.

MACAM-macam perangai manusia yang tidak terfikir dek akal kita. Lelaki ini, misalnya, mengahwini pizza kerana baginya pizza tidak akan mengkhianatinya, berbanding manusia.

Lelaki yang tidak dinamakan dan berasal dari Rusia serta berumur 22 tahun ini memutuskan untuk menjadikan pizza, yang merupakan makanan kegemarannya sebagai satu komitmen untuk dirinya.

Inilah alasan utama lelaki ini kahwin dengan pizza
Kahwin Dengan Pizza Kerana Pizza Setia dan Tidak Mengkhianati

Pihak berkuasa Rusia bagaimanapun menolak pendaftaran perkahwinan berkenaan dan gereja juga enggan menerimanya.

Akhirnya perkahwinan diadakan di restoran pizza dengan chef dan pengurus restoran sebagai saksi.

Restoran pizza itu juga memberikan sijil kahwin.

Butiran lanjut mengenai apa yang berlaku pada malam perkahwinan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

Powered by Blogger.