Showing posts with label Informasi. Show all posts

Sudah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa diluar sana yang memilih menggunakan air sejuk untuk diletakkan di dahi atau kepada anak apabila demam di mana iainya dikatakan bertindak untuk menurunkan suhu badan.

Namun tahukah kita yang tindakkan berkenaan sebenarnya salah.

Sebab Dilarang Guna Air Sejuk Pada Anak Demam

Seorang doktor bernama DrRich DrRahim telah tampil mengulas hal ini di mana beliau memberitahu cara yang betul untuk merawat anak yang deman.

Jom kita baca.

ILMU KESIHATAN. Artikel 374.

” Doc Boleh tak Anak saya Mandi Ketika Demam?”

Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit2 doc di Klinik doc. Doc rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya insyallah anak bangsa doc PANDAI jaga anak ketika mereka DEMAM. Harap JANGAN PENGARUH org keliling…tpi doc harap anda BERTINDAK dengan ada ILMU dan amal cara yg BETUL…OK!!

1. Apa tu DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius….iaitu lebih 37.5 °C. Demam sbgai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sbb sicomel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sbg emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain,minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

‘Jangan Guna Air Sejuk Pada Anak Demam’ – Dr. Abdul Rahim

2. Doc senaraikan cara2 menurunkan suhu tubuh bila DEMAM.

A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas dr dlm tubuh.


B.***Adalah satu KESILAPAN jika anda:

1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS…sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, krn air yg dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.

2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yg suruh mandikan anak dgn AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Klu nak buat esperimen…hihihi jika kita emak ayah DEMAM….cuba pi terus MANDI AIR SEJUK……Pijak lantai bilik air pun dah mengetar…apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP…Biar periok tu sejuk dulu…baru basuhkan….bukan??

3. Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yg tebal seperti jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak…seperti peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!.

5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yg digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.

6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum saperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Klu bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari….dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,…ini tabda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh vayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN….segeralah bawa ke doktor.

Doctor akan siasat ounca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan

* Nasihat doc. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS TARIK “Febrile Fit”….next Artikel doc….sabar ye!!

Bila membaca kisah rumahtangga orang lain yang sering bermasalah, aku rasa teringin juga aku berkongsi di sini, bukan untuk membuka aib sesiapa. Cuma sebagai panduan bersama. Aku berkahwin dengan anak seorang ibu yang pandai masak.

Di awal perkahwinan tiada masalah kerana suami akan selalu balik ke rumah  ibu bapanya untuk makan. Kami duduk rumah sendiri tapi masih dalam daerah yang sama. Ibu mertua sememangnya terkenal sebagai orang yang pandai memasak.

Masih Tiada Zuriat, Mertua Minta Anak Ceraikan Isterinya

Malah ibu mertua pun dengan senang hati untuk terus masak bagi suami makan. Kekadang belom habis waktu kerja dia sudah telefon suami untuk bagitahu menu yang dia masak, biasanya lauk kegemaran suami menyebabkan suami akan bergegas balik ke rumah ibunya untuk makan.

Aku pula ketika itu fikir agak menyenangkan aku, yer la penat bekerja jadi tidak perlu aku berlari balik untuk masak. Oleh kerana suami seorang guru dan aku bekerja waktu pejabat, balik rumah makanan yang suami bawa balik sudah ada. Lama-kelamaan aku aku pun mula masak juga, bukan apa, kita sendiri pun mesti ada menu kegemaran kita.

Suami rasa jer dia rasa sedap. Setiap hari menu berbeza aku masak dan menyebabkan suami sudah jarang ke rumah ibu bapanya. Suami sudah jarang memuji masakan ibunya tetapi dia yang sering minta aku masak menu-menu yang dia inginkan. Aku bangga dengan perubahan ini.

Tapi hakikatnya ibu mertua tidak suka, bermacam cara dilakukan untuk menghalang suami makan apa yang aku masak. Aku ingatkan dia sekadar cemburu sebab anaknya berubah selera, jadi aku abaikan.  Tapi memandangkan kelakuannya agak drastik sehinggakan setiap pagi dia akan masak dan hantar ke sekolah, malah ada ketika dia tunggu waktu rehat suami dengan bekal di tangan.

Aku mula pelik dan bertanya pada kak ipar. Kak ipar pada mulanya agak keberatan untuk buka mulut. Dan dia pun ingin aku berterus terang. Aku yang tidak tahu apa-apa mengangguk kepala. Agak mengejutkan apabila Along bertanya sama ada aku mengenakan ilmu untuk menundukkan suami kerana mereka pelik bagaimana adik mereka yang hampir ditunangkan dengan sepupu sendiri tetiba boleh bertukar fikiran.

Malah sepupu yang sama memberitahu pernah ternampak aku di rumah bidan 6 bulan lepas, katanya aku sedang menundukkan suami.  Kebetulan ketika itu suami mula suka pada masakan aku. Patutla dari awal perkahwinan ibu tidak bagi suami makan kat rumah kami, malah dibawa bekal balik untuk makan sebelah petang, aku pula ingatkan itu untuk aku.

Selepas aku tahu cerita sebenar, aku ambil keputusan untuk bersemuka. Suamiku memang pernah bercerita yang dia hampir bertunang dengan sepupunya ketika kami terputus hubungan. Bila kami berjumpa balik, itupun atas ihsan Facebook, hubungan terjalin semula dan dia menolak untuk bertunang dengan sepupu secara baik. Tentang aku berjumpa dengan bidan pula adalah sebab aku mengurut, memandangkan sudah setahun lebih kami berkahwin masih belom ada tanda-tanda untuk dapat zuriat, ada yang bagi cadangan untuk mengurut.



Walaupun ipar-ipar ramai yang dapat terima penjelasan aku, tapi ibu mertua masih sangsi, aku masak langsung dia tak sentuh, sudah 3 bulan berlalu dan aku tak kan putus asa untuk mengambil hati ibu mertuaku

Bunga api bukanlah suatu perkara yang perlu diperkenalkan lagi terutamanya pada musim-musim perayaan sebegini.

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.

Apa Akan Berlaku Sekiranya 10,000 Batang Bunga Api Dinyalakan Serentak?

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.

Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Namun, pernahkah terlintas di minda anda bagaimanakah keadaan sekiranya 1000 batang bunga api dinyalakan secara serentak?

Tonton video Ini Yang Berlaku Apabila 10,000 Batang Bunga Api Dinyalakan Serentak di bawah.

Sungguh tidak disangka, seorang individu tergamak menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menipu para pencinta kucing di media sosial. 

Perkara itu didedahkan oleh Fatin Hanani di Facebooknya, yang mendakwa wanita terbabit meminta dia memulangkan wang RM500 yang kononnya telah didermakan. Namun individu yang menggunakan nama Shasha Nur Chinta Sha, sebenarnya telah menipu ramai orang lapor Pixelperfext.

Penipu Kantoi Nak ‘Makan’ Duit Derma Kucing

"Pagi tadi saya terima mesej di WhatsApp dari seorang hamba Allah yang meminta refund RM500 yang dia telah bank in. Pada mulanya saya percaya tetapi mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena bila dia mula berkata yang keluarga dia tidak mahu membantunya. Malah dia juga dimaki hamun. 

Penipu Kantoi Nak ‘Songlap’ Duit Derma Kucing

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

"Saya rasa dia hanya cuba mengada-adakan cerita. Jadi saya terus pergi ke ATM, print penyata ringkas dan mendapati tiada sebarang transaksi RM500 yang masuk ke dalam akaun. 

"Saya memaklumkan pada dia bahawa tiada sebarang transaksi RM500. Jadi saya minta bukti yang lain dari dia tetapi dia pula menuduh saya menipu. Bila saya tanya medium apa yang dia gunakan, dia terus block saya," katanya. 

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Duit Derma Kucing Pun Orang Sanggup ‘Pau’ Sekarang

Difahamkan, Fatin sebelum ini meminta sumbangan/bantuan orang ramai untuk merawat kucing jalanan yang cedera akibat kemalangan. Bagaimanapun, kucing itu telah mati tanpa sempat menerima sebarang rawatan. 

Jelas Fatin, dia menerima RM1,040 hasil sumbangan dari orang ramai. Oleh kerana tidak berkesempatan menyelamatkan kucing malang itu, dia telah memulangkan sebahagian wang derma itu kepada penderma dan bakinya diberikan kepada sebuah pusat perlindungan kucing, Shelter Kasseh JB.

Travel agency SCAM org ! please spread this .

1 may smpai kat colmar tropical , frontdezk cakap takde orang booking atas nama saya .

Call management mreka , no answer . Jadi dh smpai ptg , colmar plak atas bukit gelap nk turun mmg tak lah .

Waspada Agensi Pelancongan Penipu, D'tourstationtravel Sdn Bhd

Terpksa kluar duit penginapan yg spttnya dah settle sekali lagi pd colmar . Ok dgn hrapan mreka salah / terlupa book walhal dah confirm !

Then 3 may dh hilang penat balik dr holidays masa tu , try wassap mereka yg bt confirmation book hotel .

Mreka bg alasan , terlupa . Then sy cakap mahu refund for both of payment , yg BAYAR KAT GROUPON & BAYAR ON THE SPOT ! 

Mereka cakap tggu 30 days hr bekerja , ok assume to get payment around this month bulan 6 lah kan , 2hari lepas wassap sekali lagi , diorang cakap saya kena contact dgn management owner sendiri pasal diorang dah tak incharge masalah sy .

Ok WHAT ! after 30hari nk cakap dgn u pnya boss yg katanya kat overseas , tup2 hari ni terpksa mesej sendiri dgn boss kononnya ..

Marahlah aku dlm wassap dgn staff mreka , geram pumya pasal aku apa .. berdentum2 laa aku speaking dan rasa nak sepakingggg !! Perghh .

Scroll fanpage dtourstation , tgok ada la 2 3 org bg feedback benda yang sama apa yg aku alami . 

Pantas aku taip perkataan maki kat org yg dok mainkan aku dr 3 may hr tu smpai skrg .

Pandai plak die ckp i assume u have fasting today , im as a chinese also did not use kind of word . 

Woha ada hati rupanya . Ko dah scam duit org beribu pejam dan telan je . Takpe2 , blom thu lg kuasa media skrg cmne kan ! Now watch here .

Aku bt posting ni nk pihak GROUPON ban syarikat ni dari trus menawarkan promosi SCAM , supaya orang lain tak kecewa saat smpai ke destinasi hotel x dpt masuk .

Syarikat lain mcm groupon yang tawarkan khidmat place advertisement pon WAJIB BAN !

Please spread this pd siapa yg baca . 

Dh malas nak pk duit terbang melayang , asalkan org lain x terkena dan WAJIB BERHATI2 . Huhh !! - Aisyah Najihah

Travel Agency Scammer, D'tourstationtravel sdn.bhd

D'tourstationtravel sdn.bhd Scammer

D'tourstationtravel sdn.bhd Scammer

Travel Agency Scammer

Travel Agency Scammer

Agensi Pelancongan Penipu

Agensi Pelancongan Penipu

Agensi Pelancongan Penipu

Agensi Pelancongan Penipu

Agensi Pelancongan Penipu

Kemaskini

Mengikut pengamatan kami, Facebook Page D'tourstationtravel sdn.bhd kini dinyahaktif buat sementara waktu kemungkinan besar untuk menjernihkan keadaan buat masa ini sebelum diafktifkan semula.

Saya terbaca kes pedofilia dari ahli keluarga dan turut membaca komen-komen netien yang meragui kisah tersebut. Inilah masalah masyarakat kita, cerita seperti ini adakalanya susah orang hendak percaya. Disebabkan itulah banyak mangsa yang memilih untuk mendiamkan diri mereka. 

Ingin saya berkongsi pengalaman sendiri yang telah lama disimpan hampir 26 tahun. Tiada sesiapa pun yang tahu tentang cerita ini termasuklah ibu bapa, malah isteri saya. 


Perkara ini berlaku ketika saya berusia 8 tahun. Masa itu, saya adalah ahli Kelab Komputer sekolah. Ada seorang cikgu yang saya namakan 'Cikgu Ali' (bukan nama sebenar), memang rapat sangat dengan anak-anak murid. Cikgu Ali juga menjadi kesayangan ramai murid kerana dia baik dan mesra. Ya, dia juga guru bagi Kelab Komputer sekolah. 

Satu hari, saya hadir ke kelas komputer dan kebetulan pula pada ketika itu hanya saya seorang sahaja yang datang awal. Pada masa itu, saya memakai seluar trek. 

Cikgu Ali meminta saya duduk di atas ribanya sambil menaip di komputer. Bagi seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, pastinya tidak berani menolak sebab arahan cikgu mesti dipatuhi. Jadi, saya pun turutkan sahaja. 

Tangan jahat Cikgu Ali mula menjalar dan semakin jahat. Dia dengan beraninya mula menyelak seluar saya dan meraba XXXX saya. Saya memang tak berani melawan sebab dia cikgu dan beranggapan bahawa apa yang dibuat olehnya itu adalah betul dan perlu dipatuh. 

Saya diam dan menangis. Saya bernasib baik apabila kawan-kawan yang lain sudah datang dan mula memenuhkan kelas. Cikgu Ali melepaskan saya. 

Sejak dari itu, saya berhenti dari kelas komputer atas alasan saya tidak lagi berminat. Mujur ayah saya mengizinkan. Sejak dari itu juga saya mendapat tahu bahawa bukan saya seorang sahaja menjadi mangsa. Ada beberapa pelajar yang lain juga pernah menjadi mangsa Cikgu Ali. 

Aktiviti Cikgu Ali terbongkar setelah seorang rakan saya mengadu pada ibunya tentang kelakuan Cikgu Ali. Malangnya, ibu bapanya tidak mengambil sebarang tindakan kerana tidak percaya dan menuduh anaknya mereka-reka cerita. 

Semasa saya di darjah 6, semakin ramai yang menjadi mangsa Cikgu Ali. Kami pernah beramai-beramai bersama kawan-kawan yang pernah menjadi mangsanya ingin membuat aduan pada Gugur Besar. Namun, kami telah diugut oleh Cikgu Ali. Perasaan takut pada Cikgu Ali masih menebal, lalu kami membatalkan niat tersebut. 

Umur 8 tahun saya tidak tahu apa yang cikgu buat pada saya. Saya hanya menangis sebab malu dan takut. Saya tidak faham bahawa tindakan Cikgu Ali pada waktu itu adalah pencabulan. 

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, ambil tahu tentang apa yang berlaku pada anak-anak anda di sekolah. Tanya khabar, kenali guru mereka, ambil tahu aktiviti seharian mereka di sekolah. Ibu bapa juga perlu mendidik anak tentang bahagian mana yang tidak boleh disentuh dan siapa yang boleh dan tak boleh. Anak-anak kena faham bagi mengelakkan jenayah pedofilia berleluasa tanpa kita sedar. - Mangsa

Pasti ramai sebenarnya yang tertunggu-tunggu drama Melayu yang seringkali memaparkan watak orang kaya dengan projek berjuta-juta dan berbilion ringgit.

Kehidupan mereka dilihat serba mewah, muda-muda sudah boleh hidup dirumah yang cukup lengkap dengan perabot mewah takkala orang di dunia semuda itu hanya mampu duduk di rumah bujang serba kekurangan beramai-ramai.

Arkitek Dedah ‘Sandiwara’ Drama Arkitek Jam 7 TV3

Dalam kehidupan muda dan mewah mereka bercakap pasal projek mega dan kebanyakkannya adalah tidak logik dengan dunia realiti di luar sana.

Seorang arkitek bernama Nornizam Yusof telah tampil memberitahu orang ramai supaya tidak mempercayai 'kehidupan' orang kaya dalam drama ini.

Menurutnya apa yang dilakonkan dan ditulis adalah bukan dunia profesional arkitek sebenar dalam bidang pekerjaan mereka.

Beliau telah mengupas secara terperinci skop pekerjaan sebagai seorang arkitek yang sebenar di dunia nyata, oleh itu beliau telah mendedahkan beberapa perkara yang sangat tak logik dalam drama Melayu berdasarkan dunia arkitek sebenar.

Baca pendedahan beliau di bawah.

“Jangan Percaya Drama Arkitek Jam 7 TV3” - Arkitek

“Jangan Percaya Drama Arkitek Jam 7 TV3” - Arkitek

“Jangan Percaya Drama Arkitek Jam 7 TV3” - Arkitek

Tidak dinafikan bahawa sandal Crocs memang memberikan keselesaan kepada penggunanya kerana ringgan sehingga ada yang memilih untuk memakainya dalam kegiatan setiap hari. 

Lapor Huffington Post, podiatrist (pakar kaki) Dr Megan Leahy, dari Chicago, Amerika berkata, Crocs boleh menyebabkan kaki sakit dan bermasalah jika dipakai terlalu kerap atau lama. 

"Sayang sekali, Crocs tidak disaran untuk digunakan setiap hari atau sehari suntuk," katanya 

Sandal Crocs Tidak Sesuai Dipakai Seharian

Menurutnya, Crocs memang direka dengan komponen yang membuatkan kaki penggunanya rasa selesa. Tetapi sandal Crocs ini mempunyai kekurangan di bahagian perlindungan tumit. 

"Ketika dataran kasut di bahagian tumit tidak stabil, jari kaki dan tapak kaki boleh meradang, memburukkan lagi bentuk jari kaki, masalah pada kuku dan membuat bahagian sebelah kaki sakit," jelasnya. 

Dr Alex Kor, Presiden American Academy of Podiatric Sports Medicine, mengesahkan bahawa mereka yang sering memakai Crocs sepanjang hari seringkali mengadu sakit di bahagian lengkungan tapak kaki dan tumit. 

Jelasnya, sandal Crocs hanya sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai lengkungan tapak kaki tinggi dan lebar sahaja. 

"Saya sarankan orang ramai memakai sandal Crocs selama 8 hingga 10 jam sehari. Lebih dari 10 jam, adalah tidak digalakkan," katanya.

Setiap apa yang terjadi dalam kita sudah ditetapkan, jodoh pertemuan yang berlaku selama ini sebenarnya telah tertulis sejak kita kecil lagi dengan kehendak Tuhan.

Memang apa yang terjadi kadang-kadang begitu perit dan susah untuk dilupakan, tetapi apa yang terjadi itu sudah pasti ada hikmah disebaliknya.

Admin kongsikan kali ini kisah seorang wanita yang cukup tabah dan kuat menempuhi kehidupannya walau begitu kecewa dengan apa yang berlaku kepadanya.

Segalanya bermula apabila cinta pertamanya berputik sukakan seorang lelaki dan lelaki itu tidak tahu, namun dia telah meminta kepada keluarganya untuk meminang lelaki berkenaan tetapi ditentang oleh ibu kerana malu jika ditolak.

Namun apa yang terjadi selepas itu amat menyedihkan.

Jom kita baca.

Gadis Minta Pinangkan Lelaki Pilihan Hatinya, Namun Ditentang Ibu Kerana Risau Ditolak. Rupanya Lelaki itu..

Kak long aku ni umur dah 34 tahun. Abang-abang and kakak-kakak aku yang lain semua dah beranak pinak. Tapi dia tak kahwin2 lagi.

Tp ada benda aku kagum kat kaklong aku ni dia seorang yang tabah.

Kak lang aku yg cite benda ni kat aku tu pon lepas aku duk desak nak tahu pelik ah kenapa kak long tak kawen2.

Dlu masa kak long umur 22 tahun kak long ada suka someone ni. First time la dia suka lelaki. Selama ni dia fokus kat family belajar and kawan2 sebab dia jenis tak biasa dgn lelaki. Masa tu dia tahun 2 kat uni. Dia x luah sbb lelaki senior kos dia. 

Sampai kaklong habis belajar masa tu kaklong umur 24 tahun. Kaklong nak sambung master kat UK masa tu umur kaklong dah 25. Lepas tu 2 bulan sebelum dia terbang, dia mnta abah dgn mak pinangkan lelaki tu untuk dia.

Mak tak nak ! Mak malu katanya kalau kena tolak.

Tapi abah sudi tlg kak long.

Kakak2 aku yg lain pon ok sebab kesian kat kaklong simpan perasaan dia.

Mak beria larang.. dia xnak abah pergi juga sampai bergaduh mak dgn abah.

Lps tu kak long kata, takpe lah. Lupakan je . Dia xnak sebab kisah cinta dia mak dgn abah gaduh. Kak lang kata dia tahu kaklong kecewa sgt. Sebab lepas tu kaklong terus masuk blk and x buka pintu sampai esok walaupun sepatutnya kakngah sebilik ngan dia.

Lepas tu kak long pergi belajar kat UK. Dia ada amik anak angkat sorang sebab nak hiburkan hati dia sorang2 kat sane nnti. Lepas tu masa bulan puasa kak long balik malaysia. Masa tu umur kaklong dah 26. Kak ngah aku dah ada anak 1 masa tu. And abg aku dah tunang dah. Mak tanya kaklong taknak kawen ke ? Kaklong senyum je. Kaklang kata dia tahu kaklong kecewa.

Abah aku jumpa kaklong. Tanya nak tak kalau abah pinangkan lelaki tu untuk kaklong ? Kaklong geleng. Dia dah redha. Yg penting abah tak gaduh dgn mak. Masa tu mak terdengar.. dia rasa bersalah ngan kaklong.

Masa raya ke7 mcm tu.. mak jumpa semua org. Adik beradik kitorang semua. Tanya pasal kaklong. Semua setuju pergi pinangkan lelaki tu. So mak aku terpaksa beralah lah walaupun dia malu sebenanya.

Kitorang pergi rumah lelaki tu. Pergi sampaikan hasrat kaklong yang dah lama terpendam. Keluarga lelaki tu baik. And dia tolak pinangan kaklong sebab dia kata lelaki tu akan kahwin hujun bulan ni..
Balik tu abah yg jumpa kaklong..abah pujuk kaklong. Dia xnangis siap blh senyum lagi.

Dia kata "abah jangan sedih kalau along x kahwin. Mungkin Allah nak along jaga abah dan mak. Kumpul duit banyak2 bawak abah mak jalan2. Allah nak bg along pahala banyak sgt bah. Jgn sedih ya.. along syg abah""

Abah aku menangis masa peluk kaklong. Adik beradik aku yg tgk masa tu semua menangis termasuk mak.

Seminggu kemudian. Lelaki tu call kaklong. Xtau mana dia dpt no kaklong tapi dia nak jumpa kaklong.

Lepas dia jumpa lelaki tu, kak lang kata kali pertama dia nampak Kak long MENANGIS teresak2. Dia terus peluk mak nangis teresak2. Dia x boleh bercakap sampai semua org jadi takut. Abah terdiam..mak hanya sapu belakang kaklong sambil mak pon nangis.

"Kenapa mak ? Kenapa semua ni terjadi pd along?"

Itu je kaklong cakp dr awal. Mak nangis je. Lepas dah reda.. baru kaklong buka cerita.

Lelaki tu jumpa kklong. Dia tanya sejak bila kklong suka dia. Kaklong cakap la dah lama. Masa zaman belajar. Lepas tu lelaki tu tanya mcm mana sambung master okay tak ? Dia kata anak angkat kaklong comel. Nama dia tasya kan ? Umur 2 tahun kan ?

Kaklong terdiam. Lps tu dia pelik mcm mana lelaki tu tahu semua psl kaklong sdangkan kaklong x pernah berhubung dgn dia. Rupanya dia kata dia suka kaklong masa dia ternampak kaklong grade. 

Kaklong sama batch dgn adik dia and kaklong taktahu pon benda tu. Lepas tu dia ada try nak dptkan kaklong tapi dia takut kaklong x suka dia nak2 bila dia tahu kaklong nak sambung belajar.. so dia fikir kaklong mngkin ada perancangan hidup sendiri.. dia rasa takde jodoh jd dia lupakan kak long dan cari perempuan lain.

Dia tak sangka kaklong suka dia dah lama. Dia terkejut bila makayah dia bgtahu kaklong pinang dia. Dia nak batalkan kahwin dia pon xleh.

Mak paling rasa bersalah. Kalau lah sebelum kaklong gi UK mak tak berdegil mesti kaklong dah kahwin ngan lelaki tu. Tp sbb mak malu sgt. Last2 kaklong melepas. Tp itu jodoh . Tp smpai skrang mak xpernah sebut psl jodoh dpn kaklong. Sbb mak rasa bersalah ngan kklong

Kalong redha. Sejak haritu hati kaklong xpernah terbuka untuk sapa2. Ada je org pinang. Tp dia kata dia xnak menghukum org lain. Dia xnak menipu org lain sdngkan hati dia mmg xleh terima sape2.
Dia kata bkn x terima takdir.. tapi takdir mngkin dah tertulis mcm ni. 

Anak angkat kaklong pon dah besar. Sampai kaklong dah amik 3 org lagi anak angkat and aku tgk kaklong bahagia dgn anak2 dia. Amenn ya Allah.. kau tuntunilah kebahagian untuk kaklongku. Dia selalu redho dgn takdirmu sehingga kkdang kami sendiri tak pasti adakah dia xpernah rasa penat dgn hdp ni ?

Sesungguhnya bukan wajahnya sahaja cantik tapi akhlak sikap dan sifatnya juga cntik. Masa aku dgr cite ni berjurai airmata aku. " - LuahanUM13975

SINGAPURA - Seorang wanita yang menengking pada seorang 'cleaner' (OKU) di Jem Foodcourt pada 3 June yang lalu tampil memohon maaf di atas kata-katanya dan mendakwa dia tidak sepatutnya dipersalahkan dalam insiden tersebut. 

Lapor Shin Min Daily News, Feng, 37, berkata, dia pergi ke medan makan Jurong East shopping mall dengan suaminya. 

Feng ternampak bendasing di dalam makanannya ketika hampir menghabiskan hidangannya itu dan mahu merakam gambar untuk membuat aduan. 

Pada ketika itu, pekerja OKU, Ah Xing, datang ke meja Feng untuk mengemas. 

Wanita Hina ‘Cleaner’ OKU Di Tempat Awam Dikecam

"Saya beritahu dia, jangan ambil makanan saya sebanyak tiga kali tetapi dia tak dengar. Sebaliknya dia hanya merenung saya sahaja. 

"Saya kemudian memarahinya dan memberitahunya pergi menjadi pengemis. Saya bukannya tahu dia seorang OKU, lagipun dia tidak memakai sebarang tag yang menunjukkan dia seorang OKU," katanya yang turut mendakwa dia tidak berapa sihat pada hari kejadian itu. 

Insiden itu sempat dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Euphemia Lee, dan kini telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali dan 28,000 lebih perkongsian di Facebook. Menurut Euphemia Lee, Feng telah memaki hamun pekerja OKU berkenaan. 

"Kau sepatutnya mampus dan tak layak diberi keranda!" dan kembali menyambung menikmati hidangannya sehinggalah suaminya kembali dan meminta suaminya memanggil pekerja OKU terbabit datang semula ke meja mereka untuk meminta maaf. 

Menyedari perkara itu, pengurus pekerja terbabit tampil menjelaskan bahawa pekerjanya adalah OKU pekak dan bisu. 

"Orang tua dan OKU seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan bekerja. Mereka selayaknya menjadi pengemis dan hanya menunggu bantuan dari kerajaan untuk menyara hidup mereka," kata Feng. 

Berdasarkan video tersebut, jelas sekali Feng berkata, "Go and be a beggar. I don't care, you took my food!" 

Tegas Feng, dia gagal mengawal kemarahan sehingga berlakunya mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Dia hanya tidak berpuas hati makanannya telah diambil oleh pekerja OKU terbabit tanpa keizinannya. 

"Saya tidak bersalah dalam insiden ini. Dia (Ah Xing) sepatutnya memakai tag nama agar pelanggan tahu dia OKU. Saya bukannya jahat seperti yang didakwa," katanya. 



Walau bagaimanapun, Ah Xing menjelaskan dia langsung tidak berkecil hati dengan wanita berkenaan dan tiada keperluan untuk wanita itu meminta maaf kepadanya. Namun, dia hanya bimbang jika tindakannya telah menyebabkan pelanggan tidak gembira.

Tonton video Wanita Hina ‘Cleaner’ OKU Di Tempat Awam di bawah.

Sejak kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain yang mengatakan lorong kecemasan tidak boleh digunakan oleh pengguna motosikal, ramai netizen mempertikaikan kenyataan itu.

Ini kerana dakwa netizen, kalau motosikal 250cc kebawah tidak boleh menggunakan laluan kecemasan itu, jalan mana mereka harus guna, sedangkan jika menggunakan jalan ditengah sudah pasti kemungkinan berlaku kemalangan lebih tinggi kerana kenderaan lain yang laju.

Benarkah Motosikal Tidak Boleh Guna Laluan Kecemasan?

Jadi netizen mengemukan bukti bahawa motosikal boleh menggunakan laluan kecemasan berdasarkan kenyataan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan tahun 2009, dalam satu artikel Utusan Malaysia bertajuk "Kompaun serta-merta guna laluan kecemasan".

Dalam artikel itu Dato Salim Parjan berkata "kenderaan lain selain motosikal tidak boleh menggunakan laluan kecemasan." (rujuk gambar di bawah)

Salah Ke Motosikal Guna Laluan Kecemasan? Ini Penjelasannya.

Bagaimanapun pihak polis pula mengeluarkan kenyataan yang motosikal tidak boleh menggunakan laluan kecemasan, ini bukanlah kenyataan kali pertama daripada pihak polis kerana pada tahun 2004 lalu juga melalui utusan, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman menyatakan motosikal tidak boleh menggunakan lorong kecemasan. (rujuk gambar bawah)

Salah Ke Motosikal Guna Laluan Kecemasan? Ini Penjelasannya.

Jadi apakah status sebenarnya menggunakan lorong kecemasan kerana JPJ cakap boleh tapi Polis cakap tidak boleh?

Berdasarkan carian di laman web milik JPJ di mana mencari jawapan adakah salah motosikal melalui laluan kecemasan?

Dan akhirnya jawapan terjawab apabila terjumpa "Kadar Kompaun Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987" di mana tertulis bagi kesalahan motosikal kurang daripada 250cc.

Pada bil nombor 9, jenis Kesalahan berkaitan penggunaan lorong kecemasan, meletakkan/menunda. memandu di lorong kecemasan, pemandu motosikal boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Jawapan Bolehkah Motosikal Guna Laluan Kecemasan

Jadi jelas apa yang dinyatakan oleh pihak polis yang menggunakan lorong kecemasan oleh semua kenderaan termasuk motosikal adalah melanggar undang-undang.

Tetapi netizen tertanya-tanya, jika kami sebagai penunggang motosikal, jalan mana harus kami lalui jika lorong kecemasan tidak boleh di lalui? terlalu sedikit lebuhraya yang menyediakan laluan motosikal, adakah kami harus menggunakan lorong tengah?

Jika lorong tengah yang merbahaya itu dibenarkan kami guna, satu artikel yang dinaikkan oleh portal TheSunDaily bertajuk "Authorities to enforce law prohibiting motorcycles from riding on the fast lane" di mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata pihak kementerian akan meminta kesemua pihak penguatkuasa trafik untuk mengharamkan motosikal dari menunggang di lorong kanan atau lorong memotong.

Jawapan Bolehkah Motosikal Guna Laluan Kecemasan

Jadi lorong mana yang harus kami guna jadakah lorong kenderaan tepi bersama kenderaan lain? Harap pihak berkaitan dapat tampil menjawab.

Nak kahwin tahun depan tetapi tak cukup duit lagi? Jom baca ini, lelaki paling suka point nombor tiga. 

1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya lagi. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan. 

2. Terlalu ramai yang menyesal kerana tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan mengulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh, kalau couple sampai 10 tahun, tetapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh. 

3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakan menabung sekarang. Kalau majlis yang anda rancangkan memerlukan peruntukan RM20,000, setiap seorang perlu sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ini bersama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali. 

4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kecwangan. Yang lelaki, kumpul duit kahwin bagi membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Selepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan. 

5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki itu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas berkahwin kelak? 

6. Kalau kita terpaksa mengambil pembiayaan pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya lagi. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada sahaja. 

Nak Kahwin Tapi Tak Cukup Duit? Baca Tips Ini.

7. Sebelum berkahwin, kita sudah kata komtmen kita tinggi dan tidak mampu membuat simpanan. Jangan ingat selepas kahwin, hidup akan menjadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah mula morning sickness. Faham-fahamlah. 

8. Jika sebelum kahwin pun tak mampu nak menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak pula nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi itu. 

9. Jenis yang selepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis lagi, bayangkan rumah langsung tidak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh. 

10. Orang kahwin, murah rezekinya inshaAllah. Tetapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancangkan itu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancangan, Allah jua yang sebaik-baiknya merancang. 

11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak berkahwin tetapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak buatlah simpanan RM1,000 sebulan bersama pasangan atau kurangkan kos lain yang tidak wajib dan tidak perlu. 

12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain-lain. 

13 Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, photographer tak perlu sampai tiga orang. Kalau tak mampu buat dua majlis berasingan, buat satu majlis sahaja pun boleh. Secara tidak langsung jimat perbelanjaan sebanyak 50%. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung. 

14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu kerana saya bukanlah pakar sangat bab-bab kahwin ini. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali sahaja pernah berkahwin. - Harith Faisal

Rumah orang Jepun lapang. Barangan yg ada minimun aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet2 macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!

Rumah orang Jepun kecik2 aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.

Rahsia Kenapa Rumah Orang Jepun Lapang Dan Tak Banyak Barang

Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang2 bertukar jadi dragon. Dia orang ada byk masa main ngan anak, cakap baik2 ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.

Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam2 kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori2. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.

So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.

Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang utk kemas dan tak masuk lipat kain baju. - Normaliza Mahadi

Pasti ramai pemandu kenderaan diluar sana tertanya-tanya berapa jauhkah sebenarnya kereta anda mampu untuk berjalan jika lampu amaran E minyak kereta anda menyala dan berkelip-kelip?

Perkara ini menjadi igauan ramai orang kerana bimbang akan kehabisan minyak atas jalan jika terus memandu, bagaimanapun ia bukanlah digalakkan, lakukan jika hanya keadaan memaksa.

Jadi, pentingkah untuk mengetahui jarak anggaran ini? sebenarnya ia penting untuk mengetahui jarak kereta anda boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.

Dikongsikan oleh Encik Zulhisham Tokasid mengenai perkara ini, katanya anda jangan ‘panic’ jika lampu amaran minyak anda menyala.

Jom kita baca perkongsian beliau.

Walau Lampu Amaran E Minyak Menyala, Kereta Anda Sebenarnya Boleh Jalan Jauh Lagi

Jangan panic jika indicator fuel anda menyala di julat E.

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ):

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.



3. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Status ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih suka sakitkan hati kita! Pernahkah anda berasa geram dan kecil hati dengan sikap kekasih anda yang suka sakitkan hati anda dan seolah-olah tidak mengambil serius akan perhubungan cinta dengan anda? Malah, kadang-kadang dia bertindak dan berkelakuan seperti dia bencikan anda dan anda seperti alat mainannya sahaja.

Mungkin dia sedar atau mungkin juga dia memang berniat untuk berbuat demikian kepada anda, anda tidak akan pernah tahu sehinggalah dia akhirnya meninggalkan anda untuk orang lain. Jika dia tidak sedar bahawa perbuatannya menyakitkan hati anda, anda boleh cuba sedarkan dia dengan memberi status atau ayat-ayat cinta makan dalam ataupun ayat-ayat cinta sentap yang pasti akan membuatkannya berfikir panjang.

Ayat-Ayat Cinta Sentap Untuk Kekasih Yang Suka Menyakitkan Hati

Dibawah ini adalah status ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih yang suka sakitkan hati kita:

Awak mungkin lupa orang yang awak pernah awak sakiti. Tapi orang-orang yang awak sakiti itu tak pernah lupakan cara awak sakiti mereka. Sampai mati!

Lebih baik mencintai orang yang kurang rupa tapi setia,
daripada mencintai orang yang ada rupa tetapi suka berfoya-foya!

Kalau benci pun, At least senyum bila jumpa.
Kalau dah benci sangat, kau tampar dia lepas tu lari! Settle!

Bila aku diam,
aku sakit,
Bila aku buka mulut,
kau pun akan rasa sakit!
….
Susah manusia ni,
buat baik salah,
buat jahat salah,
dia saja yang betul,
dia saja yang tak salah,
perangai macam sampah!

Bila aku perhatikan, aku yang over kejar kau.
Tapi kau?
Apa kau buat?
Kalu hanya duduk diam, tanpa buat apa-apa.
Ok, aku pergi.

Itulah dia sebahagian ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih. Kalau kekasih anda terus-menerus suka sakitkan hati anda, maka sedarlah bahawa dia itu memang bukan jodoh anda dan lebih baik anda tinggalkannya untuk mencari orang lain yang lebih layak untuk diri anda.

Nyamuk adalah haiwan paling merbahaya di dunia, dianggarkan 600,000 orang lebih mati akibat gigitan nyamuk setiap tahunnya.

Gigitan nyamuk memang tidak membunuh, tetapi penyakit yang disebarkan melalui gigitan itulah yang meragut nyawa manusia, seperti malaria atau demam denggi misalnya.

Saksikan Bagaimana Nyamuk Aedes Sedut Darah Manusia

Nyamuk sememangnya tidak menggigit kerana nyamuk tidak mempunyai gigi. Nyamuk menghisap darah manusia menggunakan mulutnya yang berbentuk paip berujung tajam, mirip jarum suntik bernama propbosis.

Nyamuk membenamkan mulutnya ke pembuluh darah dan menyuntik air liur yang akan mencetuskan pembuluh darah untuk terbuka lebih lebar.

Tonton video Beginilah Cara Nyamuk Sedut Darah Manusia di bawah.

Kejutan bersama hadiah ulang tahun untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan menjadikan kehidupan rumah tangga lebih bahagia.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan di Facebook ini, menunjukkan bagaimana seorang suami memberikan kejutan buat isteri tersayang.

Mungkin Inilah Hadiah Hari Lahir Idaman Setiap Wanita

“Happy anniversary Sayangku Norazlina, ini sahaja yang mampu,” tulis seorang suami pada bekas polisterin makanan sebelum diberikan kepada isterinya.

Apbila si isteri membuka polisterin tersebut terdapat beberapa ulas durian di dalamnya lapor Mynewshub.

Isteri Tergamam Melihat Hadiah Disebalik Durian

Namun siapa sangka, di sebalik isi-isi durian tersebut terselit sebutir loket emas tanda kasih sayang, cinta dan pengorbanan yang dilakukan.

Baru lapan jam dimuat naik, foto-foto berkenaan menerima 10 ribu likes, lebih 2 ribu perkongsian dan 724 komen daripada pelayar laman sosial.

Isteri Tergamam Melihat Hadiah Disebalik Durian

Rata-rata yang mengutarakan komen adalah dari kalangan wanita terutama para isteri yang mengakui cemburu terhadap Norazlina dan berharap suami mereka memperlakukan perkara sama.

Antara komen tersebut adalah, ” Kempunan durian pun belum dapat apatah lagi emas. Untung akak,” tulis Rasyidawati Waty.

“Masa kita pun hampir tiba Shahril Ketam. Ambil ni sebagai idea.. hahahaha,” komen Hasliza Ahmad Shah pula, sambil men-tag akaun Facebook suaminya.

Melancong dan mengembara adalah mempunyai definisi yang berbeza. Melancong biasanya bagi golongan yang berduit iaitu mereka akan memilih hotel yang mahal dan selesa serta kemudahan yang menyenangkan.

Namun, bagi pengembara iaitu sinonim dengan perkataan masa kini iaitu backpackers. Mereka lebih extreme dalam perjalanannya. Kerana mereka selalunya tidak mempunyai iterniti yang hebat kerana apa yang menjadi keutamaan mereka adalah pengalaman semasa mengembara itu sendiri.

Jadi jika anda cukup kuat untuk mengembara, baca dulu tips mudah yang dikongsikan oleh saudara Badrul Hisham ini.

10 Tips Penting Untuk Travel Yang Anda Perlu Tahu

10 Tips mudah untuk mengembara

1. Beli tiket murah di skyscanner.com atau kayak.com

2. Pilih hotel yang murah di hostelworld.com

3. Pastikan passport lebih 6 bulan dari tarikh mati.

4. Di imigresen, buat muka paling cool untuk elakkan diri anda dari tahan ketepi lalu diraba.

5. Simpan duit di beberapa tempat. Beg, dompet, kasut , extreme 'seluar dalam' ' baju dalam'.

6. Sampai di destinasi, buat muka bajet orang local. Kenapa? Untuk elak ditipu ketika membeli. 

7. Untuk dapat harga murah ketika membeli, cuba elakkan dari berkata kerana akan kantoi kita pelancong. Pura pura bisu( anda akan jimat 30%)

8. Halal - Cara untuk tahu ialah cuba menyampaikan "Assalamualaikum" kepada tuan kedai. Nescaya jika dia teragak agak maka kantoilah dia menyajikan makanan shubhah.

9. Solat - bawa sejadah kecil di dalam beg. Paling teruk pun akan dibaling telur ketika solat.

10. Insta dan Facebook sebanyak gambar untuk 'poyo' kepada kawan kawan ofis yang tidak ajak kita melancong satu ketika dahulu.

Pengembara 42 negara

Seluar jeans secara umumnya memiliki sembilan bahagian atau features asas yang tidak pernah berubah selama 150 tahun.

Salah satu bahagian yang tetap itu adalah rivet atau sering disebut paku poket. Butang kecil mirip tombol mini ini sering ditemui melekat pada persimpangan jahitan atau pada hujung poket seluar jeans.

Inilah Fungsi Sebenar Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Ramai Sangka Hiasan

Kebanyakan orang mahupun penggemar jeans tidak tahu akan fungsi sebenar rivet ini yang kebiasanya diperbuat daripada tembaga. Mereka menganggap rivet ini adalah hiasan semata-mata untuk menjadikan seluarkan nampak lebih garang dan bergaya.

Sejak terjadi Gold Rush atau pelombongan emas besar-besaran di California pada sekitar tahun 1848, para penambang tidak dapat bekerja dengan selesa disebabkan oleh seluar yang dipakai oleh mereka longgar di bahagian pinggang dan bercendurung untuk melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Ramai Tak Tahu

Selain daripada itu, poket seluar yang dipakai oleh pelombong-pelombong pada ketika itu dilaporkan tidak tahan lasak dan sering terkoyak.

Bak pepatah Inggeris, every problem is an opportunity in disguise. Salah satu pelanggan Levi Strauss (orang yang mempopularkan seluar jeans), Jacob Davis, adalah seorang tukang jahit yang berasal dari Reno, Nevada memiliki idea untuk menggunakan paku yang diperbuat daripada logam untuk mengikat poket pada seluar jeans. Kemudiannya, paku yang sama ditambah pada keliling pinggang seluar agar lebih kukuh dan tidak mudah melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Ramai Tak Tahu

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Ramai Tak Tahu

Bermula saat inilah, ke semua seluar jeans dari pelbagai jenama mempunyai butang kecil atau rivet ini pada setiap model keluaran mereka.
Powered by Blogger.