.

Mesej Sentap Dato Siti Nurhaliza dan Fynn Jamal Tentang Kehamilan | Berita kehamilan Dato Siti, penyanyi kesayangan negara adalah berita yang paling viral di media sosial kini.

Kami pasti berita ini bukan sahaja mengujakan peminat-peminatnya di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara.

Fynn Jamal, melalui status terbarunya menyatakan perasaan yang sama.

Dato Siti dan Fynn Jamal Beri Mesej Deep Mengenai Kehamilan

Betul. 9 tahun adalah masa Dato Siti dan peminatnya menantikan berita gembira tersebut. Situasi yang sama perlu di lalui oleh mana-mana pasangan yang masih belum mempunyai zuriat.

Amat berat rasanya untuk kita menepis atau menjawab soalan seperti ini tambah lagi sudah lama mendirikan rumah tangga. Tapi percayalah, ini semua adalah perancangan yang MAHA KUASA.

Fynn Jamal sudah tentu faham tentang situasi tersebut kerana beliau sendiri mengambil anak angkat untuk memenuhi ruang kosong di dalam rumahtangganya.

Kepada Fynn Jamal serta pasangan-pasangan lain yang masih belum mempunyai zuriat, bertabahlah dan jangan putus berdoa dan berusaha. Rezeki anda pasti tiba.

Post a Comment

Powered by Blogger.