.

Kereta buatan Jerman bukanlah seperti apa yang digambarkan mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat pengendali insurans kenderaan yang berpangkalan di United Kingdom.

Warranty Direct yang menjalankan kajian mereka ke atas 36 buah kenderaan model terkemuka buatan pelbagai negara telah mendedahkan bahawa jenama kenderaan seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai kadar kerosakan enjin yang paling teruk berbanding dengan kenderaan jenama lain.

Jangan Beli Kereta Buatan Jerman. Ini Penjelasannya.

Di tangga teratas senarai jenama kenderaan yang paling kerap mengalami masalah kerosakan enjin adalah MG Rover yang merupakan buatan Britain dan diikuti oleh jenama Audi yang merupakan buatan Jerman.

Manakala, Warranty Direct turut menyenaraikan kenderaan yang reliable berdasarkan kajian mereka di mana jenama buatan Jepun seperti Honda berada di tempat teratas dan diikuti dengan Toyota di tangga kedua. Manakala, di tangga ketiga adalah jenama Mercedes Benz yang merupakan buatan Jerman.

Bukti Kereta Buatan Jerman Indah Khabar Daripada Rupa

Menurut Duncan McClure yang merupakan Pengarah Urusan Warranty Direct, kerosakan enjin merupakan sebuah kerosakan yang paling tinggi kos baikpulih dan ini menjadikan engine realibilty merupakan faktor yang paling penting untuk dipertimbangan semasa membuat pilihan untuk pembelian sesebuah kenderaan.

Bukti Kereta Buatan Jerman Indah Khabar Daripada Rupa

Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Terbaik

Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)

1 Honda 0.29% 1 in 344
2 Toyota 0.58% 1 in 171
3 Mercedes 0.84% 1 in 119
4 Volvo 0.90% 1 in 111
5 Jaguar 0.98% 1 in 103

Bukti Kereta Buatan Jerman Indah Khabar Daripada Rupa

Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Paling Teruk

Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)

1 MG Rover 7.88% 1 in 13
2 Audi 3.71% 1 in 27
3 MINI 2.51% 1 in 40
4 Saab 2.49% 1 in 40
5 Vauxhall 2.46% 1 in 41

Bukti Kereta Buatan Jerman Indah Khabar Daripada Rupa

Post a Comment

Powered by Blogger.