Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Sekarang ni drama drama ‘Suri Hari Mr Pilot’ lakonan Neelofa dan Fattah Amin jadi bualan ramai.

Semalam kecoh kisah mereka berdua yang didakwa sedang bercinta. Tapi, bercinta di lokasi penggambaran je kot.

Tapi hari ini lain pula kisahnya. Dah jadi viral di media sosial, yang mengatakan pelakon kacak Fattah Amin ni ada kembar perempuan.

Siapa Gadis Mirip Pelakon Fattah Amin Ini?

Ini gimik semata-mata. Sejak semalam dah jadi viral di Twitter gambar gadis bernama Dayana Hashim yang dikatakan mirip wajah Fattah Amin.

Kalau sekali pandang memang serupa. Apa yang pasti, ‘Fattah Amin versi wanita’ ni memang cantik.

Korang tengok la sendiri gambar-gambar kembar Fattah Amin ni. Sama ke tidak!

Gadis Mirip Pelakon Fattah Amin Viral

Sumber : Instagram Dayana Hasim

Mr Bean merupakan seorang pelawak yang lucu dan seorang yang kelihatan bodoh dengan lawak gilanya. Beliau juga merupakan seorang yahudi yang kini popular di merata dunia akibat dari gaya lawak bersirinya.

Fakta menarik mengenai pelawak lucu Mr. Bean

19 Fakta Menarik Tentang Mr. Bean

1. Mr. Bean dikenali dengan sebutan nama sebenarnya Rowan Sebastian Atkinson.

2. Rowan Atkinson lahir di Consett, County Durham pada 6 januari 1955 dari keluarga Eric Atkinson, seorang petani dan pengurus perusahaan dan isterinya bernama Ella May.

3. Menurut The Observer, beliau adalah salah seorang dari 50 orang pelawak terlucu di Eropah.

4. Nama asalnya adalah Mr. White, tetapi dia tidak mahu mengunakan nama warna. Dia berusaha menggantinya dengan memakai nama sayuran, Mr. Cauliflower, namun berakhir pada pilihan Mr. Bean atau bermaksud kacang.

5. Rowan Atkinson mencipta watak Mr. Bean pada awal tahun 1980-an semasa dia masih belajar di Oxford University.

6. Semasa di sekolah, Rowan Atkinson sekelas dengan bekas perdana menteri Tony Blair.

7. Dia kemudian meraih gelaran M.Sc. dari Queens College, Oxford.

8. Rowan Atkinson terkenal disebabkan Filem siri televisyen Blackadder dan Mr.Bean.

9. Mr Bean Tv Series ditayang pada 1990 – 1995 sebanyak 18 episod.

10. Mr Bean Tv Series ini telah memenangi 2 penghargaan (1995 CableACE Comedy Special, 1990 Golden Rose Awards). dan 3 nominasi (BAFTA TV Award 1992, 1994, 1991).

11. Dalam rutin hariannya, Mr.Bean bersiar-siar dengan sebuah Mini Cooper (pada episod awal yang berwarna jingga keluaran tahun 1969, tetapi lama kelamaan dia menggantikan kereta tersebut dengan keluaran 1977 dengan warna hijau.

12. Rowan Atkinson adalah orang yang pakar memandu kereta jenis itu.

13. Mr. Bean selalu berpakaian yang sama, mungkin tiada gaya hidup.

14. Mr. Bean sempat bertemu dengan beberapa orang terkenal seperti Ratu Inggeris. Steve McQueen dan Hannibal Lecter.

15. Salah satu aksi Mr. Bean yang sangat disukai oleh penggemarnya, adalah ketika kepalanya tersepit di dalam seekor patung raksasa ketika dia cuba mengeluarkan kepalanya.

16. Mr. Bean mempunyai kekasih yang bernama Irma Gobb yang juga mempunyai patung Teddy Bear, yang selalu dibawanya kemanapun Mr. Bean pergi.

17. Sepanjang kariernya, Rowan telah memenangi penghargaan seperti Variety Club Award for BBC Personality of the Year (1980) dan BAFTA Best Light Entertainment Performance (1989).

18. Rowan dianugerah gelaran kehormataan ‘Sir’ oleh kerajaan Inggeris.

19. Facebook Mr Bean mempunyai pengikut seramai 63 juta ahli.

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan | Lama tak dengar cerita pasal Linda Jasmin kan? Kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu.

Kami pun bukan ada cerita baru pasal guru tari ini pun, cuma baru-baru ini ada insan kirimkan beberapa keeping foto seorang budak remaja mat salleh yang comel dan kacak, rupayanya  anak kepada Linda.

Digelar Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan Semakin Diminati Ramai

Tak sangka anak terunanya hasil perkahwinannya sebelum bersama pelakon Que Haidar itu sudah besar remaja dan semakin kacak. Wajah mat salleh yang diwarisi itu tak ubah macam penyanyi antarabangsa Justin Bieber pula.

Kalau tak silap usia anak kepada Linda yang bernama Qalif Khan itu berusia dalam 14 tahun tahun ini. Patutlah dah besar remaja kan anak Linda tu.

Nampaknya, Qalif pandai juga membawa dirinya sendiri walapun ibunya sudah punya family baru dengan adik-adiknya yang lain.

Tak mengapalah, rasanya tak payah berceloteh panjang. Menerusi Murai, kami kongsikan gambar-gambar terkini Qalif terkini ini:

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan

Semakin Kacak, Inilah Wajah Terkini Justin Bieber Malaysia, Qalif Khan

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir | Pemergian Yus Jambu sangat mendukacitakan keluarga, sahabat dan juga peminat lawak tanah air.

Pastinya, Tauke Jambu lah orang yang sangat bersedih apabila Pak Yus pergi meninggalkan dunia buat selamanya.

Dikhabarkan, ramai keluarga, rakan selebriti dan peminat mula membanjiri Hospital Selayang.

Berikut merupakan gambar sekitar rakan selebriti yang hadir untuk melawat Pak Yus buat kali terakhir.

Gambar Sekitar Pemergian Yus Jambu

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Gambar Rakan Selebriti Melawat Pak Yus Buat Kali Terakhir

Yus Jambu Mati Akibat Sesak Nafas | Berita kematian Yus Jambu ini dikongsikan oleh sahabat baiknya, Tauke Jambu di laman Instagram rasmi miliknya.

Punca kematian Yus Jambu adalah disebabkan oleh sesak nafas. Arwah dikatakan meninggal dunia di Hospital Selayang.

Berita Yus Jambu Meninggal Dunia

Tauke dan Yus sebelum ini terkenal menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega dan kini bergandingan dengan Misha Omar dalam program "Juara Parodi" yang menemui anda di Astro Warna.

Kapsyen Tauke Jambu di laman Instagramnya,

"Salam semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat jambu. Saudaraku, Yussry Bin Edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Minta kawan-kawan sedekahkan Al-fatihah kepada arwah."

Berikut merupakan teks ucapan Tauke di Instagram miliknya.

Punca Yus Jambu Meninggal Dunia

Ucapan takziah dari Afdlin Shauki:

Benarkah Yus Jambu Meninggal Dunia?

Peminat Jambu kini bersedih atas pemergian Pak Yus. Semoga Pak Yus ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik | Siapa tak kenal Sylvester Stallone yang terkenal dengan lakonannya yang hebat dan mantap. Pasti anda kenal siapa Rambo atau mungkin Rocky Balboa.

3 Gadis Jelita Ini Rupanya Anak Kepada Sylvester Stallone

Gambar Sylvester Stallone bersama keluarganya ini diambil sempena tayangan filem terbaru beliau, Creed yang ditayangkan Westwood, California.

Turut hadir bersama, isterinya Jennifer Flavin dan 3 anak gadisnya yang cantik. Sophia, 19, Sistine, 17, dan Scarlet, 13 menarik perhatian ramai di malam itu.

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Tak Sangka Sylvester Stallone Ada 3 Anak Perempuan yang Cantik

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia | Jika sebelum ini status ahli sukan terkaya di dunia sering didominasi oleh bintang bola sepak dan pemain golf, namun pada tahun ini gelaran atlet yang menerima bayaran tertinggi kini menjadi milik ahli tinju, Floyd Mayweather Junior dari Amerika Syarikat.

Mayweather yang popular de­ngan panggilan money, bagaikan tidak menjangka bahawa dirinya mampu mengatasi bintang sukan lain terutama pemain bola sepak terbaik, Cristiano Ronaldo serta bekas pemain golf No.1 dunia, Tiger Wood yang sebelum ini sering menerima bayaran tertinggi.

Kemewahan Hidup Mayweather Didedahkan

Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes turut mengiktiraf Mayweather sebagai ahli sukan paling kaya berikutan menerima bayaran AS$105 juta (RM367 juta) berban­ding Ronaldo AS$80 juta (RM 279 juta) yang kini menghuni kedudukan kedua senarai atlet terkaya di dunia.

Malah juara dunia, Mayweather turut mengakui semua itu adalah hasil kerja kerasnya dan rekod terbaiknya ketika ini adalah meraih kemenangan dalam kesemua 46 perlawanan dan lebih menakjubkan jaguh tinju tersebut adalah atlet pertama menerima bayaran melebihi AS$100 juta (RM350 juta) setakat ini.

Kemewahan Hidup Mayweather Didedahkan

Sejak Mayweather beraksi dalam kancah tinju profesional pada 1996, dirinya sudah me­raih hampir sejumlah AS$400 juta (RM1.39 bilion) di atas gelanggang sekali gus boleh dianggap satu pendapatan lumayan buat atlet sepertinya.

Mayweather, 36, juga pernah memberitahu bahawa duit adalah salah satu sumber motivasinya untuk berjaya dalam karier sebagai peninju profesional.

“Semuanya kerana duit? Ya sudah tentu.

“Saya mahu menjadi yang terbaik bukan sahaja peninju terbaik, tetapi atlet terbaik kerana saya mahu terus diingati apabila telah meninggalkan karier ini,” kata Mayweather.

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

Saksikan Gaya Hidup Mewah Atlet Sukan Termahal di Dunia

10 perkara tentang pelari pecut muda, Badrul Hisyam yang anda tak tahu | Nama Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei dan seterusnya menyumbang pingat emas kepada negara dalam acara 100 meter.

Badrul terus melakar sejarah tersendirinya dengan bergaya selepas memenangi emas dalam acara 200 meter pada Selasa dan dalam acara 4×100 meter bersama rakan sepasukannya pada Rabu.

Pencapaiannya di Brunei, sekali gus mengatasi rekodnya sendiri yang dilakukannya dalam kejohanan yang sama di Filipina tahun lepas.

Astro AWANI sempat mengadakan temu bual bersama bakat besar ini pada Rabu.

10 fakta tentang Badrul Hisyam, pelari pecut muda

Berikut adalah 10 perkara anda yang perlu tahu mengenai pelari pecut muda, iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap:

1. Atlet muda yang masih berusia 18 tahun ini berasal dan membesar di Melaka.

2. Badrul mula menceburi dan menyertai kejohanan olahraga sejak dari Darjah Lima.

3. Selepas bersekolah rendah di SK Batu Gajah Merlimau Melaka, Badrul meneruskan pendidikannya di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota di Melaka.

NAMA Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN 

Badrul Hisyam Abdul Manap ketika di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei.
Kejayaan Badrul Hisyam titik kebangkitan olahraga negara

Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abbas

4. Ketika tingkatan empat, beliau mengikuti jurulatihnya ke Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail di Johor.

5. Badrul tidak mempunyai diet pengurusan pemakanan kecuali jika beliau mempunyai kejohanan yang terdekat. Katanya, “Jurulatih akan menentukan pengurusan pemakanan saya. Kalau dia tidak beri makan nasi, dia hanya akan beri makan roti.”

6. Selain olahraga, Badrul juga meminati pelbagai aktiviti sukan termasuk futsal dan badminton.

7. Jika melakukan latihan, Badrul akan melakukan latihan selama satu jam pada sebelah pagi, dan dua jam 30 minit pada sebelah petang.

8. Legenda pecut dunia, Usain Bolt merupakan idola Badrul.


9. Badrul merupakan satu-satunya pelari dalam ahli keluarganya.

10. Anak muda ini sememangnya tidak pernah mengecewakan. Sepanjang penglibatannya dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa tahun ini, Badrul telah berjaya merangkul lebih 10 pingat emas.

“Badrul mampu muncul raja pecut dunia!” – Bekas Pelari Pecut Negara, Watson Nyambek

Selepas kejohanan di Brunei, Badrul dijadual menyertai Kejohanan Dalam Dewan Asia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan.

Tumpuannya juga kini terarah kepada Temasya Olimpik Rio 2016, namun jelasnya, bagi membuka peluang untuk beliau bersaing di pentas dunia, catatan masa 10.29 saat perlu diperbaiki.

“Terima kasih kepada cikgu yang mula-mula membawa saya dalam menceburi sukan olahraga iaitu Cikgu Aziah Kassim dan terima kasih kepada jurulatih Poad Kassim yang telah melatih saya selama lebih tujuh tahun sehingga kini,” kata Badrul mengakhiri temu bual.

Mesej Sentap Dato Siti Nurhaliza dan Fynn Jamal Tentang Kehamilan | Berita kehamilan Dato Siti, penyanyi kesayangan negara adalah berita yang paling viral di media sosial kini.

Kami pasti berita ini bukan sahaja mengujakan peminat-peminatnya di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara.

Fynn Jamal, melalui status terbarunya menyatakan perasaan yang sama.

Dato Siti dan Fynn Jamal Beri Mesej Deep Mengenai Kehamilan

Betul. 9 tahun adalah masa Dato Siti dan peminatnya menantikan berita gembira tersebut. Situasi yang sama perlu di lalui oleh mana-mana pasangan yang masih belum mempunyai zuriat.

Amat berat rasanya untuk kita menepis atau menjawab soalan seperti ini tambah lagi sudah lama mendirikan rumah tangga. Tapi percayalah, ini semua adalah perancangan yang MAHA KUASA.

Fynn Jamal sudah tentu faham tentang situasi tersebut kerana beliau sendiri mengambil anak angkat untuk memenuhi ruang kosong di dalam rumahtangganya.

Kepada Fynn Jamal serta pasangan-pasangan lain yang masih belum mempunyai zuriat, bertabahlah dan jangan putus berdoa dan berusaha. Rezeki anda pasti tiba.

Siti Nurhaliza termasuk dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh dalam dunia | Baru baru ini, nama Dato’ Siti Nurhaliza telah tersenarai dalam majalah tahunan The World’s 500 Most Influential Muslim 2016 yang menjadikan beliau merupakan artis wanita pertama dalam senarai tersebut yang mula dikeluarkan pada tahun 2009.

Bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza meluahkan rasa bersyukur dan terkejut dengan penghargaan itu namun tidak merancang untuk membuat apa apa majlis kesyukuran ekoran berita baik ini.

Siti Nurhaliza tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh dalam dunia
Siti tergolong dalam The World’s 500 Most Influential Muslim

“Alhamdulillah, saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi artikel dari media sosial dan ada peminat yang kongsikan hal ini. Terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ini dan semoga saya istiqamah dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Selain Siti Nurhaliza, penyanyi Hafiz Hamidun dan kumpulan nasyid Raihan juga pernah menerima penghargaan yang sama.
Powered by Blogger.