Yus Jambu Mati Akibat Sesak Nafas | Berita kematian Yus Jambu ini dikongsikan oleh sahabat baiknya, Tauke Jambu di laman Instagram rasmi miliknya.
Punca kematian Yus Jambu adalah disebabkan oleh sesak nafas. Arwah dikatakan meninggal dunia di Hospital Selayang.
Tauke dan Yus sebelum ini terkenal menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega dan kini bergandingan dengan Misha Omar dalam program "Juara Parodi" yang menemui anda di Astro Warna.
Kapsyen Tauke Jambu di laman Instagramnya,
"Salam semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat jambu. Saudaraku, Yussry Bin Edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Minta kawan-kawan sedekahkan Al-fatihah kepada arwah."
Berikut merupakan teks ucapan Tauke di Instagram miliknya.
Ucapan takziah dari Afdlin Shauki:
Peminat Jambu kini bersedih atas pemergian Pak Yus. Semoga Pak Yus ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Post a Comment