Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, anda mungkin tertanya-tanya kenapa penutup tingkap di dalam kapal terbang perlu dibuka ketika kapal terbang sedang berlepas atau mendarat.
Secara ringkasnya, ia adalah supaya krew kabin boleh melihat di sebelah mana yang paling selamat turun sekiranya berlaku kecemasan.
Seorang pegawai keselamatan penerbagan, Saran Udayakumar memberi penjelasan kepada seorang pengguna laman web Quora.com tentang perkara itu dengan berkata membuka penutup tingkap adalah salah satu dari proses yang panjang untuk menyediakan kabin jikalau berlaku sebarang kecemasan.
Perlu diingatkan, kecemasan banyak berlaku ketika pesawat sedang dalam proses berlepas atau mendarat.
Pembukaan penutup tingkap, meletakkan meja pada tempatnya, dan menegakkan tempat duduk boleh membantu krew kabin mengosongkan pesawat – satu proses yang perlu dilaksanakan dalam masa 90 saat – jika berlaku sebarang kecemasan.
“Ketika dalam kecemasan, setiap saat penting
“Jadi jika penutup dibuka, krew boleh melihat keadaan di luar supaya mereka boleh mengatur proses evakuasi (pintu mana yang perlu digunakan untuk evakuasi, etc).”, tulis Saran.
Kecemasan biasanya berlaku ketika pesawat berlepas dan mendarat, tambahnya lagi.
Saran juga berkata, jika berlepas atau mendarat pada siang hari, cahaya dari tingkap dan lampu di atas kepala penumpang yang dibuka penuh akan membantu mata penumpang supaya tidak berpinar ketika keluar dari pesawat semasa proses evakuasi.
Ketika malam pula, lampu itu akan dimalapkan supaya penumpang tidak mengalami masalah mata itu ketika keluar ketika kecemasan.
Jadi, jika pramugara/pramugari meminta membuka tingkap di sebelah anda, pastikan anda memberi kerjasama. Ia mungkin boleh menyelamatkan keadaan.
Post a Comment