Sebelum pergi bercuti, ini 8 panduan melancarkan urusan di lapangan terbang | Merancang percutian di musim cuti persekolahan memang menyeronokkan, namun sedikit kealpaan boleh menyebabkan apa yang dirancang terbantut.
Justeru, nasihat perjalanan ini mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan anda, khususnya di lapangan terbang.
Memerusi Astro Awani, kami kongsikan 8 panduan penting untuk melancarkan penerbangan anda.
PERIKSA STATUS PENERBANGAN
Perkara paling asas tetapi jika tidak diteliti, boleh mengakibatkan situasi kelam-kabut. Semak jadual penerbangan anda. Mungkin remeh bagi sesetengah pihak, namun menyemak waktu perjalanan adalah yang paling utama. Mungkin ada di antara kita yang pernah tersilap membezakan antara ‘am’ dan ‘pm’ pada waktu jam.
BEG DOKUMEN
Adalah lebih baik jika anda mempunyai sebuah beg yang diisi dengan semua dokumen penting yang diperlukan seperti kad pengenalan, pasport, pas berlepas dan sebagainya. Jadi tidaklah nanti anda tercari-cari apabila berada di lapangan terbang. Elakkan mengisi dokumen perjalanan di dalam beg yang mempunyai banyak poket. Pastikan disimpan di satu tempat sahaja.
TIBA AWAL
Rancang perjalanan anda dari rumah ke lapangan terbang. Ambil kira faktor luaran seperti kesesakan lalu lintas, cuaca dan paling penting, lokasi untuk meletak kenderaan jika anda memandu sendiri.
Jika anda menggunakan perkhidmatan AirAsia X, adalah lebih baik jika anda sampai tiga atau empat jam lebih awal kerana jarak pergerakan di KLIA2 agak jauh di antara kaunter daftar masuk dan menuju pesawat.
DAFTAR MASUK SENDIRI
Perkhidmatan daftar masuk sendiri (self check-in) boleh dilakukan melalui pelbagai cara. AirAsia contohnya menawarkan tiga cara; laman web, aplikasi mudah alih dan kauter kiosk.
Ia boleh dilakukan 14 jam sebelum perjalanan, sehinggalah sejam sebelum berlepas.
Jika anda menggunakan perkhidmatan AirAsia X, daftar masuk perlu dilakukan selewat-lewatnya 4 jam sebelum berlepas.
KAUNTER BAGASI
Anda dinasihatkan melakukan daftar bagasi seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan.
Kaunter bagasi akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia & AirAsia X.
BAGASI YANG DIBENARKAN
Semak senarai berat bagasi yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan yang anda pilih.
Bagi pengguna AirAsia anda hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas).
Pra-tempahan bagasi adalah digalakkan dan anda boleh menggunakan fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menambah lebih banyak jumlah bagasi.
PRA-TEMPAH MAKANAN
AirAsia contohnya, menggalakkan pelanggan membuat tempahan makanan di dalam penerbangan lebih awal. Tempahan boleh dibuat 24 jam sebelum penerbangan. Mana tahu sekiranya pesawat penuh dan anda duduk di bahagian belakang pesawat menyebabkan makanan pilihan anda habis sebelum sempat sampai ke tempat duduk anda.
BACK-UP PLAN
Fikirkan satu rancangan lain jika penerbangan anda ditangguhkan (atau mungkin lebih teruk, dibatalkan) di saat-saat akhir. Pastikan anda tahu siapa person in-charge yang boleh anda tuju jika ada masalah timbul. Ada sesetengah daripada kita akan menghubungi pejabat kedutaan destinasi bagi memastikan keselamatan sekiranya berlaku apa-apa bencana.
Sudah siap? Jom kita rancang perjalanan kita dan selamat bercuti di destinasi pilihan anda!
Post a Comment