.

Lelaki naik gila RM342,044 tiba-tiba ada dalam akaun bank | Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejumlah wang bernilai SR 303,000 (RM 342,044) dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan menggunakan wang tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian menelefon pihak bank keesokan harinya bagi mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan kedalam akaun banknya.

Apa yang anda buat sekiranya RM342,044 tiba-tiba ada dalam akaun bank anda?

Pihak bank kemudian memaklumkan tiada sebarang kesilapan pada transaksi tersebut.

Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut kemudian berjumpa dengan pengurus bank tersebut bagi membuat semakan kali kedua.

“Setelah diteliti, pihak bank kemudian mendapati kakitangan bank tersebut telah melakukan kesilapan dengan mendepositkan wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun lain ke dalam akaun lelaki tersebut”, lapor Emirates24/7.

Post a Comment

Powered by Blogger.