan saya yang mendengar pon geli, apatah lagi Liza yang melihat.

Tapi bagusnya Liza ni, dia diamkan je. Esoknya, Liza mula bersihkan rumah teres 2 tingkat mertua dia tu, bermula dari ruang tamu depan sampai ke dapur. Memanjat sana sini bersihkan lampu dan kipas. Lap perabot yang bersawang. Sepanjang hari dihabiskan dengan mengemas luar dan dalam rumah, SEORANG DIRI.

Mertua dan ipar duai dia cuma goyang kaki. Jalan ke hulur ke hilir tanpa bantuan sedikit pon. Yang menyakitkan hati, dah la tak tolong kemas. Bila dah elok lawa, bersepah semula. Dan sepah sesepah sepahnya. Dalam masa tak sampai sejam boleh bersepah teruk semula! Berbulan bulan Liza diamkan dan berulangkali mengemas kesepahan yang sama.

Tiap kali kemas, mertua dia akan sepahkan. Tinggalkan pinggan atas sofa, plastik makanan selit celah sofa, sisa makanan bersepah atas lantai, air tumpah dibiarkan dan sepah seteruk teruknya. Macam tu la rutin Liza setiap masa, sampaikan beberapa kali Liza dikejarkan ke bahagian Kecemasan sebab kekejangan otot dan sesak nafas. Sayangnya, mertua dia sikit pon tak peduli. Yang datang bertanya khabar cuma ayah mertuanya yang dah lama bercerai dengan mak mertuanya.

Dan paling menyayat hati bila tetamu datang ke rumah, nak nak lagi keluarga mak mertua Liza yang datang. Semuanya puji kerja Liza, sebab semua dah masak sangat dengan tahap kemalasan dan kekotoran rumah tu. Tapi bukan mak mertua dia.

“Aku sekarang ni dah senang. Ada TUKANG MASAK dengan TUKANG KEMAS. Jimat duit aku tak payah gajikan orang dapat menantu macam ni.”
Tersentak semua tetamu yang ada. Sampaikan ada yang tegur kelancangan mak mertua Liza. Tapi Liza senyum je. Saya tak tau la Liza ni manusia hati jenis apa, sedangkan saya yang dengar ni pon tau nak naik darah.

2 tahun lebih jugak Liza bersabar dengan kerenah mertua dia tu. Semua yang Liza masak sekarang ni, semuanya serba tak kena kat mertua dia. Sedangkan ipar dia semuanya cakap masakan Liza ni sedap. Liza ni istimewanya masakan dia, dia masak dengan kasih sayang. Dia tak berkira pon bab duit untuk makanan bersama. Dan apa yang ipar dia mintak, semua dia turutkan. Semuanya guna duit dia dan suami dia. Mertua dia? Masak takde rasa (saya dah pernah rasa) dan suka mencatu makanan kat anak anak sendiri.

Sebab tu anak anak dia lebih selesa dan suka masakan Liza. Tapi setiap kali mertua dia jamah makanan dia, dia akan buang serta merta ke tong sampah. Alasannya tak kena dengan selera dia, padahal Liza masakkan lauk yang mertua dia selalu beli kat luar. Dan setiap kali dia buang makanan, dengan ketawa bangganya dia bercerita pembaziran dia kat semua orang.

Mulanya saya tak percaya dengan cerita Liza. Mana mungkin seorang mertua sanggup perlakukan menantu macam tu sekali. Sampailah saya ambil keputusan untuk melawat Liza secara mengejut (kebetulan saya ada kerja kat sekitar perumahan mertua Liza). Liza pon macam serba salah nak pelawa saya masuk, tapi disebabkan mertua dia berkeras suruh saya masuk, Liza pon mengalah.

Masuk masuk je rumah tu…. Masya Allah, Allahu Akbar. Segala deria saya sakit. Bau sampah, bersepah sana sini. Semua yang Liza ceritakan tu betul belaka. Dan menakjubkan, mertua dia dengan bangganya bercerita betapa bangganya dia ada tukang masak dan tukang kemas macam Liza yang tak perlu berbayar, modalnya cuma nikahkan anak lelaki je katanya.

Lepas tu saya mintak izin suami Liza untuk bawak Liza berjalan sekejap. Dalam kereta tu la Liza hamburkan semua yang terbuku di hati. Teresak esak dia menangis. Tak pernah saya nampak Liza selemah dan menangis seteruk tu. Dan katanya, baru baru ni dia terhilang sabar lepas keguguran. Dan dia mintak jasa baik semua ahli keluarga dalam rumah tu untuk sama sama jaga kebersihan. Tapi tau apa yang Liza dapat?

“Ni rumah mak, kau tu menantu menumpang je. Sukahati aku la nak sepahkan rumah ni. Tikus ke ular yang masuk, kenapa kau yang kisah? Satu sen pon tak bayar kat aku, ada hati nak bebelkan kebersihan. Kau tak suka rumah kotor, kau berambus. Anak aku biar duduk sini, kau berambus duduk dengan mak ayah kau.”

Tak tahan dengar luahan dia, saya peluk Liza kuat kuat. Dia memang penyabar. Dan dia bukan jenis burukkan orang walau seburuk mana pon layanan orang kat dia. Tergamaknya mertua dia cakap macam tu kat dia. Ipar duai pon seronok la bertepuk tangan jadi batu api. Sekarang ni, mertua dia pandang dia pon tak nak. Yang ada suami je yang setia mendengar dan menyabarkan.

“Liza cuma mintak tolong jaga apa yang Liza dah kemas je. Liza penat, setiap hari kaki bengkak mengemas itu ini. Doktor pakar pon dah nasihatkan untuk berehat. Liza takde anak, orang mengata. Liza nak cuba pregnant, awak nampak kan rumah tu macam mana?

Ada masa Liza cuba keraskan hati tak nak kemas tu semua, tapi tak boleh. Liza tak boleh tengok sepah. Nak pindah keluar, kesian kat suami Liza. Liza ni selalu sakit, suami tak bagi kerja. Kalau tak, Liza nak sama sama tampung beban dia. Sebab kebersihan je mertua nak halau Liza, cakap Liza tak bayar apa kat dia. Takkan Liza nak ungkit setiap sen duit Liza belanjakan untuk makanan anak anak dia, kan dosa tu?”

Lama saya biar Liza luahkan rasa. Dari pengamatan saya, memang mertua Liza ni agak kaya. Rumah besar, cantik renovated, kereta mewah. Tapi itu bukan alasan untuk mendera dan menganiaya anak orang. Ceritanya dah pergi haji dan umrah berkali kali, tudungnya labuh sekali. Tapi Allah uji dengan akhlaknya macam tu sekali. Mengucap panjang saya bila terkenangkan Liza.

Betapa beratnya ujian yang Allah berikan kat Liza, sampaikan saya sendiri tak mampu nak membayangkannya.

Tapi mungkin itulah kelebihan Liza, dia penyabar. Dan saya yakin, Allah uji Liza sebab Allah tahu hatinya seteguh karang. Saya tak tau la apa yang akan saya buat kalau saya kat tempat Liza.

Dihalau dan dihina hanya kerana mementingkan kebersihan? Allahu Akbar. Menangis saya dengar. Dan betapa kagumnya saya pada Liza, takde satu pon penderitaan dia kat rumah mertuanya diceritakan kepada emak ayahnya di kampung. Semuanya dia simpan sendiri dengan suami. Dan sayalah orang pertama yang tahu derita dia. Dan hebatnya Liza, dia masih mampu bertahan kat rumah mertua dia sampai hari ni. Kenapa? Sebab tanggungjawab dan ketaatannya pada suami.

Walaupon suaminya masih belum mampu menyediakan rumah untuk mereka, Liza masih sanggup bersabar dan bersusah senang dengan suaminya.
Dan terbaru, saya ziarah Liza sekali lagi 3 hari lepas. Liza baru sampai dari kampung selepas balik kampung selama lebih kurang 2 bulan kat Pahang.

Melangkah masuk je, bau kencing tikus sangat kuat. Dan saya pandang Liza yang macam biasa tersenyum. Cepat cepat saya ajak Liza keluar. Katanya mertua dia baru balik dari berjalan, sebulan lebih mertuanya ke Perlis melawat saudara. Dan rumah sangat bersih sepanjang ketiadaan mertua dia. Cuma bila mertuanya balik 2 minggu lepas, semuanya bersepah semula. Dan suami Liza bagitau tikus berkeliaran dalam rumah sejak dari tu.

Saya pandang muka Liza dalam dalam. Kesian. Simpati mencanak canak naik. Dah la baru lepas pembedahan, balik balik je rumah dah ada tikus. Mengucap panjang saya.

“Liza dah tak tau nak buat apa dah awak. Suami Liza tu siang malam kerja, dia tak mampu nak kemas semuanya. Biarlah dorang dengan cara dorang. Cuma Liza harap Liza suami isteri terpelihara dari sebarang penyakit tikus. Dorang nak kena penyakit, biarkan. Selayaknya dorang yang kena penyakit tu, sebab dorang pengotor.”

Terkejut saya dengar. Tak pernah Liza sekasar tu. Dan tak pernah lagi dia mendoakan perkara yang buruk untuk orang lain. Saya kira kesabaran Liza dah hilang. Dan agak menakutkan bila Liza mengucapkan ayat tu sambil tersenyum sinis. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain di fikiran Liza masa tu.

Tujuan saya meluah ni, bukanlah nak memburukkan keluarga mertua Liza. Dan bukanlah untuk membuka ruang kepada komen komen negatif. Tapi untuk kita sama sama ambil iktibar berdasarkan cerita Liza ni.

Dan harapan saya, kalau confession ini dibaca oleh ahli keluarga mertua Liza, saya mohon seikhlas hati, semoga anda semua berubah. Hari ni kita buat orang, percayalah, esok lusa orang akan buat kita semula. Sama ada sama rata atau lebih teruk lagi daripada apa yang kita buat kat orang.

Dan untuk Liza,

Bersabarlah awak. Saya tau awak kuat. Allah tau awak kuat. Percayalah, takde satu pon kejadian tu berlaku dengan sia sia.

– Nurul
Powered by Blogger.